Anda di halaman 1dari 2

TEATER BERCERITA

TAJUK : HIKAYAT RAJA MERONG KEJAM


Al kisah suatu masa dahulu,ada seorang raja yang sangat kejam iaitu raja
merong siong.# Raja merong merupakan raja bagi negara Wangtari.
Pada suatu hari, penasihat raja iaitu Pandir mencadangkan supaya menawan
negara Titiwangsa yang sangat kaya dan banyak gadis yang cantik dan jelita.# Raja
tertarik dengan cadangan itu dan mengarahkan supaya panglima datang
menghadapnya#.
Panglima Laknasari datang menghadap Raja Merong. # Raja Merong
menceritakan tentang cadangan menawan negara Titiwangsa. #Tetapi Raja Merong
menipu Laknasari dengan mengatakan bahawa negara itu di perintah oleh pemerintah
yang sangat zalim.#
Panglima Laknasari menerima arahan Rajanya dan akan menawan negara
tersebut. #Sesungguhnya panglima Laknasari seorang pahlawan yang patuh pada
perintah Rajanya. Dia akan mengetuai rancangan penawananan negara Titiwangsa.
Pada keesokan harinya, Laknasari sudah bersiap untuk berangakat untuk
berperang. #Isterinya , melor walaupun berat melepaskan suaminya untuk berperang
tetapi akur dengan perintah Raja.#
Melor memberi nasihat untuk menjaga diri pada suaminya yang tercinta
sebelum berangkat.# Laknasari menerima nasihat isterinya dan berjanji akan pulang
dengan segera. # Sesungguhnya Melor merupakan seorang isteri yang baik hati dan
sangat jelita.#
Selang tiga hari pemergian Panglima Laknasari untuk berperang, sekali lagi
Pandir iaitu penasihat Raja Merong memberi hasutan pada Rajanya.# Dia menghasut
Raja Merong untuk ke rumah Laknasari dan memberitahu Melor iaitu isteri Laknasari
seorang yang jelita dan sungguh mengliurkan bila dipandang. #
Raja menerima cadangan itu dan membawa Pandir untuk pergi ke rumah
Laknasari untuk berjumpa dengan Melor.#
Melor terkejut melihat Raja dan penasihat datang ke rumahnya#. Melor
menanyakan mereka apakah tujuan mereka ke sana sedangkan Laknasari sudah
berangkat berperang. #
Tanpa membuang masa Raja Merong menolak Melor dan pelakuannya
sememangnya ingin merogol Melor. #
Dalam keadaan ketakutan, Melor terus mencapai pisau berdekatan dengannya
dan menikam pisau ke badan Raja Merong. # Pandir ketakutan lalu lari meninggalkan
rumah itu.#
Melor ketakutan dan memikirkan kesalahan yang dilakukannya. Raja zalim itu
tewas di tangan Melor. Melor menutup mayat Raja dengan kain sambil menagis. #
Tidak lama kemudian, Laknasari selamat pulang ke rumahnya. Isterinya melor
menceritakan kejadian itu kepada suaminya sambil menagis. # Laknasari percaya akan
penjelasan isterinya. #Sememangnya Laknasari tahu kekejaman Raja merong yang
menipunya bahawa negara titiwangsa satu negara yang patut diruntuhkan.
Laknasari menceritakan pada Melor sememangnya negara itu mempunyai Raja
yang berjiwa rakyat dan Laknasari membatalkan niat untuk menawan negara tersebut
sebelum mereka menjalancarkan serangan terhadap negara tersebut.# Laknasari
membawa isterinya keluar dari negara tersebut. #
Raja merong telah dijumpai di rumah Laknasari oleh penduduk Wangtari
beberapa hari kemudian.#
. Kini , kisah pahlawan Laknasari telah menjadi sejarah dan menjadi tanda tanya
penduduk negara Wangtari disebabkan jejak langkahnya yang tidak dapat dikesan.#
Laknasari dan Melor hidup bahagia di negara Titiwangsa.# Mereka telah
berpindah di negara itu dan Laknasari menjadi rakyat biasa di negara itu.#

Anda mungkin juga menyukai