Anda di halaman 1dari 5

M enurut Kamus Dewan Bahasa,

muka surat 201, boneka ialah


anak patung atau anakkan

Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut
sebagai kenal atau celik huruf suatu masa dahulu bermaksud
kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam
sesuatu bahasa. Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih
meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini
apabila perbincangan menyentuh tentang aspek pemahaman
bacaan dan penulisan yang berkesan serta menggunakan daya
pemikiran sepenuhnya dalam pembacaan.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bnagsa
Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai
keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan
menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam
kehidupan hariannya. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak
mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka
menggunakan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa
tersebut dalam kehidupan harian mereka dengan cara yang lebih
daripada memahami penulisan tersebut semata-mata. Satu tahap
kemahiran literasi yang tertentu diperlukan untuk menjadikan
kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut
diperlukan bagi membolehkan literasi dalam bahasa tersebut
berfungsi. Tahap keupayaan membaca dan menulis bagi
mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat selaras
dengan peredaran masa serta meningkatnya kemajuan
masyarakat menggunakan bahan bercetak dan sumber maklumat
pelbagai media.
Kegiatan literasi (termasuk kegiatan mendengar, bertutur,
memaca, menulis dan berfikir) dalam sesuatu bahasa ialah satu
proses membina makna (Brozo, 1999). Makna dibina menerusi
interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks
persekitaran yang dialaminya. Literasi memberi peluang kepada
seseorang individu untuk menikmati dan menghargai keupayaan
untuk berinteraksi dengan orang lain, dengan teks dan dengan
suasana persekitrannya.


Konsep Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk
menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara
ringkasnya, ia melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu
peringkat bacaan dimulakan, samada peringkat mendirikan asas,
mengukuhkan asas atau peringkat yang lebih tinggi.
Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang
diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan
keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk
mendengar bacaan terutamanya bahan cerita.
Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan
kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.
Walaupun ramai antara kanak-kanak yang masuk ke darjah satu
hari ini telah dapat membaca atau sekurang-kurangnya telah
dapat mengenal huruf dan ramai juga yang telah dapat membaca
dengan lancar, namun sejumlah besar kanak-kanak yang masih
tidak dapat membaca apabila mereka telah sampai ke darjah
enam dan sesetengahnya telah masuk ke tingkatan satu.
Disinilah timbulnya persoalan sama ada kanak-kanak tersebut
memang tidak mempunyai kemampuan untuk belajar membaca
ataupun bilakah masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak
itu mula diajar membaca.
Kedua-dua soalan ini mungkin boleh dijawab dalam dua bab yang
berbeza, namun bagi ibu bapa, kedua-duanya sama penting
kerana bagi golongan pertama, mereka sentiasa berharapan agar
anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca seberapa
awal yang mungkin dan satu golongan lagi mahukan anak
mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat
umur yang paling rendah, supaya anak tersebut dapat menguasai
kemahiran dan ilmu yang lain di sekolah dengan seberapa awal
yang boleh.











Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan
yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau
hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu
mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi
ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi,
bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali
antara dulu dan sekarang.

Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun
terkadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan
dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik
misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman
dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan
roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau
situs-situs sejarah maupun prasejarah.


http://officesoft.files.wordpress.com/2008/04/boneka-
muslim.jpg

Anda mungkin juga menyukai