Anda di halaman 1dari 8

KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian


kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi
dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam
menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk
berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada
kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek
termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-quran surah al-Qasas : 77

Bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-
hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-
nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka
bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan
kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan
taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan
kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut
Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek
tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap
pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang
sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi.
Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga
dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut
serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir
perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari
kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan
kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau
minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut
meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung
dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau
perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah
dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-quran
surah al-Hujuraat : 13

bermaksud

Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan
kamu).
Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia
terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan
mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat
menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak
untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati
oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti
ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah
diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti
termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula
hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji
Wida(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh
muslim,maksudnya :

Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu
mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu
mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan
hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang
dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan
sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi
mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan)
dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada
kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu
berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-quran).

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke
hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka,
bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui
undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-
hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima
deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan
kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek
kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara
Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang
menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan
perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam
pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan
yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk
membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi
perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-
hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum
serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi
kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan
beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan
perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan
pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang
berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan
berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di
negara kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan
bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum,
bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana
golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul
pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa: 58.
maksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara
manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya
keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam
rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama
perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan
luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin
kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga
akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman
Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2


maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu dalam
sembahyangnya.

Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari
dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum.
Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu
dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada
pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu
bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak
akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral,
etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan
Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada
kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai
murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah
kebudayaan tinggi (high culture)

PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi
juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati
oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama
manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai
kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan
dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula
jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global,
ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman,
habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem
yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun
dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi
Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi
di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan
Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan
mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan
pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang
berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama,
bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi
penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang
berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh
peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu
dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak
mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.
Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi
harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus
maju


KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan
ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan
spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-quran surah al-Anfal:
60


maksudnya:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui nya; sedang Allah
mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasanya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiayai.

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan
negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan
yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk
menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan
negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan
yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan
ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan
dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan
tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan
Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya
menghadapi cabaran dunia semasa

Anda mungkin juga menyukai