Anda di halaman 1dari 4

PKK BAB 3 1

PERINGKAT2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Peringkat-peringkat Perkembangan fizikal dan implikasinya.

Implikasi kepada penjagaan dan pembelajaran bayi

Stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk bahagian-bahagian otak terbabit


menyusun maklumat.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada
peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada
tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kana pada peringkat ini dua kali
ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot
kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna.
Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini
lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki.

Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang


kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain
menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor dipengaruhi
oleh genetik. Misalnya jika kebolehan berjalan berlaku awal untuk kedua-dua ibu bapa
maka anaknya juga akan dapat berjalan pada peringkat awal.

11.3 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.
Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu
bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu
dengan sendiri.
PKK BAB 3 2
PERINGKAT2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak juga akan merasai saat kepuasan sekiranya berjaya melakukan sesuatu
dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza. Elakkan daripada
membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini. Guru
boleh menyediakan aktivit-aktiviti seperti bermain bola dan berlari. Aktiviti-aktiviti yang
disediakan mesti mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecilnya
yang belum sempurna.

Kanak-kanak (7-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-
kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal
bermula dan gigi susu akan diganti.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun


dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kana-kanak lelaki mula
bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap
kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi
lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh,
kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus
kepada aktiviti atau tugas yang diberi oleh kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi


untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermainan alat-alat muzik
seperti piano dan biola, menjahit, mengait membina model, belajar gimnastik,
berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan
lasak misalnya permainan bola sepak di padang.
PKK BAB 3 3
PERINGKAT2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

11.4 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti


melukis. Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti
berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan
yang lebih cekap. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki
misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak
perempuan misalnya bola jaring.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-
kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya lebih-lebih lagi jika kanak-
kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah
penyesuaian.

Awal remaja (12-15 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan
pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti
ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja
perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil
baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula
menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang
mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh
badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih
dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai
akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya
mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.
PKK BAB 3 4
PERINGKAT2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

11.5 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima


dirinya, rupa dan bentuk badannya. Menyediakan latihan untuk membantu remaja
membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih
sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi
kesedaran tentang gaya hidup sihat terutamanya daripada segi pemakanan, senaman
dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah.
Rancang aktiviti senaman supaya menyerenokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti
sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan
remaja lelaki. Cuba kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh lelaki semasa
aktiviti senaman. Perubahan peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot
bertambah kuat dan pertambahan koordinasi.

Akil baligh juga menandakan kematangan daripada segi seksual. Menyediakan


kursus, dan ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja
mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah
laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan. Guru perlu menyediakan peluang
untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam
diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat

Anda mungkin juga menyukai