Anda di halaman 1dari 3

cue teks

Murid&guru
berkumpul di
dewan
PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA MURID UNTUK SENYAP
DAN MEMBERI LALUAN KEPADA SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN YANG AKAN DIMULAKAN SEBENTAR
LAGITERIMA KASIH....

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Yang Berusaha Puan Tan Tee Chooi GuRu Kanan Hal Ehwal
Murid, Yang Dihormati Encik Mohamad Rasul bin
Salehuddin,Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Dihormati
Puan Rosmariza bt Wan Hussin, Penyelaras program sambutan
bulan kemerdekaan taHun 2014, rakan-rakan pendidik dan
seterusnya murid-murid yang dikasihi . Assalamualaikum,
Selamat sejahtera dan salam satu malaysia.

Ucapan pengerusi
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada pagi yang indah ini,
dapat kita sama-sama berhimpun bagi meraikan Sambutan
Bulan Kemerdekaan Ke-57.
Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini dipetik daripada lirik
lagu "Warisan" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman
Haji Arshad iaitu Di sini lahirnya sebuah cinta. Tema ini amat
menarik kerana ia bukan saja merangkumi aspek kecintaan
terhadap negara tetapi juga melangkaui aspek kehidupan
rakyat Malaysia.

doa
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan Al-Fadhil
Ustaz Abdul Jalil bin Husain untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas bacaan doa itu tadi



Negaraku
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Para
hadirin diminta berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan
lagu kebangsaan Malaysia. Dipersilakan..

En. Rasul
(uc.perasmian)
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim
majlis
mempersilakan Yg Dihormati Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Encik Mohamed Rasul bin Salehudin untuk
menyampaikan sepatah kata seuntai bicara bagi
merasmikan majlis ini.
Dipersilakan

Demikianlah tadi ucapan daripada Yang Dihormati Encik
Mohamad Rasul. Pihak majlis sekali lagi mengucapkan ribuan
terima kasih.

Tayangan
Majlis diteruskan dengan tayangan video bertemakan
kemerdekaan. Hadirin diminta senyap dan menghayati
tayangan yang akan ditayangkan sebentar lagi.

Persembahan murid
Sayang tebu patah sebatang.
Tebanglah ia buatkan gula,
Saat yang ditunggu telahpun datang,
Persembahan pelajar kini bermula.

Persembahan pertama akan menampilkan adik Nurul Emilynn
Hamzah dari kelas 5 Inovatif. Beliau akan menyanyikan lagu 1
Malaysia. Dipersilakan...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Nurul
Emilynn atas nyanyian yang amat merdu sekali.

Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan TArian Zapin
Pandang Sari oleh kumpulan Dewangga Tari SKBD yang telah
berjaya menjuarai Pertandingan Zapin Aidilfitri Peringkat
Kebangsaan 2014 di Sungai Wang Plaza pada baru-baru ini.
Kumpulan Dewangga Tari SKBD ini adalah dibawah selian
Puan Siti Nordiana bt Ariffin. Majlis mempersilakan...

Terima kasih diucapkan kepada Dewangga Tari SKBD.

Dipersilakan pula adik Harissa Edlyn dari tahun 5 Kreatif yang
akan mendendangkan lagu Warisan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Harissa Edlyn.
Nyanyian lagu
patriotik.


Majlis bersurai.
Alhamdulillah, majlis kita pada hari ini hampir kepada
penghujungnya. Selepas ini kita akan sama-sama
menyanyikan lagu tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57
iaitu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta diikuti dengan lagu
Warisan dan seterusnya lagu Tanggal 31. Hadirin diminta
berdiri.

Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi, maka
berakhirlah Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57,
peringkat sekolah. Saya mewakili seluruh warga kerja Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan mengucapakan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan Tan Tee
Chooi, Encik Mohamad Rasul, guru-guru dan murid-murid SK
Bukit Damansara diatas sokongan penganjuran majlis ini. Akhir
kata, semoga segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
penganjur dapat membangkitkan rasa cinta pada Negara
dan menambah rasa syukur kita terhadap nilai
kemerdekaan.

Dengan Ini Majlis Bersurai.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu.

Anda mungkin juga menyukai