Anda di halaman 1dari 2

Guru Ponteng

Isu guru ponteng yang diketengahkan oleh Buletin Utama 8pm TV3 pada 09.05.2008 (Jumaat).
( Bukan untuk menyatakan tindakan guru tersebut itu betul !!! )
Seorang guru ponteng, dijadikan isu.
Ada sebabnya, tetapi, adakah pihak sekolah atau PIBG menyiasat terlebih dahulu mengapa guru
tersebut tidak hadir selama 34 hari?
Kenapa tunggu selama 34 hari untuk mensensasikan isu ini?
Isu negatif melibatkan guru sangat cepat disebarkan oleh pihak lain, tetapi usaha yang curahkan
jarang atau tidak pernah di sebarkan oleh pihak ibu bapa, sekolah maupun masyarakat.
Bak kata pepatah, oleh kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.
Inilah persepsi masyarakat kita, isu negatif cepat disebarkan, walaupun boleh diselesaikan secara
mudah.
Yang positif tidak akan diutarakan atau akan dilupakan.
Pengajarannya, walaupun seorang guru itu telah melakukan banyak kebaikan, satu kesilapan
yang dilakukan oleh beliau akan diperbesar-besarkan oleh masyarakat kita.
Anjakan paradigma diperlukan. Paradigm shift.
Be open minded, be logical, be practical, be resonable.
Tetapi, jika guru tersebut telah ponteng tanpa sebab, maka tindakan yang sewajarnya mesti
diambil terhadap guru tersebut.
SELAMAT HARI GURU.
10052008 ( Saturday )
10.50a.m.

Guru lewat ke kelas rugikan murid
GURU yang suka lewat masuk kelas, biasanya memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual
atau tidak ingat.
Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan.
Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua.
Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai borang dan data sehingga
meninggalkan kelas.
Sekiranya mereka terpaksa menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan.
Murid-murid yang datang ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.
Sejak awal pagi mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci
untuk belajar.
Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru yang mengabaikan tugas
untuk mencurahkan ilmu.
Sebenarnya pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam
kelas.
Yang pastinya, suasana bising dan huru-hara di dalam kelas. Murid-murid mengambil
kesempatan berbual-bual dan berborak tanpa tujuan.
Murid-murid yang lebih berani lagi, mula keluar masuk kelas dengan bebas. Tandas menjadi
tempat tumpuan mereka. Apabila berada di sana, perkara susulan seterusnya berlaku seperti
menconteng dinding tandas dengan pelbagai ilham. Selain itu, di sekolah-sekolah menengah,
pelajar akan mengambil kesempatan melepaskan gian merokok di tandas atau melakukan
pelbagai gejala vandalisme.
Selain itu dengan ketiadaan guru di dalam kelas boleh menyebabkan suasana bising sehingga
mengganggu guru mengajar di kelas sebelahnya. Sekiranya, secara kebetulan ketika itu sekolah
dilawati orang luar, sudah tentu imej sekolah tersebut merudum.
Pelbagai andaian akan dibuat terhadap keseluruhan pentadbiran di sekolah itu.
Secara peribadi, penulis berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan langsung tidak
masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak boleh diterima lagi.
Sejak awal persekolahan lagi, guru-guru sudah dilengkapi dengan jadual waktu kelas dan jadual
waktu peribadi. Pembahagian waktu mengajar adalah sama rata antara guru. Sesekali terlewat
masuk kelas mungkin benar-benar guru tersebut terlupa atau ada hal mustahak yang perlu
diselesaikan dengan pentadbiran. Ini boleh dimaafkan.
Guru hari ini adalah pembentuk generasi yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara pada
masa hadapan.
Mana mungkin mereka akan mampu memimpin sekiranya ketika ini mereka diabaikan dan tidak
diberi ilmu pengetahuan secukupnya.
Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk
murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.
Guru-guru yang terlibat dengan gejala lewat masuk kelas atau ponteng kelas, harus sedar diri.
Masih sempat untuk bertaubat dan tidak meneruskan tabiat ini kerana usia 2001 masih muda.
Pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau orang-orang
kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas ketika guru sedang mengajar.
Lihat hasil kerja murid kerana dari situ penilaian dapat dibuat secara spontan terhadap proses
pengajaran-pembelajaran yang sedang berlaku di bilik darjah.
- KIRIMAN

Anda mungkin juga menyukai