Anda di halaman 1dari 8

Lirik Lagu 1,2,3,4 Aris Ariwatan

(*)
Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
(Ulang dari *)
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara
KONSEP KELUARGA ASAS
* adalah sebuah keluarga yang kecil
* terdiri daripada bapa. ibu dan anak-anak
* ibu bapa tanggungjawab mendidik, memberi kasih sayang, memberi
perlindungan, memberi makanan dan menyediakan tempat tinggal kepada
anak-anak
* hubungan dalam keluarga asas lebih rapat kerana ia melibatkan ibu bapa dan
anak-anak dalam institusi kekeluargaan

KEPENTINGAN HIDUP BERKELUARGA
* mewujudkan hubungan kasih sayang di antara anggota keluarga
* mewujudkan kerjasama, tolong-menolong dan perlindungan antara anggota
keluarga semasa dalam kesusahan
* meneruskan zuriat manusia
* bertukar pendapat antara anggota keluarga dalam keadaan yang harmoni
* asas pembentukan sebuah komuniti dan masyarakat dan rakyat sesebuah
negara
* mewujudkan institut kekeluargaan yang bakal menjayakan wawasan
kerajaan
Pengenalan Kepada Keluarga Asas
Pengenalan

Setiap insan yang dilahirkan dimuka bumi ini mempunyai keluarga tidak kira sama ada
keluarga itu berasal dari kalangan yang berada atau pn tidak. Keluarga juga
memainkan peranan penting kepada seseorang individu kerana keluarga adalah
kumpulan yang paling hampir dengan individu dan anak-anak. berikut adalah definisi
keluarga mengikut beberapa orang tokoh.



Definisi Keluarga
Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas Kepala
Keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah
suatu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Depkes RI, 1998)
Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah
adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).
Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah
tangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat (Helvie, 1981).
merupakan panggilan mesra dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim sesama adik-beradik

Sistem Kata Panggilan Keluarga Melayu
(ms108)Kata panggilan keluarga masyarakat Melayu merangkumi beberapa
sistemtertentu. Setiap sistem mempunyai tatacara yang tersendiri. Pemilihan sesuatu
sistemuntuk diamalkan dalam sesebuah keluarga bukanlah sesuatu yang tegar dan
mesti. Setiapkeluarga mempunyai amalan dan cara tersendiri dalam sistem panggilan
yang harus danhendak diamalkan ketika memanggil anank-anak mereka atau ketika
menetap panggilanyang harus digunakan dalma kalangan adik-beradik dalam
sesebuah keluarga. Biasanyasistem ini ditentukan dan dimulakan oleh ibubapa dalam
sesebuah keluarga. Sistem yang pakai dalam sesebuah keluarga bertujuan bukan
sahaja untuk membezakan urutan anak,iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling
kecil tetapi, sistem panggilan yangdiamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak
langsung memupuk perasaan hormatkepada yang lebih tua agar mereka berasa lebih
bertanggungjawab kepada yang mudadab juga menyisihkan perasaan kurang ajar dan
tidak hormat dalam kalangan yang lebihmuda kepada yang lebih tua daripada mereka.
Amalan memberikan kata panggilan yang

Sebelum memulakan perkongsian ilmu, saya mahu merakamkan
jutaan terima kasih kepada ibu saudara dan bapa saudara saya di atas kerana
telah menjadi ibu saudara dan bapa saudara yang baik kepada saya dan adik-
adik saya.. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, senarai nama dan
gelaran di atas ialah ibu saudara dan bapa saudara saya sebelah emak..
Seperti yang kawan-kawan lihat di atas, begitulah panggilan yang saya
gunakan untuk berkomunikasi di dalam keluarga..

Dalam keluarga saya, mak long ialah panggilan untuk ibu saudara yang
paling tua manakala bapa saudara yang paling bongsu dipanggil pok su.. Di
manakah terletaknya panggilan untuk emak saya?? Dalam kalangan keluarga,
sepupu-sepupu saya hanya memanggil emak saya sebagai mak cik, iaitu anak
kedua terakhir dalam adik beradik beliau..

Pada pandangan saya, panggilan dalam keluarga amat penting sebagai
tanda penghormatan untuk bercakap atau berkomunikasi dengan orang yang
lebih tua.. Pada mulanya, saya fikir semua negeri di Malaysiamenggunakan
panggilan yang sama sebagaimana yang saya gunakan.. Namun, telahan saya
salah kerana pada kelas yang lalu, barulah saya mengetahui kaum Iban di
Sarawak menggunakan panggilan yang berlainan, iaitu indai bagi ibu dan
apai bagi ayah SERTA menggunakan nama anak yang sulung sebagai
gantian bagi makcik.. Contohnya indai Cristine dan apai Cristine bagi
pakcik..

Di Sabah juga, saya dimaklumkan oleh rakan serumah saya bahawa
mereka hanya memanggil nama makcik mereka sahaja seperti : Mak Cik
Mawar (anak sulung), Mak Cik Melati (anak bongsu) dan seterusnya..

Natijahnya, setiap keluarga pasti mempunyai panggilan berbeza yang
digunakan untuk berkomunikasi.. Dalam keluarga saya hanya ada 8 orang
emak saudara dan bapa saudara dan saya tidak dapat membayangkan
panggilan yang digunakan sekiranya keluarga yang mempunyai bilangan ahli
yang lebih daripada 8 orang.. Tidak kira apa jua panggilan atau gelaran yang
digunakan, yang pasti tujuannya hanya satu, iaitu sebagai tanda
penghormatan kepada orang yang lebih tua ketika berkomunikasi dalam
kalangan keluarga..

HORMAT MENGHORMATI JUGA BUDAYA KITA
SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^
Panggilan dalam Keluarga
Ditulis oleh Nadia Sharudin on Selasa, 1 Mei 2012 / Label: Kata Ganti Nama DIri, Sosiolinguistik / Comments: (1)


#Situasi 38





Ketika musim perayaan, pastinya kita akan bertemu dengan ramai sana-saudara sama ada yang selalu
kita temui atau yang jarang kita temui. Ketika bertemu sana-saudara, kita hendaklah menjaga tingkah
laku dan tutur kata. Hal ini demikian kerana, menjaga kesopanan diri merupakan salah satu perkara
penting bagi masyarakat Melayu.

Selain bertutur menggunakan perkataan yang bersopan SERTA perlakuan yang lemah lembut,
ketika berhadapan dengan sanak-saudara, perkara lain yang harus dititik beratkan ialah panggilan
dalam keluarga. Panggilan dalam keluarga ini merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan
bekeluarga kerana ia melambangkan kesopanan kita.

Panggilan dalam keluarga ini sangat unik dan ada perbezaan bagi setiap negeri. Panggilan dalam
keluarga ini dapat dilihat berdasarkan contoh di bawah, iaitu:

1- Long - Digunakan untuk anak sulung.
(Abang Long, Kaklong, Pak Long, Maklong)

2- Ngah - Digunakan untuk anak kedua.
(Abang Ngah, Kakngah, Pak Ngah, Mak Ngah)

3- Lang - Digunakan untuk anak ketiga.
(Abang Lang, Kaklang, Pak Lang, Mak Lang)

4- Anjang - Digunakan untuk anak keempat.
(Bang Njang, Kak Njang)

5- Teh - Singkatan kepada perkataan Putih.
-Gelaran untuk anak kelima di Pahang tetapi anak keenam di Perak.
(Bang Teh, Kak Teh, Pak Teh, Mak Teh)

6- Tam - Singkatan kepada perkataan Hitam.
- Gelaran untuk anak ketujuh di Perak tetapi kelapan di Negeri Sembilan.
(Abang Tam, Kak Tam, Pak Tam, Mak Tam)

7- Cik - Digunakan untuk anak yang sebelum anak akhir.
(Abang Cik, Kak Cik, Pak Cik, Mak Cik)

8- Su/Busu - Digunakan untuk anak bongsu.
(Su, Pak Su, Mak Su)


Dengan adanya panggilan dalam keluarga ini, sesebuah keluarga akan lebih akrab dan saling
hormat-menghormati antara satu sama lain. Penggunaan panggilan dalam keluarga ini juga mampu
menimbulkan kesopanan ketika bertutur atau berinteraksi dalam keluarga.


Along, angah, acik.....
Hidup berkeluarga sememangnya sangat indah dan sangat bermakna bagi setiap individu. Apa yang
berpendapat bahawa hidup dalam keluarga yang besar lebih meriah kerana bilangan ahli keluarga yang
ramai. Namun, ada juga yang tidak sependapat dengan itu. Kenapa? Mungkin mereka punyai alasan
mereka sendiri.


Sebenarnya, entry kali ini bukanlah untuk saya menceritakan kebaikan atau kekurangan hidup dalam
keluarga yang besar, tetapi saya ingin berkongsi serba sedikit tentang sistem panggilan dalam keluarga.


Ada sesetangah orang memanggil ahli keluarganya dengan nama sebenar. Untuk menghormati adik-
beradik yang lebih tua, mereka menambah panggilan 'kak' untuk perempuan manakala 'abang' untuk
lelaki. Contohnya adik bongsu memanggil kakaknya yang sulong dengan panggilan Kak Mawar.


Namun, terdapat juga sesetengah keluarga menggunakan sistem panggilan mengikut turutan. Ini
bermaksud, mereka menggelarkan anak yang sulong dengan panggilan along, yang kedua dengan
panggilan angah, yang ketiga dengan panggilan acik dan seterusnya sehinggalah ke anak yang bongsu
yang digelar acu.


Pada saya, sistem panggilan sebegini dalam keluarga nampak lebih mesra antara adik-beradik
disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim antara adik-beradik. Bahasa yang digunakan sangat
santun dan bunyinya nampak lenih manja bagi orang yang memakainya.

Walau apa pun panggilan nama bagi adik-beradik, panggilan tersebut mestilah sopan dan berbudi
bahasa. Yang kecil mestilah menghormati yang besar. Sama juga halnya jika kita berada di luar.
Panggilan yang sopan akan melambangkan diri kita seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun.


Ibu bapa sangat memainkan peranan peting bagi menerapkan nilai bersopan santun SERTA berbudi
bahasa dalam diri anak-anak. Oleh itu, didiklah mereka dari mereka kecil lagi dengan mengajarlah
mereka menggunakan sistem panggilan yang sopan bagi adik-beradiknya.


Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.




p/s: kalau guna sistem panggilan urutan, nama asalnya jangan dilupakan pula ya

Anda mungkin juga menyukai