Anda di halaman 1dari 2

ALAM HAIWAN

Konsep
Slot
Peralatan
Anggota
'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)
Suai Kenal
Wisel
Fasilitator
Objektif
1. Memupuk kemesraan dikalangan peserta.
2. Menghilangkan rasa malu dan gemuruh.
3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan dimana akan melakukan aksi dan
tabiat sesuatu spesis.
4. Menguji kecekapan dan ingatan.
Kaedah Pelaksanaan
1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah bulatan.
2. Peserta pertama memberitahu namanya dan melakukan aksi seekor binatang. Contohnya
menepuk dada dengan kedua belah tangan (Gorila).
3. Peserta kedua memberitahu nama dan melakukan aksinya dan aksi peserta pertama. Peserta
ketiga memberitahu nama dan melakukan aksinya dan aksi peserta pertama dan kedua.
Begitulah seterusnya sehingga 10 peserta. Ulang langkah yang sama kepada peserta ke 11 dan
seterusnya dengan beraksi bunyi binatang. Peserta ke 21 hingga seterusnya aksi cara binatang
berjalan. Peserta ke 31 dan seterusnya aksi binatang makan.
Reflek
1. Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang kreatif dan dapat
menghayati sifat dan tabiat makhluk lain dalam alam ini. Kita perlu berkongsi alam ini dengan
lain-lain makhluk.





'PUZZLE' NASIB
Konsep
Slot
Peralatan

Anggota
'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)
Pembentukan Kumpulan
Gambar spesis hidupan marin (Saiz A4)
Gunting
Fasilitator
Objektif
1. Pemilihan kumpulan bergantung kepada nasib gambar mana yang mereka dapat.
2. Tiada unsur pilih kawan.
3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan di mana peserta akan membentuk gambar spesis.
4. Menguji kecekapan.
Kaedah Pelaksanaan
1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator di tengah bulatan.
2. 4 keping gambar terlebih dahulu dipotong 10 bahagian dalam pelbagai bentuk.
3. Potongan gambar diselerakkan dan diterbalikkan dengan permukaan menghadap ke bawah di tengah bulatan.
4. Apabila wisel dibunyikan semua peserta akan mengambil hanya sekeping gambar. Kemudian setiap peserta akan
mencari kumpulan gambar yang sama bagi membentuk kembali menjadi sekeping gambar asal.
5. Apabila kumpulan telah dibentuk. Asingkan setiap kumpulan dan beri masa 5 minit untuk menubuhkan nama
kumpulan dan melantik ketua kumpulan.
Reflek
1. Setiap kumpulan perlu ada seorang ketua yang akan mengemudikan sesebuah kumpulan. Ketua Kumpulan perlu
bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah ahli kumpulan. Buat checking sebelum dan selepas setiap aktiviti
bagi memastikan setiap ahli dalam keadaan sihat dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai