Anda di halaman 1dari 13

BAB 9: BAHAN AUDIO

1.0 Pendahuluan:
Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi
secara eletronik melalui kabel atau udara. Bahan audio ini dikatakan dapat merangsang
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bahan audio mungkin terdiri daripada
perkara berikut, satu sumber bunyi atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem
pengiriman audio atau penerimaan radio.

Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu
pembelajaran kendiri pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang
ingin belajar bahasa asing, serta golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman.

Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan
multimedia. Ia dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik
mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni, meningkatkan minat serta
mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Oleh itu, audio dan bunyi
merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang
pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.

2.0 Kebaikan dan kelemahan bahan audio
2.1 Kebaikan
1. Audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang
mudah dan berkesan.
2. Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah
digunakan oleh guru atau murid.
3. Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding
dengan pembacaan sahaja.
4. Bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja.
2.2 Kelemahan
1. Sesetengah kanak-kanak kurang atau tidak memberi perhatian kepada
persembahan audio sekiranya tiada pengawasan guru.
2. Kos untuk menyediakan kelengkapan adalah tinggi.

3.0 Proses Mendengar Dalam Kalangan Murid
3.1 Perbezaan antara pendengaran dan mendengar.
Pendengaran dan mendengar ialah dua proses yang berbeza. Pendengaran ialah
proses fisiologi yang berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga
menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki
telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), bergerak
ke otak untuk ditafsirkan.

Mendengar pula merupakan satu proses psikologi, bermula apabila seseorang itu
menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan.

3.2 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses mendengar dalam
kalangan murid.
o Kemahiran bahasa
Kebanyakan sarjana menyatakan bahawa tahap perbendaharaan kata atau kemahiran
bahasa yang dimiliki oleh kanak-kanak akan mempengaruhi keberkesanan proses
mendengar. Ini bermakna kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam
lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa pelajar di peringkat umur mereka.

o Kejelasan punca audio
Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak
mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Bunyi yang
sangat perlahan atau terlalu bising akan menyukarkan pelajar untuk mentafsir dan
memahami mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, sebelum digunakan, guru harus
memastikan bunyi audio dapat didengar oleh seluruh pelajar di dalam kelas.

o Nada audio yang tidak sekata
Sekiranya kanak-kanak hanya mendengar nada audio yang sekata dalam masa yang
panjang akan menyebabkan mereka menjadi biasa sehingga kehilangan tumpuan
tentang apa yang didengarinya. Oleh itu, semasa memilih bahan audio yang sesuai,
guru harus memastikan ia mempunyai nada yang tidak sekata dan intonasi suara
pengulasnya mestilah pelbagai dan dapat menarik perhatian kanak-kanak.

o Kesediaan mendengar
Aspek ini adalah penting kerana sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai kesediaan
untuk mendengar, maka secara fizikalnya dapat meningkatkan keupayaan untuk
memahami mesej yang hendak disampaikan.




4.0 Penghasilan Bahan Audio Pendidikan
4.1 Jenis-jenis bahan audio
Bahan audio boleh terdiri daripada bahan yang berikut:
o Lakonan
o Temu bual
o Simulasi
o Dokumentasi
o Demontrasi
o Penerangan
o Diskusi

4.2 Langkah-langkah menghasilkan bahan audio pendidikan
o Langkah 1: Tetapkan matlamat
Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut dengan
memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan berikut.
i. Siapakah kumpulan sasaran atau tahap pelajar?
ii. Bagaimanakah kebolehan berbahasa pelajar, minat dan motivasi mereka?
iii. Adakah bahan yang akan anda hasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran?
iv. Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini sesuai dengan objektif
pengajaran?

o Langkah 2: Penyelidikan dan mengumpulkan bahan
Kumpulkan bahan dan sumber yang diperlukan. Buat sedikit penyelidikan dan rujukan
yang diperlukan. Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan
kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain itu, anda juga
perlu mengumpulkan kesan bunyi, muzik serta lagu tertentu yang mungkin diperlukan.
o Langkah 3: Pemilihan bahan
Bahan yang telah dikumpulkan mungkin terlalu banyak dan perlu mengalami proses
analisis dan penapisan supaya hanya bahan-bahan yang bersesuaian sahaja
digunakan.
o Langkah 4: Menulis skrip
Proses menulis dan mengarang kandungan bahan audio yang hendak dihasilkan.
o Langkah 5: Menyediakan peralatan
Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio.
Antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita
audio dan kabel-kabel yang sesuai. Selain itu, juga perlu dipastikan bahawa alatan-
alatan tersebut dipasang dengan betul.
o Langkah 6: Membuat rakaman
Pada peringkat ini, anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesan bunyi
serta muzik-muzik latar. Kerja ini boleh dilakukan di bilik rakaman audio khas seperti
yang terdapat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) atau di Pusat Sumber Negeri (PSN).
o Langkah 7: Prebiu
Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian
membuat pembetulan sekiranya perlu.
o Langkah 8: Penggunaan bahan audio
Pada peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam
bilik darjah.
o Langkah 9: Penilaian dan penambahbaikan
Melakukan penilaian dan penambahbaikan terhadap bahan supaya objektif penghasilan
tercapai. Kemudian, bahan dilabel dan disimpan sebagai sumber rujukan atau pinjaman
oleh guru-guru atau pelajar. Jika perlu buat salinan dan diperbanyakkan.
5.0 Format Audio
5.1 Kaset audio
Saiz format audio ini ialah 2.5 x 4 x0.5. Kelebaran pitanya ialah 1/8 inci. Format ini
paling banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.

5.2 Kaset mikro
Saiz keseluruhan format audio adalah lebih kecil berbanding format kaset audio.
Walaupun saiz pitanya adalah sama, iaitu 1/8 inci, namun ia perlu menggunakan alat
pemain kaset yang kecil. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti kaset audio, iaitu
boleh merakam dan memadamkan kandungannya dengan mudah.

5.3 Fonograf atau piring hitam
Bentuknya adalah bulat dan leper dan terdapat tiga saiz yang berbeza, iaitu
diameternya adalah 7, 10, dan 12 inci. Pengguna tidak boleh membuat rakaman ke
piring hitam semudah burn CD dengan menggunakan program khas komputer.
Penggunaan piring hitam ini memerlukan alat pemain fonograf. Walaupun format ini
mudah digunakan, tetapi tidak lagi popular dan sukar didapati dalam pasaran hari ini.
5.4 Cakera padat atau CD
CD juga berbentuk leper dan bulat, tetapi diameternya lebih kecil berbanding dengan
piring hitam dan hanya bersaiz 4.72 inci. Kelebihan CD ini adalah ia mempunyai kualiti
bunyi yang tinggi dan jelas, dan ia juga membuat rakaman ke dalam CD dengan
menggunakan CD atau DVD drive yang boleh menyalin bahan ke dalam CD dengan
program komputer seperti nero.


6.0 Penerbitan audio
Peralatan asas seperti berikut diperlukan untuk menerbitkan bahan audio.
Perakam audio
Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran.
Walau bagaimanapun, tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Pemain radio
yang boleh merakam audio terdapat satu ciri yang nyata, iaitu terdapat butang rakaman
atau record dan biasanya butang ini berwarna merah.

Model telefon bimbit yang baru juga mempunyai fungsi merakam bunyi. Namun, suara
yang dirakam itu tidak berapa jelas dan bunyi latar akan mempengaruhi kualiti rakaman.

Mikrofon
Mikrofon ialah peralatan perantaraan yang akan menghantar gelombang kepada fail
audio. Kualiti bunyi banyak bergantung kepada pemilihan penggunaan mikrofon.
Mikrofon boleh diklafikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi
dan mekanismenya.

Mikrofon kondeser memerangkap bunyi dengan menggunakan plat kapasitor yang
mengesan getaran gelombang bunyi. Mikrofon jenis ini memerlukan bateri atau sumber
kuasa elektrik. Tindak balas frekuensinya agak luas. Kekuatan mikrofon kondeser
adalah dapat menerima kesan bunyi dengan baik, peka kepada bunyi dan getaran.
Namun, ia tidak tahan kepada getaran kuat, panas dan lembapan. Jenis mikrofon ini
biasanya digunakan untuk nyayian atau ucapan penyampaian.

Mikrofon dinamik beroperasi berdasarkan kesan elektromagnetik. Harganya agak
murah dan mempunyai banyak kemampuan. Bentuk mikrofon ini dibina dalam saiz
yang agak kecil dan mesra pengguna disebabkan penggunaan adalah membuat temu
bual di luar bangunan. Oleh itu, mikrofon ini mempunyai kualiti bunyi yang baik, peka
kepada bunyi, tahan getaran kuat, tahan panas dan lembapan.

Mikrofon Omni-directional memerangkap gelombang bunyi daripada semua arah.
Mikrofon ini mampu merakam suara orang ramai, terutama sewaktu ramai orang
bercakap hampir serentak. Jadi, mikrofon ini sesuai digunakan untuk perbincangan
berkumpulan atau temu bual.

Mikrofon uni-directional atau cardiod pula hanya memerangkap kebanyakan bunyi
daripada punca yang berhampiran atau di depan mikrofon. penggunaannya agak terhad
dan biasanya digunakan untuk rakaman di dalam studio oleh juruhebah radio.

Headset mikro mikrofon yang mempunyai sambungan USB dikatakan lebih selesa
kerana pengguna hanya perlu melekatkan di kepala dan masukkan plag ke komputer
sahaja.

Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu jenis tie pin dan neck hanging. Saiz
tie pin lebih kecil berbanding dengan neck hanging dan biasanya disematkan pada tali
leher atau kolar baju manakala neck hanging pula biasanya digantung pada leher.

Mikrofon tanpa wayar memerlukan alat penerima semasa digunakan. Tiada wayar yang
menyambung mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara
gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Biasanya jenis mikrofon
digunakan oleh pengguna atau pengulas yang bergerak aktif.

Mikrofon shotgun ialah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari
sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya
anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung,
acara sukan atau bunyi-bunyian haiwan.

7.0 Pengadun Suara
Bagaimanakah sekiranya anda hendak merakamkan suara narator dan dalam masa
yang sama terdapat kesan bunyi dan muzik latar? Masalah ini dapat diatasi dengan
hanya menggunakan tiga pemain kaset. Satu untuk merakam dan dua lagi untuk
memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Walau bagaimanapun, hasilnya tidaklah
sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) iaitu alat yang mempunyai
banyak saluran input yang boleh dilaras bahannya dan satu output. Alat ini biasa
terdapat di studiostudio rakaman.

Dalam sebuah skrip, terdapat beberapa singkatan yang perlu difahami oleh
juruteknik yang mengawal alat rakaman supaya rakaman dapat dijalankan dengan
lancar. Berikut merupakan contoh skrip yang mempunyai singkatan yang biasa
digunakan:
Pelakon/
Narator
Dialog Muzik Kesan bunyi

Berikut ialah maksud bagi singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan
semasa menyediakan skrip.
FI (Fade in) Muzik masuk perlahan-lahan
FO (Fade out) Muzik hilang perlahan-lahan
FUp (Fade up) Muzik menaik perlahan-lahan
FD (Fade down) Muzik menurun perlahan-lahan
BG (Background) Muzik latar


Muzik tema FI, Fup
dimainkan 10 saat

Pencerita Selamat pagi murid-
murid. Hari ini kita
akan mendengar
sebuah cerita yang
mengisahkan...
Muzik tema FD
Muzik tema FUp, FO
dimainkan 6 saat

KB1: Enjin kereta dimatikan.
KB2: Hon dibunyikan sekali.
KB3: Pintu kereta ditutup.
Pak
Halim
Assalamualaikum,
Assalamualaikum
KB1: Ketukan di pintu kayu
bertalu-talu.
KB2: Selak pintu dan pintu
kayu dibuka.
Mak
Minah
Waalaikumussalam.
Apa hal tergesa-
gesa ni?

8.0 Suntingan
Setelah anda melakukan kerja-kerja rakaman, anda perlu melakukan kerka-kerja
penyuntingan bahan bagi memastikan bahan audio anda sempurna dan berkualiti.
Anda boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara, antaranya melalui perisian
Sound Forge.

Sound Forge ialah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio.
Selain itu, perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail
audio.

8.1 Langkah-langkah menggunakan Sound Forge
1. Antara Muka Sound Forge
2. Merakam Suara
3. Menyunting Audio
4. Magnify
5. Pencil
6. Menyimpan data

9.0 Format Fail Audio
Format fail audio Keterangan
Audio Interchange File
Format (AIFF dan AIF)
Diguna pakai pada sistem komputer jenis Macintosh, IBM,
dan yang serasi dengannya seperti Amiga dan Silicon
Graphics. Ia menampung berbagai-bagai jenis saiz sampel
pelbagai aras (sehingga 32 bit).
Musical Instrument digital
interface (MID, MDI, dan
Diterima pakai di seluruh dunia bagi tujuan menyimpan audio
daripada jenis MIDI.
MFF)
Sound (SND) Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi
audio yang mempunyai saiz sampel 8 bit.
Roll (ROL) Mula diperkenalkan oleh Adlib. Inc dan digunakan bersama-
sama dengan kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat
berkenaan.
Wave (WAV) Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh
sistem pengoperasian Windows. Dibangunkan oleh syarikat
microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth
setinggi 8 bit (mono dan stereo).
Sun Audio (AU) Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh komputer jenis
stesen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16
bit yang dimampatkan dan sering juga digunakan bagi tujuan
penyebaran melalui internet.
Voice (VOC) Digunakan bersama-sama dengan kad audio jenis Sound
Blaster dariCreative Technology. Ia boleh memainkan dan
merakamkan audio, sama ada 8 atau 16 bit setelah melalui
proses pemampatan atau tidak.
MPEG (Motion Picture
Expert Group) Level 3
(MP3)
Format fail yang semakin popular, terutamanya bagi tujuan
penyaluran muzik melalui internet. Mempunyai teknik
pemampatan yang baik sehingga dapat memampatkan audio
bersaiz 45 MB dalam format WAV kepada kira-kira 4 MB
dalam format MP3.
Real Audio atau
RealMedia (.RA dan
.RAM)
Sangat meluas digunakan dalam internet secara langsung
sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen
dimainkan terus melalui internet.



Rujukan:
1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan
Kamaruddin Wan Hasan. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 2009.
2. Chin Yoon Poh. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. UG Press Sdn. Bhd. 2009.
3. Muhamad Hasan Abdul Rahman. Media Pengajaran Penghasilan Bahan
Pengajaran Berkesan. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor Darul Ehsan.
2000.
4. Rozinah Jamaludin. Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2005

Anda mungkin juga menyukai