Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 2 :

SISTEM-SISTEM EKONOMI







SISTEM-SISTEM EKONOMI

2.1 Masalah asas ekonomi
Cara di mana masyarakat membuat keputusan utk menjawab
persoalan tentang masalah-masalah asas ekonomi yang dihadapi.
Seperti yang diketahui, masalah ekonomi timbul akibat daripada faktor-
faktor pengeluaran yang terhad manakala kehendak manusia yang tidak
terhad. Oleh sebab itu tidak kira apa jenis sistem (iaitu sistem kapitalis,
campuran, arahan pusat atau islam ) yang diamalkan oleh sebuah negara,
masalah asas ekonomi pasti akan timbul. Masalah asas ekonomi yang
dihadapi oleh setiap sistem ekonomi ialah
apakah dan berapakah barang yang harus dikeluarkan?
bagaimanakah ia harus dikeluarkan?
untuk siapa ia dikeluarkan?

2.1.1 Apakah dan berapakah barang yang harus dikeluarkan?
Masalah ini wujud kerana manusia mempunyai kehendak yang tidak terhad
manakala faktor pengeluaran adalah terhad. Maka manusia tidak boleh
memenuhi kesemua kehendak mereka pada masa yang sama. Dari sini
timbullah masalah apa yang harus dikeluarkan dan berapa banyak harus
dikeluarkan. Contoh adakah barang penggunaan atau barang modal
harus dikeluarkan. Jika kedua-dua barang dikeluarkan adakah banyak
barang penggunaan atau banyak barang modal dikeluarkan atau
sebaliknya. Inilah masalah yang dikaitkan dengan apa dan berapa banyak
harus dikeluarkan.




2.1.2 Bagaimanakah ia harus dikeluarkan
Masalah kedua pula adalah tentang cara atau teknik yang digunakan untuk
mengeluarkan sesuatu barangan. Masalah ini timbul kerana faktor-faktor
pengeluaran adalah terhad serta sesuatu pengeluaran boleh dikeluarkan
dengan beberapa cara atau teknik pengeluaran. Maka pengusaha haruslah
menggunakan kombinasi faktor yang membolehkan outputnya dikeluarkan
pada kos seunit yang paling rendah. Teknik pengeluaran yang cekap
merupakan teknik yang dapat menjimatkan kos. Contoh adakah keluaran
dikeluarkan dengan intensif buruh atau intensif modal. Firma harus
menggunakan buruh dengan banyak jika upah adalah murah ini bermakna
firma akan menggunakan teknik keamatan(intensif) buruh, sebaliknya jika
upah mahal maka firma harus menggunakan keamatan modal. Masalah
menentukan cara dan teknik untuk mengeluarkan sesuatu barangan adalah
dikaitkan dengan masalah bagaimanakah barangan harus dikeluarkan
2.1.3 Untuk siapa dikeluarkan
Masalah untuk siapa dikeluarkan berkaitan dengan teori agihan. Masalah ini
merujuk kepada bagaimanakah kita mengagihkan barang-barang dan
perkhidmatan yang sudah dikeluarkan itu di antara individu dan keluarga
dalam sesuatu masyarakat?. Barang-barang yang dikeluarkan akan dijual
kepada mereka yang ada kemampuan membayar. Biasanya golongan
yang berpendapatan tinggi lebih gemar membeli barang-barang mewah.
Sebaliknya golongan yang berpendapatan rendah lebih gemar membeli
barang-barang biasa. Oleh kerana kekurangan merupakan satu masalah
yang tidak dapat diatasi maka pengagihan output merupakan satu
masalah yang rumit dan cara yang akan digunakan pula mestilah cara
yang dapat diterima secara umum.



Penyelesaian kepada masalah asas ekonomi diselesaikan melalui sistem
ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara, iaitu sama ada ;
Sistem ekonom kapitalis/pasaran bebas
Sistem Ekonomi Sosialis/perancangan pusat
Sistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi Islam

2.2 SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
Keputusan ekonomi ditentukan oleh anggota masyarakat sendiri
dan tiada campur tangan kerajaan
Apa dan berapa banyak apa (barang yg
menguntungkan penjual), berapa banyak (bergantung
kepada mekanisme harga/pasaran)
Bagaimana menggunakan kaedah yang paling cekap
dan meminimumkan kos. Teknologi, buruh atau kombinasi
Untuk siapa bergantung kepada sesiapa yang sanggup
membayar.
Hak milik persendirian terhadap sumber di dalam negara.
Individu atau pengguna ada insentif tersendiri bagi
memaksimumkan pendapatan.
Sistem harga kekurangan barang menyebabkan harga barangan
meningkat, manakala lebihan menyebabkan harga jatuh.
Barangan dan perkhidmatan di tentukan oleh permintaan
pengguna.
Persoalan bagaimana cara pengeluaran di tentukan oleh motif
firma untuk mendapatkan keuntungan maksimum mungkin.
Untuk siapa di keluarkan bergantung kepada kemampuan kuasa
pembeli pengguna.
Campur tangan kerajaan adalah amat minimum.
Pengguna mempunyai hak mutlak.

2.2.1 Kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas
Sistem ekonomi bergerak sendiri tanpa arahan pusat.
Pengeluaran barang mengikut kehendak pengguna.
Penggunaan sumber dengan cekap dan efisien.
Penggunaan sumber yang optimum.
Kualiti barangan dan perkhidmatan adalah lebih baik kerana
terdapat persaingan di antara pengeluar.
2.2.2 Kekurangan sistem ekonomi pasaran bebas
Pengagihan sumber yang tidak betul. (pengeluaran barang hanya untuk
golongan kaya)
Persaingan yang membazir dan mewujudkan terlalu banyak jenis
barangan dan perkhidmatan di pasaran.
Kebajikan masyarakat tidak di tekankan, kerana sistem ini lebih
menekankan kepentingan individu berbanding kepentingan
masyarakat.
Ketidakseimbangan agihan pendapatan di antara golongan kaya
dan miskin.
Mewujudkan kuasa monopoli, samada monopoli perseorangan,
kumpulan atau pun pihak kerajaan.
Agihan sumber yang tidak tepat.
Berlaku inflasi, deflasi dan pengganguran.









2.3 SISTEM SOSIALIS/PERANCANGAN PUSAT
Diamalkan bagi mengelakkan masalah-masalah yang timbul
daripada Sistem Ekonomi Pasaran Bebas.
Kerajaan akan memutuskan persoalan masalah dalam ekonomi ini.
Kerajaan telibat secara langsung dalam merancang dan
mengawal kegiatan ekonomi.
2.3.1 Ciri-Ciri Sistem Perancangan Pusat
1. Campur tangan Kerajaan dalam ekonomi
Kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi
melalui Badan Perancang Ekonomi
Berfungsi menyelesaikan Masalah Asas Ekonomi.
2. Hak Milik Negara
Faktor-faktor Pengeluaran dalam negara dimiliki oleh pemerintah.
Ini bererti individu atau firma dalam negara itu tidak mempunyai
kebebasan untuk memiliki harta persendirian.
Kerajaan akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada
semua rakyat.
3. Tiada Motif Keuntungan
Sistem ini mengutamakan Kebajikan rakyat.
Tanggungjawab kerajaan ialah untuk mengurus ekonomi negara
secara adil dan saksama





2.3.2 Penyelesaian masalah
1. Apakah jenis barang yang hendak dikeluarkan?
Kerajaan melalui badan perancangan ekonomi akan menentukan
jenis barang yang hendak dikeluarkan bagi meningkatkan
kebajikan dan taraf hidup masyarakat.

2. Berapakah barang yang hendak dikeluarkan?
Ini bergantung kepada keperluan dan permintaan masyarakat itu.

3. Bagaimanakah barang itu hendak dikeluarkan?
Kerajaan akan mengeluarkan barang dengan teknik pengeluaran
yang sesuai selaras dengan matlamat ekonomi negara itu.
Jika matlamat kerajaan ialah untuk menrunkan kadar
pengangguran, maka kerajaan akan memilih teknik pengeluaran
berintensif buruh dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Sebaliknya, jika matlamat kerajaan ialah untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi, maka intensif modal akan digunakan.

2.3.3 Kebaikan sistem arahan pusat
1. Pengeluaran secara skel besar-besaran.
Sebagai pemilik faktor dan pemonopli kerajaan dapat melakukan
aktiviti pengeluaran secara besar-besaran
Faedah ekonomi bidangan akan dinikmati, iaitu kos pengeluaran
menjadi rendah dan harga barangan turut rendah.





2. Kesaksamaan agihan pendapatan
Dengan adanya jaminan hak asasi kepada individu dan sekatan
kepada pembolotan kekayaan negara oleh segelintir golongan,
maka agihan pendapatan dalam sistem ini lebih saksama.
3. Pengeluaran Tanpa Persaingan
Pemonopoli dalam pengeluaran dapat menghindarkan
persaingan. Dengan itu kos pengeluaran menjadi lebih rendah.
4. Kestabilan ekonomi
Ini kerana adanya perancangan dan kawalan sepenuhnya oleh
kerajaan.
Masalah inflasi, pengangguran, dan imbangan pembayaran tidak
begitu ketara.

2.3.4 Kelemahan sistem arahan pusat
1. Kesilapan dalam membuat keputusan
Keputusan ekonomi negara ditentukan oleh sekumpulan kecil
pemerintah di peringkat pusat.
Risiko membuat keputusan yang tidak tepat adalah tinggi dan
boleh menjejaskan kebajikan rakyat.
2. Kurang motivasi dan insentif
Individu dijamin hak untuk memperoleh keperluan asas tetapi
tidak dibenarkan mengumpulkan kekayaan secara bebas.
Keadaan ini tidak menggalakkan mereka untuk terus bekerja dan
berusaha keras.

3. Teknologi dan inovasi tidak berkembang
Tanpa persaingan, teknologi dan inovasi tidak dapat berkembang
pesat dan menyebabkan ekonomi dalam sistem ini terus
ketinggalan dan tidak berkembang

2.4 SISTEM EKONOMI CAMPURAN
Gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dgn sistem
ekonomi perancangan pusat
Menggunakan mekanisme pasaran dan membenarkan kerajaan
campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk mengatasi
kelemahan2 mekanisme pasaran.
Kerajaan dan pihak swasta bersama-sama menyelesaikan masalah
asas ekonomi.
Individu dan firma bebas untuk memiliki harta kekayaan dan faktor
pengeluaran.
Kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan
kepentingan pengguna dan faktor pengeluaran.
Pemilikan faktor pengeluaran
Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran
Kerajaan menggunakan undang2 untuk mengawal sumber
ekonomi demi menjaga kebajikan masyarakat dan memelihara
kestabilan ekonomi negara.
Pembuat keputusan
Individu dan pihak swasta bebas menentukan corak peruntukan
faktor2 pengeluaran
Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yg hendak
dikeluarkan,kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi
barang yg hendak dikeluarkan.
Kerajaan mengeluarkan barang2 yang tidak dikeluarkan oleh pihak
swasta.
Individu, pihak swasta dan kerajaan bersama2 membuat
keputusan.
PILIHAN
Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan
Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor
pengeluaran yang mereka miliki.
Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta
hanya mengeluarkan barang yg memberi manfaat kepada
pengguna.
PENENTU HARGA
Harga barang yg tidak ditentukan oleh kerajaan ditentukan
melaluimekanisme harga.
harga barang keperluan ditentukan kerajaan untuk menjaga
kebajikan rakyat.
PERSAINGAN
peneluar bebas bersaing sesama sendiri.
kerajaan memastikan persaingan adalah sihat dan adil.
MOTIF
pengguna: mencapai kepuasan maksimum
pengeluar: keuntungan maksimum
kerajaan: memaksimumkan kebajikan



TUJUAN CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM SISTEM EKONOMI
MEWUJUDKAN KESTABILAN EKONOMI
menstabilkan ekonomi melalui dasar fizikal dan kewangan
supaya ekonomi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat,
guna tenaga penuh, tingkat harga yang stabil, dan
keseimbangan imbangan pembayaran.

MENYEDIAKAN BARANG AWAM
mengeluarkan barang awam untuk meningkatkan kebajikan
dan pembangunan negara.

MENGELAKKAN AMALAN MONOPOLI
kuasa monopoli yang wujud di bawah mekanisme pasaran perlu
dikurangkan/dihapuskan kerana monopoli akan menyebabkan
firma menguasai pasaran.

MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN NEGARA
melalui percukaian dan pemberian subsidi.

MENGHAPUSKAN KESAN LUARAN YANG NEGATIF (eksternaliti
negatif)
perlaksaaan undang2 dapat menghapuskan kesan luaran
yang negatif yang wujud akibat daripada individu yang
hanya berhasrat memaksimumkan kepuasan dan firma
yang bermotifkan memaksimumkan keuntungan.



MENGAWAL AKTIVITI PENGELUAR YANG BERTENTANGAN DENGAN
UNDANG2
kerajaan akan menyekat aktiviti pengeluaran ini demi
kepentingan masyarakat.
contoh: pengeluaran dadah
2.4.1 PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI DALAM SISTEM EKONOMI
CAMPURAN
Apakah Jenis Barang Dan Perkhidmatan Yang Hendak Dikeluarkan?
Diselesaikan oleh pihak swasta dan kerajaan.
Pihak swasta mengeluarkan jenis barang yang mempunyai
permintaan untuk memaksimumkan keuntuangan.
kerajaan mengeluarkan jenis barang dan perkhidmatan yang
tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta (jalan raya) dan yang
mampu dikeluarkan (pendidikan)
Berapa Banyak Barang Dan Perkhidmatan Yang Hendak Dikeluarkan?
Swasta bergantung kepada mekanisme harga.
kerajaan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak
mencukupi dalam pasaran untuk memenuhi permintaan
masyarakat dan menjamin kebajikan masyarakat.
Bagaimana Barang Dan Perkhidmatan Itu Hendak Dikeluarkan
Swasta teknik pengeluaran berintensifkan buruh atau modal yang
dapat meminimumkan kos pengeluaran dan mencapai
kecekapan optimum.
Kerajaan teknik pengeluaran berdasarkan kos kebajikan
masyarakat


Untuk Siapa Barang Dan Perkhidmatan Itu Hendak Dikeluarkan?
swasta bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan,
dan kuasa beli dalam pasaran.
Kerajaan menawarkan dan menyediakan barang untuk semua
rakyat bertujuan meningkatkan kebajikan rakyat.

2.4.2 BENTUK CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM EKONOMI
1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
kerajaan menentukan kawasan perindustrian, perumahan, industri
berat dan ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif.
barang asas (gula, beras) diistiharkan sebagai barang kawalan dan
harganya tidak boleh dinaikan atau diturunkan tanpa persetujuan
kerajaan.
pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan
dalam penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya
supaya penggunaan tidak terbeli barang yang tidak sesuai atas
sebab agama dan kesihatan sekaligus mengelakkan ekspolitasi
pengeluar atas pengguna.
aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa
supaya aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan
kerajaan.








2. PENENTU TINGKAT HARGA
dasar harga maksimum dasar penetapan harga yang lebih rendah
daripada tingkat harga keseimbangan.
dasar harga minimum dasar penetapan harga yang lebih tinggi
daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
kuota kerajaan menghadkan penawaran sesuatu barang pada
suatu tingkat kuantiti yang tertentu.

3. PERCUKAIAN
mengenakan cukai tidak langsung terhadap pengeluar untuk
menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan
penggunaan pengguna terhadap sesuatu barang.
beban cukai yang ditangung oleh pembeli dan pengeluar
bergantung pada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.
4. SUBSIDI
pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.
jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung pada
keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

5. PEMILIKAN KERAJAAN
kerajaan akan memiliknegarakan sesuatu firma supaya firma tersebut
dapat menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran
untuk menikmati ekonomi bidangan.
ciri2 firma yang dimiliknegarakan:
pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah
menyedikan perkhidmatan yang sangat penting kepada
masyarakat
keluaran yang penting kepada ekonomi negara


2.5 SISTEM EKONOMI ISLAM
Apa dan berapa banyak hanya yang mendatangkan faedah.
Barang yang haram dilarang pengeluarannya.
Bagaimana menggunakan apa saja cara yang tidak menjejaskan
kepentingan umum.
Untuk siapa untuk setiap individu dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai