Anda di halaman 1dari 5

Nama: _________________________________ Tingkatan: _______

Kertas ini mengandungi 60 soalan. Jawab semua soalan.

1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita?

A Supaya dapat hidup dengan senang


B Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain
C Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup
D Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain

2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin


diceburinya melalui

A keluarga
B televisyen
C rakan-rakan
D agensi pekerjaan

3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu
cemerlang dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali

A Fizik
B Kimia
C Biologi
D Sejarah

4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih


kerjaya?

A Mengambil kira persekitaran tempat kerja


B Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan
C Mengetahui serba-sedikit tentang kerjaya yang dipilih
D Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya

5. Mengapakah personaliti penting kepada individu semasa membuat keputusan


memilih kerjaya?

A Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja


B Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti
C Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berbeza
D Kerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang
dibuat
6. Adam ingin mencuba mendapatkan peluang kerjaya di luar negara. Bagaimanakah
cara Adam dapat mengetahui peluang kerjaya tersebut?

A Melancong ke tempat tersebut


B Melayari laman web di Internet
C Mendapatkan maklumat di lapangan terbang
D Mendapatkan maklumat melalui akhbar berbahasa Inggeris

7. Antara berikut merupakan kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional, kecuali

A pensyarah
B komposer
C peguam bela
D doktor perubatan

8. Apakah kebaikan kepada individu yang memilih kerjaya yang sesuai dengan
dirinya?

A Mendapat gaji yang lumayan


B Memperoleh kepuasan ketika melakukan kerja
C Mengelakkan individu tersebut mendapat kerja orang lain
D Memudahkan individu tersebut mendapat kenaikan pangkat

9. Pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan individu akan menyebabkan

A individu itu akan mendapat gaji yang sedikit


B individu itu tidak disukai oleh majikannya
C individu itu akan dipandang serong oleh rakan sekerja
D individu itu akan mengalami tekanan ketika melakukan kerja

10. Seseorang yang hendak memilih kerjaya yang sesuai mestilah berlandaskan

I persekitaran tempat kerja


II minat dan kebolehan
III kelayakan akademik
IV gaji yang ditawarkan

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

11. Berikut ialah pekerjaan yang mementingkan kelayakan ikhtisas, kecuali

A buruh
B pelakon
C peguam
D peniaga
12. Kelayakan ikhtisas merujuk

A kemahiran dan kebolehan


B kecekapan dalam pengiraan
C kebolehan dalam kokurikulum
D kecemerlangan dalam akademik

13. Datuk A bermula sebagai penjual burger sebelum menjadi usahawan berjaya. Apakah
nilai yang sesuai diamalkan oleh Datuk A sehingga berjaya dalam kerjaya beliau?

A Baik hati
B Sopan santun
C Mementingkan diri
D Tidak mudah putus asa

14. Antara berikut merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-
cita menjadi juruterbang, kecuali

A mempunyai minat yang mendalam


B mempunyai rekod kesihatan yang baik
C mengikuti latihan penerbangan di luar negara
D menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik

15. Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita menjadi
kaunselor?

A kreatif
B Peramah
C Kemahiran
D personaliti menarik

16. Apakah kesan penebangan hutan terhadap alam sekitar?

A Udara akan menjadi kotor


B Kepupusan flora dan fauna
C Cuaca akan menjadi tidak menentu
D Manusia tidak dapat bernafas dengan selesa

17. Bagaimanakah mengekalkan keseimbangan alam sekitar?

A Menanam sampah sarap


B Tidak melakukan pembangunan
C Memastikan air sungai sentiasa bersih
D Memastikan pokok-pokok ditanam semula selepas penebangan
18. Apakah tujuan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA) diwujudkan?

A Mengadakan kempen kitar semula


B Mengenal pasti tempat yang tercemar
C Untuk menangani masalah alam sekitar
D Memastikan projek pembangunan berjalan lancar

19. Apakah peranan utama Sahabat Alam Malaysia (SAM)?

A Memastikan alam sekitar terjaga


B Mengadakan kempen alam sekitar
C Memastikan hutan dijaga dengan baik
D Menangkap pihak yang mencemarkan alam sekitar

20. Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar?

A Supaya kita dapat hidup senang


B Supaya kita tidak dianggap pengotor
C Supaya kesejahteraan masyarakat terjaga
D Supaya kita dapat menambahkan pendapatan

Anda mungkin juga menyukai