Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH LOCI

Strategi mnemonik yang tertua (sekurang-kurangnya 500 S.M.) ialah cara loci (loci merupakan kata majmuk bagi perkataan locus yang bermaksud tempat atau kedudukan). Cara ini berdasarkan pemahaman bahawa manusia paling senang mengingati tempattempat yang biasa bagi mereka. Oleh itu, lokasi boleh bertindak sebagai petunjuk untuk menolong kita mengingati maklumat yang berkaitan dengannya. Untuk menggunakan cara loci ini secara berkesan, apa yang perlu dilakukan ialah menghubungkaitkan sesuatu yang ingin diingati dengan suatu tempat. Apabila ingin mengingati semula maklumat itu, cuma perlu mengingati tempat berkenaan. Menurut Cicero, cara ini telah dicipta oleh seorang penyajak bernama Simonides dari Ceos, yang merupakanseorang yang terselamat apabila sebuah bangunan runtuh ketika dia berucap pada satu sesi makan malam. Simonides mampu mengecam mayat-mayat yang hancur sehingga tidak dapat dikenali , dengan ingatannya berdasarkan kedudukan tetamutetamu itu di meja makan ketika peristiwa itu berlaku. Berasaskan keupayaannya mengingati nama semua orang yang hadir pada malam itu dengan menggambarkan di mana mereka duduk, dia menyedari bahawa ingatan seseorang mungkin boleh ditingkatkan lagi dengan mengaitkan gambaran tempat duduk untuk setiap objek yang harus diingati di dalam fikiran. Sistem loci ini telah di gunakan sebagai satu alatan ingatan oleh pemidato Greek dan Rom yang telah mengambil kesempatan dari teknik ini untuk berucap tanpa bantuan nota. Mereka akan menggambarkan objek-objek yang mewakili topik-topik yang ingin dibincangkan kemudian membayangkan mereka meletakkan objek-objek itu di tempat berasingan dalam sebuah bangunan. Ketika seorang pemidato berucap, dia akan berjalan di dalam bangunan yang dalam fikirannya, dan mengambil semula objek-objek itu dari tempat-tempat yang dilaluinya. Kaedah loci merupakan sistem mnemonik yang paling popular sehingga lebih kurang pertengahan tahun 1600, apabila strategi-strategi lain (seperti fonetik dan sistem memadamkan perkataan) diperkenalkan.

KAEDAH RANTAIAN
Cara rangkaian, juga dikenali sebagai sistem berantai, adalah kaedah mnemonik yang paling asas. Ia digunakan untuk menghafaz senarai barangan yang pendek seperti senarai membeli belah yang setiap barangan berhubung rapat dengan barangan seterusnya. Cara menggunakan sistem berantai ialah: Fikirkanlah gambaran yang sesuai bagi setiap objek di dalam senarai itu.

Kaitkan gambaran itu untuk barangan pertama dengan gambaran bagi barangan kedua. Kaitkan gambaran itu untuk barangan ketiga dengan gambaran bagi barangan kedua, dan seterusnya. Mulakan dengan barangan pertama dan ikutlah menurut susunan sambil setiap barangan membawa anda ke barangan seterusnya yang harus diingati mengikut senarai.

Ahli ahli sains yang telah mengkaji sistem berantai mendapati sistem ini dapat membantu manusia mempelajari dan mengingati senarai perkataan. Malah, terdapat bukti bahawa mereka yang mempelajari sistem berantai boleh mengingati sehingga tiga kali lebih banyak berbanding mereka yang tidak tahu menggunakan teknik ini. Teknik ini juga telah dibuktikan menjadi lebih berkesan berbanding penggunaan gambaran atau ulangan semata-mata. Apabila susunan ingatan itu diutamakan, kepentingan teknik mnemonik ini jelas kelihatan dengan ketara.

TEKNIK PEMECAHAN(CHUNKING)
Chunking ialah teknik memecah-mecahkan nombor-nombor panjang kepada beberapa bahagian kecil. Ia merupakan satu daripada teknik termudah untuk mengingati nombor. Contohnya, nombor 8005552943 sukar untuk dihafaz, tetapi apabila ia dibahagikan supaya menyerupai cara menulis nombor telefon, tugas ini dapat dilakukan dengan mudah. Sebagai satu nombor telefon, nombor ini bolehlah ditulis begini: (800) 555-2943, yakni satu nombor yang mudah disimpan dalam ingatan jangka pendek.

PEGGING
Sistem ini merupakan satu teknik ingatan membabitkan satu set khusus terdiri daripada perkataan yang dipadankan (kata am konkrit) dipelajari, dan bahan-bahan yang perlu diingati digabungkan kepada perkataan menerusi gambaran dalam fikiran. Sistem ini boleh dijejaki mulai pertengahan 1600 yang diperkenalkan oleh Henry Herdson. Beliau mengaitkan sesuatu angka kepada apa-apa objek yang menyerupai angka itu (misalnya, 1=lilin; 3=garpu) Sistem ini mendapat namanya (peg system) kerana perkataan yang dipadankan bertindak sebagai paku atau cangkuk dalam fikiran membolehkan seseorang menyangkut maklumat yang perlu diingati. Ia mungkin merupakan satu daripada cara mnemonik yang paling dikenali, terkenal di kalangan penghibur dan pelajar yang sedang melatih daya ingatan mereka. Perkataan yang dipadankan ini boleh membantu kita mengemas kini bahan-

bahan yang perlu diingat, dan bertindak sebagai pendorong untuk kita mengingati bahanbahan itu. Beberapa ujikaji menunjukkan manusia mampu menggunakan sistem ini dengan berkesan ke atas senarai yang mengandungi jumlah maksimum 40 patah perkataan. Ia juga boleh digunakan untuk menolong membentuk konsep bagi aktiviti yang memerlukan daya ingatan yang baik, mengingati idea-idea, dan kerja-kerja seumpamanya. Perkataan yang dipadankan amat berguna untuk mengingati senarai membeli belah atau tugasan, di dalam menyusun aktiviti dan kemampuan mengawal kehidupan bagi sesiapa sahaja. Terdapat beberapa jenis sistem pemadanan yang berbeza, dan kesemuanya menggunakan satu objek konkrit untuk mewakili satu nombor. Perbezaan di antaranya ialah dari segi pemilihan objek yang mewakili setiap nombor. Sistem-sistem itu termasuklah kaedah berirama, kaedah serupa dan kaedah maksud.

Anda mungkin juga menyukai