Anda di halaman 1dari 2

Murid-murid sekalian,

Duduk dengan selesa, rehatkan badan dan lapangkan fikiran. Sekarang pejamkan mata
untuk menghayati apa yang kamu dengar nanti. Sambil memejam mata, bayangkanlah
suasana yang digambarkan.

Bayangkan kamu menjadi seorang Ibu atau Ayah, bayang yang kamu sedang berada di
tengah-tengah ladang padi di bawah sinaran sang mentari yang terik sambil tangan kamu
lincah mengamit tangkai-tangkai padi yang kuning keemasan itu untuk menuai. Kekadang
kelihatan dedaun-dedaun padi bergoyang perlahan-lahan ditiup angin yang bertiup sopai-
sopai bahasa. Ketika itu juga kamu sekali-sekala melihat kelibat burung-burung pipit yang
mencari nafkah, hasil dari keringat dan tulang dua karat orang lain. Anda juga melihat awan
putih berarak menutupi awan biru. Oh alangkah indahnya suasana ini!. Terhibur juga anda
walaupun keringat mencurah-curah keluar membasahi pakaian.

Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda, Sambil anda menikmati bekal ikan kering dan
sayur pucuk ubi yang dibawa dari rumah subuh-subuh tadi, anda mendengar nyanyian
burung-burung pipit yang sahut menyahut di sekeliling anda, seolah-olah merayakan pesta
padi atau seolah-olah mentertawakan anda, namun bagi anda itu semua adalah penyeri,
penyeri hidup sebagai seorang petani. Sekali-sekala tangan anda menepis nyamuk degil
yang menghisap darah anda. Dalam pada itu, bermain di fikiran anda berbagai persoalan
mengenai anak-anak yang anda tinggalkan di rumah, Apakah mereka sudah menikmati
makan tengahari?, Apakah mereka sudah balik dari sekolah? Apakah mereka sentiasa
mengikuti nasihat yang anda barikan? Apakah mereka mengikuti segala nasihat yang guru
berikan? Apakah mereka menjadi seorang anak yang baik? Apakah mereka faham dengan
pengorbanan yang anda lakukan demi untuk mereka? Oh... anda benar-benar sedih dan
mengalirkan air mata jernih... anda takut, teramat takut, anda gusar kalau-kalau suatu hari
nanti anak anda akan menjadi orang yang tidak berguna...

Cuba anda bayangkan dalam fikiran, mentari merah yang berarak perlahan menuju ufuk
timur, nafas anda tercunggap-cunggap menggalas wakid yang penuh sayuran... danai
menuruni dan menaiki bukit menuju ke rumah anda hampir tidak kelihatan, namun anda
tidak memperdulikan kepayahan ini, Anda lebih rela menanggung segala keperitan dan
kesangsaraan demi sesuap nasi untuk menyara anak-anak anda di rumah. Terlintas juga di
fikiran anda, harapan mengunung daripada anda untuk anak-anak anda.. agar mereka
berjaya dalam pelajaran, agar mereka mengacapi hidup yang lebih sempurna lagi di masa.
Hadapan. Kalau diikutkan hati, anda ingin sekali hidup bersama anak-anak anda seribu
tahun lagi, namun apakan daya, semua ini adalah ketentuan Tuhan yang maha esa.

Cuba anda bayangkan, ketika anda pulang dari ladang, hati anda amat keciwa dan sedih,
melihat rumah yang berselirak di sana-sini, melihat anak-anak anda yang baru balik dari
bermain, melihat kuali dan belanga masih belum berisi lagi. Oh sedih... sungguh sedih,
Bagaimana anda boleh mengerjakan kerja-kerja rumah ini sedangkan anda masih terlalu
penat?.... perut anda juga berkeroncong ... lapar... haus... tiba... tiba... anda pengsan! Cuba
bayangkan di dalam fikiran anda... anda diusung oleh anak-anak anda ke kelinik, sambil
mengusung, anak anda menangis, mereka menyesal... cuba bayangkan apakah yang akan
berlaku kepada anak-anak anda sekiranya anda pergi untuk selamanya.... tubuh yang
diusung ke hospital dan kini di usung ke tanah perkuburan... anak-anak menangis, meraung
dan histiria pun tidak berguna,.. Tatapi bersyukurlah ... anda masih hidup dan masih duduk
di kerusi...

Anda mungkin juga menyukai