Anda di halaman 1dari 8

Antara Asid dan Alkali....

Asid adalah sebatian kimia yang bersifat masam dan


mengkakis. Perkataan "asid" adalah berasal dari
perkataan Latin "acidus" yang bererti masam.

Alkali adalah sebatian kimia yang lebih dikenali sebagai
bes atau asas unsur logam bumi beralkali. Perkataan
"alkali" adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab "al-
qaliy" yang merujuk kepada proses pengoksidaan logam
akibat pemanasan suhu tinggi.

Sifat Asid dan Alkali
Sifat-sifat asid
Asid mempunyai rasa masam.
Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah.
Asid mempunyai nilai pH kurang daripada 7.
Asid adalah mengakis.
Sifat-sifat alkali
Alkali mempunyai rasa pahit.
Alkali adalah licin seperti sabun.
Alkali mengubah kertas litmus merah menjadi biru.
Alkali mempunyai nilai pH lebih daripada 7.
Alkali adalah mengakis.






Makanan-makan yang
mengandungi asid dan alkali



UNIT 4: TENAGA
PENGENALAN
Tenaga ialah keupayaan melakukan kerja
Tenaga tidak boleh dihasilkan atau dihapuskan, tetapi tenaga boleh
dipindahkan kepada sesuatu bentuk tenaga yang lain.
Tenaga diperlukan oleh benda - benda hidup untuk menjalani proses
hidup seperti bergerak, bernafas dan bertumbuh.
Tenaga juga diperlukan oleh benda - benda bukan hidup untuk bergerak
dan melakukan kerja.
Tenaga membolehkan kita melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian
seperti bejalan, makan, tidur dan bermain.
Tenaga membolehkan haiwan membiak, mencari makanan, melarikan
diri dari musuh dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai