Anda di halaman 1dari 3

Tarikh : 23 September 2014

Hari : Selasa
Tempat : Sekolah Kebangsaan Satu Tapah (SK 1)
Masa : 10.00 pagi 4.30 petang
Peringkat : Daerah (Daerah Batang Padang)

Pada 23 September yang lalu bersamaan hari Selasa, Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa
Sakti telah menghantar seramai 6 orang murid dari Tahun 4 dan Tahun 5 ke Pertandingan Scrabble
Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Rendah ke peringkat daerah. Mereka dibahagikan kepada dua
kumpulan. Murid-murid ini ialah Nur Alia Maisarah, Yasmin Nadhirah dan Nurul Athirah dari Tahun
4. Manakala dari Tahun 5 pula ialah Jerusha Joy , Siti Nurul Aminah dan Siti Nurul Nabihah.
Sebanyak 26 kumpulan dari seluruh daerah Batang Batang yang bertanding dalam
pertandingan ini. Walaupun telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, kedua-dua pasukan dari
SKTTS tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Mereka telah diberikan sijil pernyertaan
kerana telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya.
Diharapkan di dalam pertandingan ini, peserta dapat didedahkan dengan acara dan aktiviti
luar bilik darjah yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan cara yang
menyeronokkan. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan
murid-murid dan guru-guru dari sekolah lain, Diharapkan dengan usaha dan kerjasama yang
berterusan dari pihak sekolah khususnya semua guru Panitia Bahasa Inggeris, kemenenangan akan
menjadi milik kita pula ditahun akan datang.



Disediakan oleh : Disahkan oleh:
..
(Puan Laila Maisarah Binti Abdul Kadir) (Puan Zulihanawati bt Baharuddin)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Sek. Keb. Toh Tandewa Sakti. Sek. Keb. Toh Tandewa Sakti.

Anda mungkin juga menyukai