Anda di halaman 1dari 6

Sinopsis:

Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak
dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang
baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga
didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga
sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah
ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.

Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah
memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along
cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun
pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri
ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.

Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya
putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh
Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan
kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan
menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang
hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah
yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru
kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan
Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu.
Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik beradik.

Tema:

Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah
renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi
Angah.

Persoalan:

1. Persoalan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika
makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku
latihan sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang.
Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara
kedua beradik tersebut.
Plot:
Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam
terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi
mangsa. Along terpaksa mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak
dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya
hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.
Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk
ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap
oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang
melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along
memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia
adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana
melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak
kemarahan, Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai
pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus
tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang
memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan
garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan
daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan
perhatian.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog.
Contoh:
"Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."

"Angah cuma tengok saja ..."
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?


Watak dan Perwatakan:
Along
cepat meradang terutama kepada adiknya

sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan

membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan

pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang
mengoyakkan wang ayahnya
Angah
gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along

berwajah comel

suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah

wajahnya pucat apabila dimarahi

buah hati ibu
Abah
seorang yang tegas

memukul adik dengan tali pinggang
Emak
suka menyebelahi adik

mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah

bersikap garang dengan Along
Latar:
Masa
1. Malam.
Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan
sesuatu.
2. Tengah hari.
Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal
Angah.
Tempat
1. Ruang tamu
Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.
2. Di rumah.
Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.
3. Di meja makan
Contoh: Ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.
4. Di katil
Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar.
Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama. Juga buku latihan sekolahnya
diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru.
Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku
latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang.
Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam
menjatuhkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope
Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. ( Singkatan kata ku ) Dan tanpakusedari,
tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.
2. Kata Ganda
Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan
sesuatu.
3. Peribahasa
Contoh: Berat sebelah, tebal muka, managih kasih.
4. Metafora
Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.
Personifikasi
Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.
Antomomisia ( memperlihatkan sifat seseorang )
Contoh: Hantu Kecil
Totologi ( Perulangan untuk penegasan )
Contoh: Benci. Aku benci
Nilai:
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan
perhatianku.
2. Nilai berdikari
Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah
dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk
tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat-menghormati
Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya
sehingga sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran:
1. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita. Contoh: Apabila malam semakin larut, aku
memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah
yang sedang lena di katil comelnya.
2. Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan
bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk
dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa
tuah kepada keluarga.
3. Kita janganlah memperbesar perkara-perkara yang kecil. Contoh: Perkara macam itu pun
engkau besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku
mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat kali pertama ini aku memeluk dan
mengucupinya.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah
saling bermaafan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai