Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini sudah telah
menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah
menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak
mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah
mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu
sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah
menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur. Segala urusan
baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan
tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran
negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta
nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan
cekap.

Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin
teler automatic (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar. Jika
ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting
dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan
sebagai kompas semasa berlayar.

Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan
oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk
melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.
Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau
di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar
dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini ternyata terbukti
apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik
daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah dapat mengikuti pelajaran
sekolah menengah melalui modul pelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah
disediakan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga
keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT.
Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan
terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya.

Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah
tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau. MSC memainkan peranan penting untuk
menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta,
perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia.





PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model
pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih
jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu
guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya
perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum,
semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang
digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan
untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini
bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1:
A - Analyse learners (Analisis pelajar).
S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).
E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).


Nilai bahan
Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Gunakan media dan bahan
Pilih kaedah, media dan bahan
Nyatakan objektif
Analisis pelajar
Rajah 1 : Model ASSURE

Langkah 1 : Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan,
latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat
tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui
harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.
Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat
daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran.
Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada
pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal
pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana
hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi
pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.

Langkah 2: Nyatakan objektif
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari
dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus
terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat:
Memahami pengelasan mikroorganisma.
Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan
objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:


Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar
dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu
pengetahuan yang baru.

Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan
mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia.
Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang
dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan
pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih
akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah
bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.


Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan,
gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang
betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui
internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan.
Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran,
dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar
penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang
diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
Sikap.
Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan
struktur.



Kesimpulan:
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat
pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai