Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU

Oleh : Nur Aiman Najihah Binti Saifullah


Sekali lagi saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
izinNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan dan menghasilkan tugasan ini dengan
jayanya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya
iaitu Dr Najamuddin Bin Bachora serta individu yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya ahli
kumpulan saya. Sesungguhnya, bantuan saudara dan saudari sekalian amatlah saya
hargai. Tugasan kerja kursus projek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU
3107) ini dibahagikan kepada 3 tugasan iaitu membuat kritikan jurnal, pembentangan
terapi dan ujian secara individu.

Antara faedah daripada menjalankan tugasan ini yang saya perolehi ialah
saya dapat menjalankan kerja secara sistematik dan langkah demi langkah. Sebelum
menjalankan tugasan ini, saya dapati adalah amat sukar untuk melakukan tugas
secara teratur kerana saya bukanlah seorang yang tersusun cara kerjanya,
tambahan berkaitan dengan cara untuk mendapatkan maklumat dan memprosesnya.
Namun, dengan menjalankan tugasan secara teratur, dapatlah saya mencari
maklumat dengan baik dan memprosesnya mengikut kehendak tugasan. Hal ini
dapat dilihat semasa saya mencari maklumat atau isi-isi penting semasa membuat
kritikan jurnal dalam tugasan Bahagian A. Secara tidak langsung, melalui kritikan
jurnal yang bertajuk Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam
Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah : Satu Kajian Kes, saya dapat
meningkatkam ilmu pengetahuan saya berkaitan bimbingan dan kaunseing kanak-
kanak terutamanya berkaitan dengan teori-teori kaunseling khususnya pendekatan
kaunseling pemusatan klien yang dipelopori oleh Carl Rogers.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan kritikan jurnal yang diberikan ini,
dapat saya rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor
yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta
menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan
menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan
klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Secara umumnya,
untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia
memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami
segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan kemahiran ini ke atas
klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Kesimpulannya, kerja kursus ini
dapat membantu saya dalam meperolehi pelbagai input atau informasi tentang
proses pembelajaran seseorang kanak-kanak dan kemahiran-kemahiran yang
berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan dan kaunseling. Maka, dengan
input-input ini saya akan dapat mengaplikasikannya ke sekolah yang saya bakal
ditempatkan. Melalui kerja kursus ini juga, sebagai seorang bakal guru, saya perlulah
mahir dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh murid melalui teknik
dan pendekatan kaunseling yang sesuai sebelum merujuk kepada pihak yang lebih
pakar.

Melalui tugasan pembentangan kumpulan, saya dapat membina keyakinan
diri saya sebagai seorang bakal guru untuk berhadapan di hadapan khalayak. Hal ini
jelas apabila saya dapat melakukan pembentangan dengan meyakinkan dan
menunjukkan komunikasi yang baik sebagai seorang pembentang. Selain itu, saya
juga dapat menimba faedah yang lain iaitu saya dapat mengeratkan lagi hubungan
persahabatan antara rakan kelas, lebih-lebih lagi rakan sekerja yang bersama-sama
melakukan tugasan ini. Ini merupakan salah satu faedah yang berharga juga kepada
saya di mana sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai sikap saling bekerjasama
dalam membentuk dan melahirkan generasi bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Dengan adanya sikap seperti ini dalam diri saya, maka segala urusan lain
yang akan dilakukan dengan rakan sekelas akan mudah dilaksanakan dan dapat
mewujudkan hubungan kekeluargaan di dalam kelas seterusnya menceriakan
suasana kelas.

Saya tidak nafikan sepanjang proses menghasilkan tugasan ini, terdapat
beberapa kekangan yang terpaksa saya hadapi dan sebahagiannya berpunca
daripada diri saya sendiri terutamanya tentang pengurusan masa yang kurang
efektif. Namun, kekangan sebegini tidak menjadi halangan yang besar kepada saya
untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya berharap pada masa
akan datang saya akan dapat menghasilkan tugasan dengan lebih baik dengan
memperbaiki segala kelemahan yang ada dari masa ke semasa.

Bagi saya tugasan ini secara keseluruhannya telah dapat meningkatkan
pemahaman dan ilmu pengetahuan saya dalam pelbagai aspek. Oleh itu, saya
berasa gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik. Segala ilmu
yang saya perolehi sangat bermakna bagi diri saya kerana ianya boleh digunakan
pada masa-masa akan datang. Selain itu, ilmu serta pengalaman yang diperolehi ini
dapat membantu saya untuk memperkukuhkan diri dengan ilmu agar dapat
menjadikan saya seorang guru yang berkebolehan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai