Anda di halaman 1dari 12

1

MASA QUE PERKARA CATATAN



8.00 PAGI

SEBELUM TETAMU
KEHORMAT TIBA

Mohon perhatian,
Majlis akan bermula sebentar lagi
Mohon kerjasama saudara dan saudari untuk mengambil tempat duduk masing-
masing.


Di sini terdapat beberapa pengumuman :
Mohon kerjasama hadirin sekalian agar dapat berdiri semasa Pengarah IPG Kampus
Perlis masuk ke dewan.

Mohon kerjasama hadirin juga supaya dapat mematikan bunyi telefon bimbit agar
majlis dapat dijalankan dengan lancar.


APABILA
TIMBALAN
PENGARAH
SAMPAI DI PINTU
MASUK DEWAN,
PENGACARA
MENGUMUMKAN


Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia En. Tan Yin Kee
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Perlis,

diiringi
Tuan Haji Ideris bin Haji Abu Bakar,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
seterusnya para pensyarah sekalian.

2



NYANYIAN
LAGU


(Selepas pengarah tiba dikerusi VIP muzik terus on dan semua pensyarah dan
mahasiswa pendidikan akan menyanyikan lagu berikut :)
1) Lagu Negeri Perlis
2) Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan
3) Lagu Pendidikan Teras Kemajuan
4) Lagu Perkhidmatan Awam


Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.



UCAPAN
ALU-ALUAN

Indah sungguh ciptaan Tuhan,
Mentari merah di waktu senja,
Awal bismillah saya mulakan,
Sebagai tanda pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera dan Salam Mahasiswa Pendidik.

Yang Berbahagia,
Encik Tan Yin Kee
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

3


Yang berusaha,
Tuan Haji Ideris bin Haji Abu Bakar,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,

Yang berusaha,
Encik Othman Bin Zakaria,
Ketua Jabatan Sains dan Matematik

Ketua-ketua Jabatan, Barisan Pensyarah, Exco Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar, seterusnya Para Mahasiswa Pendidik yang dikasihi sekalian.


BACAAN DOA

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya
dapat kita bersama-sama berkumpul dalam
perhimpunan ORGANISASI pada pagi yang indah ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
Saudara Muhammad Amirullah Bin Mohd Zuki
bagi memimpin Bacaan Doa.
Dipersilakan.


4


Amin amin Ya Rabbal Aalamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara
Muhammad Amirullah Bin Mohd Zuki
atas kesudian memimpin Bacaan Doa sebentar tadi.


BACAAN IKRAR Majlis diteruskan dengan mempersilakan
Encik Abdul Muhaimin Bin Osman
Pensyarah Jabatan Sains dan Matematik
Untuk mengetuai bacaan ikrar perkhidmatan awam.


KELAS BERTUGAS

Untuk makluman semua,
perhimpunan pada hari ini dianjurkan
oleh Jabatan Sains dan Matematik,
bersama-sama dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
bagi sesi 2014 / 2015.

BACAAN ALQURAN
DAN TAFSIR
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan bacaan
Ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Hajj ayat 5 hingga 6
yang akan diperdengarkan oleh
saudara Abdul Bari Bin Ahmad Adri DAN Nor Andy Izzuan Bin Hisam
dari PPISMP Semester 1 Matematik.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

5




PROGRAM
PENGANTARABAN
GSAAN

Terima kasih atas bacaan ayat suci Al-Quran sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Pada 27 hingga 30 Mei 2014,
Majlis Pensyarah Cemerlang dan Kelab Staff Akademik
IPG Kampus Perlis telah menganjurkan
Program Pengantarabangsaan ke Bandar Acheh Indonesia.
Seramai 37 ahli rombongan
Yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Perlis dan keluarga
Yang diketuai oleh Tuan Haji Mahayudin bin Mohd Nor
Selamat merealisasikan program.

Penganjuran ini dirangka untuk mewujudkan
Pensyarah yang berdaya saing
Di peringkat antarabangsa
dan dapat menjalinkan kolaborasi antara masyarakat antarabangsa.
Objektif utama program ini adalah
Untuk memberi peluang kepada pensyarah
IPG Kampus Perlis menyumbangkan ilmu
Kepada guru-guru di Banda Acheh
Dan melihat secara primer
Kesan-kesan tinggalan tsunami di Bumi Acheh.

6


Dengan itu,
Mari kita sama-sama saksikan
tayangan video aktiviti
sepanjang Program Pengantarabangsaan IPG Kampus Perlis ke Banda Acheh
Indonesia.

(TAYANGAN VIDEO)

Sehubungan itu, sebagai tanda ingatan dan degan rasa berbesar hati daripada pihak
yang telah dikunjungi, majlis mempersilakan tuan pengarah, En. Tan Yin Kee untuk
naik ke pentas BAGI menerima cenderamata yang akan disampaikan oleh Tuan Haji
Mahayudin Bin Mohd Nor, seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada para
pensyarah yang terlibat.

(PENGARAH NAIK PENTAS)

Dipersilakan En Tan Yin Kee untuk menerima cenderamata kenang-kenangan
daripada Tuan Haji Mahayudin Bin Mohd Nor.

Bagi penyampaian sijil penghargaan,
kepada barisan para pensyarah yang terlibat sebagai pembentang, adalah:
(TENGOK SENARAI NAMA)
7


Manakala, pensyarah-penyarah yang terlibat salam sesi dialog adalah:
(TENGOK SENARAI NAMA)

Majlis merakamkan ucapan penghragaan
Kepada tuan pengarah atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi.

PELANCARAN
BUKU SMART 3 JSS
Hadirin sekalian,
Pada penghujung tahun 2013,
Jabatan Sain Sosial telah memulakan program penulisan artikel
Dalam kalangan pensyarah-pensyarah jabatan.
Akhirnya, SMART: SECAKIR SEJARAH
Telah berjaya dihasilkan
setelah 18 orang pensyarah Jabatan Sains Sosial
berjaya menyiapkan projek penulisan ini.

Barisan para pensyarah yang terlibat dalam penulisan artikel ini adalah:
(TENGOK SENARAI NAMA)

Dengan itu, majlis mempersilakan ketua jabatan sains sosial
Untuk naik ke atas pentas
Bagi menyampaikan Jurnal SMART: SECAKIR SEJARAH
Kepada, En Tan Yin Kee,

8

pengarah IPG Kampus Perlis.

Dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyerahan Jurnal SMART: Secakir Sejarah kepada ketua-
ketua Jabatan:

Dimulakan dengan
-Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
-Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
-Ketua Jabatan Pengajian Melayu
-Ketua Jabatan bahasa
-Ketua Jabatan Ilmu pendidikan
-ketua jabatan sains dan matematik
-ketua jabatan pendiddikan jasmani
-ketua jaabtan bimbingan & kaunseling
-ketua jaabtan twknologi pendidikan
-ketua jaabtan pengajian teknikal
-ketuan jabatan sains sosial
-ketua unit latihan dalam perkhidmatan
-ketua unit amalan profesional
-ketua unit kokurikukulum DAN
-ketua unit pusat sumber
9

HADIAH SUKMA Majlis merakamkan ucapan penghragaan
Kepada tuan pengarah
atas kesudian menyampaikan PENULISAN ARTIKEL JURNAL sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan
kepada pensyarah yang terlibat
dalam penghasilan JURNAL tersebut.

Hadirin sekalian,
(BACA TEKS YANG DIBERI)

CEMERLANG
AKADEMIK
Terima kasih kepada tuan pengarah
atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan dan pingat sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Anugerah pelajar cemerlang telah diwujudkan bertujuan untuk menghargai hasil
usaha dan titik peluh mahasiswa pendidik yang telah bertungkus lumus berusaha
untuk mendapatkan gred cemerlang dalam peperiksaan pada Mei 2014. Pada
semester yang lepas, seramai 99 calon telah berjaya memperoleh gred cemerlang
bermula 3.75 dan ke atas. Sehubungan dengan itu, majlis pada hari ini berbesar hati
untuk menganugerahkan sijil kecemerlangan kepada mahasiswa pendidik yang telah
berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan Mei yang lalu. Bagi 40
pelajar teratas, akan mendapat sijil penghargaan beserta wang ringgit sumbangan
daripada Koperasi IPG Perlis.

10

Untuk itu majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan Encik Abdul
Muhaimin Bin Osman, Setiausaha Akademik IPG Kampus Perlis bagi
menjemput dan mengiringi En. Tan Yin Kee, Pengarah IPG Kampus Perlis untuk
menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Mendahului senarai,
1.......(rujuk senarai nama yang kak tehah bagi)


ANUGERAH
PERKHIDMATAN
CEMERLANG

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengarah di atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa pendidik yang telah berjaya menerima
anugerah. Semoga pencapaian cemerlang mahasiswa pendidik akan berterusan dan
seterusnya menjadi inspirasi kepada mahasiswa pendidik yang lain.

Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini,
Majlis diserahkan kepada
Encik Rois Anuar Bin Man
Untuk mengumumkan penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013,


11


UCAPAN
PENGARAH


Tahniah diucapkan kepada penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013.

Seterusnya,
Majlis mempersilakan
Yang bebahagia,
En Tan Yin Kee
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Encik Tan Yin Kee atas ucapan beliau sebenar
tadi.


LAGU NEGARAKU


Seterusnya,

Hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan Lagu Negaraku dengan iringan muzik.



MAJLIS BERSURAI


Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,

12


Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu Negaraku sebentar tadi,
maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Sebelum bersurai, marilah kita bersama-sama
bersalaman bagi meraikan hari raya aidilfitri
yang bakal menjelang tiba.
Dengan itu, semua pensyarah dipersilakan
Untuk berada di hadapan dewan
Dan semua mahasiwa pendidik
Boleh mengambil peluang untuk
Bersalam-salaman dengan barisan pensyarah.

(BERSALAMAN DIIRINGI SELAWAT)

PENGUMUMAN

Di sini terdapat satu pengumuman,
......................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai