Anda di halaman 1dari 46

Kuliah Ke 3: KONSEP ASAS

TAMADUN ISLAM
Maksudnya - Elemen-elemen
yang mendasari Tamadun Islam
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
KONSEP
RABBANI
( KETUHANAN )
LENGKAP
DAN
MENYELURUH
SARWAJAGAT
( UNIVERSAL )
TETAP DAN
ANJAL
IDEAL DAN
REALISTIK
1. BERSIFAT RABBANIYAH

Rabbaniyyah bermaksud segala konsep,
prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang
terdapat dalam Tamadun Islam adalah
secara mutlak daripada Allah swt.

Justru, setiap pembangunan dan
ketamadunan yang dibina dalam Tamadun
Islam mesti menepati nilai dan prinsip yang
ditetapkan oleh Allah swt.


2. BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH

Tamadun Islam merangkumi hubungan manusia
dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama
manusia dan hubungan manusia dengan alam yang
terdiri daripada alam cakrawala, alam sekeliling,
binatang, tumbuh-tumbuhan, alam ghaib (alam jin
dan malaikat) yang saling kait mengait antara satu
sama lain.


2. BERSIFAT LENGKAP DAN
MENYELURUH
Tamadun Islam meletakkan peraturan yang
menjaga individu, keluarga, masyarakat,
kenegaraan dan hubungan antarabangsa.

Konsep ibadah khusus dan ibadah umum
yang dianjurkan oleh Islam memperluaskan
dan memberi peluang kepada umat Islam
menjalankan ketaatan dan ibadah dalam
konteks yang berbagai.


3. BERSIFAT ALAMIYYAH (Universal)

Sejarah telah membuktikan bahawa Tamadun Islam
telah berjaya membina dan mempelopori peradaban
dan ketamadunan manusia sejagat.

Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia,
pembinaan tamadun Islam mengambilkira perbezaan
budaya setempat dan menerima unsur tamadun
yang sedia ada. Tamadun Islam tidak merendahkan
tamadun lain, malah mengangkat martabat
peradaban manusia dan kemanusiaan.



3. BERSIFAT ALAMIYYAH (Universal)
Konsep yang ditampilkan dalam sifat ini
ialah persamaan sesama manusia yang
berbilang bangsa, kaum dan darjat.
Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh
umat manusia di setiap tempat dan zaman,
tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya,
bangsa ataupun sempadan geografi.

4. BERSIFAT TABIIYAH / SESUAI DENGAN
FITRAH
Tamadun yang dibina memupuk sifat-sifat
positif dan sifat semula jadi yang ada pada
manusia antaranya memerlukan panduan
kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan
dan kesenian, suka kemajuan dan
perubahan, berinovatif, bersistematik
bermula pada diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
5. BERSIFAT WAQIIYYAH ( Praktikal )
Islam realistik dengan mengambil kira
realiti manusia dan alam sejagat.
Orang yang sakit dan uzur ada kaedah
khusus untuk melakukan solat dan
dibenarkan berbuka puasa.


5. BERSIFAT WAQIIYYAH ( Praktikal )
Orang yang cacat tidak diwajibkan
berperang, malah mereka perlu diberi
perlindungan.
Kefardhuan haji dan zakat hanya kepada
orang-orang yang mempunyai harta dan
berkemampuan sahaja.


6.BERSIFAT TETAP DALAM KEANJALAN
Tamadun Islam tetap dan tidak berubah dari
segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan fleksibel
dari segi cara dan teknik perlaksanaannya.

Islam memberi kebebasan dari segi cara
merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan
adat resam bangsa dan budaya masing-
masing tetapi tidak melangkaui paradigma
tauhid yang menjadi asas tamadun Islam

7.BERSIFAT TOLERANSI DAN TERBUKA
Tamadun Islam terbuka kepada semua
tamadun yang tidak bercanggah
dengan syariat terutamanya dalam
dialog dan interaksi antara tamadun .


7.BERSIFAT TOLERANSI DAN
TERBUKA

Islam membenarkan dan menggalakkan
penerusan sesuatu unsur tamadun yang
membawa kebaikan selagi tidak bertentangan
dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak
orang lain dalam tamadun tersebut

Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah
pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam
tidak dilarang mengamalkan agama dan
kepercayaan mereka untuk mengekalkan
kesetabilan dan keharmonian masyarakat.




Prinsip/Dasar Tamadun Islam:
1. Memelihara agama
2. Memelihara akal
3. Memelihara jiwa / maruah/
keturunan
4. Memelihara harta
5. Memelihara kebebasan
1. Memelihara Agama
Rasional: Tamadun Islam dicetuskan dari ajaran
agama Islam
Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Maha Esa,
Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
Melaksanakan tanggungjawab agama
Memelihara Syiar Islam
Menghormati penganut agama lain( hak
mereka mengamalkan ajaran agama )
2. Memelihara Jiwa
Rasional:Jiwa/nyawa adalah kurniaan
Allah yang tidak boleh diganti / dicipta
Suruhan menjaga keselamatan,
kesihatan, pemakanan. Berubat jika sakit
Larangan merosakkan diri, membunuh
diri, membunuh orang lain ( kecuali
perintah mahkamah ), pengguguran bayi
2. Memelihara jiwa /Nyawa

Allah s.w.t. mengurniakan manusia kehidupan
(al-Hijr :23)

Seseorang yang membunuh dirinya atau orang
lain telah melakukan jenayah sosial yang besar
iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya
(an-Nisa: 30)



3. Memelihara Maruah
Rasional:Karamah Insan menentukan
kedudukannya di sisi Allah & manusia
Suruhan menjaga pergaulan, menutup
aurat, menjaga nama baik, berkahwin
Larangan bergaul bebas, mendedah
aurat, memfitnah, berzina / jenayah
seks, melayari web lucah dll
3.Memelihara Maruah/ Kehormatan & Keturunan

Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan
sebaik kejadian telah tetap kehormatannya
sebagai bani Adam tanpa mengira agama,
keturunan, bahasa dan keadaannya.

Setiap manusia menerima balasan mengikut
apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).

Islam juga menyediakan peraturan
perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan
kemuliaan keturunan.


4. Memelihara Akal
Rasional:Unsur yang membezakan insan
dari makhluk lain
Suruhan Mencari ilmu, membaca
bahan yang baik. Islam mewajibkan
umatnya menuntut ilmu tanpa dibatasi
had masa, tempat dan bangsa.

4.Memelihara akal fikiran


Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang
boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang
manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.)
Larangan minum arak, dadah dan
seumpamnya

Islam menggalakkan pemikiran yang berteraskan
tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan melarang
pemikiran yang mempunyai unsur negatif. (al-
Ankabut: 43)


5.Memelihara Harta
Rasional:Harta adalah amanah dan
pinjaman. Ianya bukan milik yang mutlak
Suruhan Mencari rezeki yang halal,
dari sumber yg halal, digunakan utk
kebaikan
Larangan Mengambil hak orang lain
spt mencuri, merompak,
menyamun,salahguna, menyeleweng
5. Memelihara harta benda

Islam menyediakan garis panduan
mengenai hak memiliki harta benda dan
sejajar dengan fitrah manusia.

Mempertahankan harta benda yang
diperolehi dengan cara yang halal adalah
sesuatu yang dituntut di dalam Islam
6. Memelihara Hak/ Kebebasan
Rasional: Menetapkan suatu garis
panduan mengenai hak seseorang ,
batasannya

Hak dan Tanggungjawab saling
beriringan
Pada semua peringkat diri, keluarga,
jiran, masyarakat
6.Memelihara hak & kebebasan...

Islam telah menetapkan hak dan kebebasan
seseorang individu sejak ia dilahirkan.

Setiap muslim hendaklah membebaskan
dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (al-
Furqaan : 43).

Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan
fikiran yang tiangnya adalah kebebasan
beragama ( al-Baqarah : 256)


Kuliah ke 4
Apakah sumber-sumber
Tamadun Islam?
Bagaimana sumber-sumber itu
menyumbang ke arah
pembinaan tamadun?
Apakah garis panduan bagi
memastikan sesuatu penemuan
baru diterima dalam tamadun
Islam?

Sumber-sumber Tamadun Islam
1. Wahyu
2. Akal
3. Penemuan baru
Wahyu/ Revelation
1. Al-Quran Kalam Allah ( yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad
secara beransur-ansur ( 23 tahun ) dan
mutawatir, di dalam bahasa Arab,
dijamin keesahannya sehingga hari
kiamat

Hadis
Segala perkataan, perbuatan dan
pengakuan Nabi Muhammad s.a.w
Dibukukan dalam Kitab-kitab Hadis
Dijamin keesahan dan
kebolehpercayaannya kerana
mempunyai prosedur yang ketat dalam
proses pengumpulan

Akal
Selari dengan tuntutan syariat
Menggalakkan kreativiti
Mengiktiraf keupayaan para sarjana bagi
mempertingkatkan kehidupan manusia
dalam semua bidang kehidupan
Penemuan Baru
Islam menggalakkan kreativiti yang sihat
dalam semua bidang kehidupan
Berdasarkan kajian dan penyelidikan
para sarjana dalam berbagai bidang spt
sains tulen, sains gunaan, sosial,
pendidikan dll
Matlamat Tamadun Islam
Memelihara hubungan dengan
Allah
Memelihara hubungan sesama
manusia
Memelihara hubungan dengan
alam sekitar/makhluk lain
Keridhaan Allah
Apa pun yang dilakukan hendaklah
kerana mendapatkan keridhaan Allah
Maksudnya mengikut perintah,
undang-undang, peraturan dan sunnah
yang telah Allah tetapkan
1. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

Islam menganjurkan manusia memikirkan Allah s.w.t
sebagai pencipta dan kandungan alam ciptaan Nya.

Hubungan manusia dengan pencipta adalah matlamat
terpenting dan terakhir dalam kehidupan seperti yang
telah dijelaskan dalam surah al-Taubah ayat 24.

Kesan hubungan manusia dengan Allah swt. akan
melahirkan pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap
penciptanya dan alam semesta dan memiliki perasaan
bertanggungjawab melalui suatu hubungan yang murni.


2.Hubungan Manusia Sesama Manusia

Hakikat hubungan manusia sesama manusia
adalah dinilai kemuliaannya disisi Allah s.w.t.
hanyalah berdasarkan ketaqwaan dan ketaatan
kepada- Allah swt. (al-Hujurat: 13).

kepentingan hubungan manusia sesama
manusia dijelaskan dan digambarkan di dalam
hadith yang bermaksud :

Hubungan sesama manusia
Bermula dengan ahli keluarga
Saling menghormati tanpa mengira bangsa,
warna, agama
Tidak membezakan manusia kerana darjat /
kedudukan
Memberikan layanan yang sama rata cth hak
jiran tetangga
Menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan
cth membantu orang susah & memerlukan
Hubungan sesama manusia
Sesama Muslim - Orang mukmin itu dengan
mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian
yang satu menguatkan bahagian yang lain. (Riwayat Bukhari
dan Muslim)


Institusi Keluarga
1. Institusi Perkahwinan memelihara
keturunan
2. Hak setiap ahli keluarga
3. Tanggungjawab setiap ahli( saling
berperanan & menyumbang) suami,
isteri, anak-anak
4. Keluarga yang baik asas pembinaan
bangsa yang maju & bertamadun
Kejiranan
1. Hak dan tanggungjawab jiran
2. Rukun kejiranan saling hormat
menghormati, memberi dan terima,
bekerjasama, bertolak ansur
Tanggungjawab kemasyarakatan
1. Tangan yang memberi adalah lebih
baik daripada tangan yang menerima
2. Tidak sempurna iman seseorang kamu
jika ia tidak mengasihi saudaranya
sebagaimana ia mengasihi dirinya
sendiri.
3. Orang beriman itu umpama suatu
jasad.
Hubungan dengan Alam Sekitar
Alam adalah amanah Allah kepada
manusia
Allah mencipta seluruh isi alam untuk
manfaat manusia
Manusia adalah pengurus alam
( khalifah )
3. Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat

Kedudukan manusia yang istimewa dengan
dikurniakan pancaindera dan akal fikiran
melayakkannnya menjadi khalifah di alam ini.
(al-Nahl: 14)

Kedudukan hubungan manusia dengan alam
adalah juga untuk manusia melakukan
penyelidikan dan kajian menghayati kekuasan
Allah swt.
(al-Sajdah:27)


Pembangunan yang mesra alam
Bersahabat dengan alam secara
beradab
Pembangunan yang sepadu
Mengekalkan eko sistem
Perancangan jangka panjang
Akhlak terhadap alam
Berkongsi memanfaatkan alam
Tidak memusnahkan keseimbangan
alam( eko sistem )
Berusaha memelihara alam untuk
generasi akan datang
RUMUSAN
Pencapaian umat Islam dalam
kehidupan untuk melahirkan sebuah
tamadun yang gemilang hendaklah
berasaskan pandangan semesta


Islam yang bersumberkan al Quran dan
al Sunnah, mempunyai matlamat yang
telah dibincangkan dan memiliki sifat-sifat
khusus yang digariskan serta
bermatlamatkan segala aspek yang
dinyatakan.

Rumusan

Anda mungkin juga menyukai