Anda di halaman 1dari 44

Sejarah Syariah

Syariah Islamiah dikenali juga sebagai agama Islam


atau Din al Islam.
Sejak Nabi Adam a.s. diutus, Allah s.w.t telah
menurunkan syariah (agama) sebagai peraturan.
SYARIAH ISLAM
Syariah Islam bermula apabila wahyu
pertama diturunkan iaitu pada 17
Ramadhan tahun ke 13 sebelum Hijrah.
Syariah Islam adalah untuk semua
golongan manusia dan jin.

DEFINISI SYARIAH
Syariah dari segi bahasa
bermaksud sumber air atau
jalan.


Istilah syarak
Dari segi istilah pula ialah hukum
yang diperundangkan oleh Allah
s.w.t. ke atas hambaNya melalui
lisan rasulNya.
PRINSIP-PRINSIP SYARIAH ISLAM
1. Mudah



Maksudnya : Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(al Baqarah:185)


Contoh
Bersolat dalam keadaan duduk bagi
mereka yang tidak mampu berdiri.
Memendekkan solat empat rakaat
menjadi dua rakaat dan
menghimpunkan dua solat dalam satu
waktu bagi orang yang musafir.

2. Beransur-ansur
Contoh :
Pengharaman arak. peringkat pertama (al
Baqarah : 129). peringkat kedua (al Nisa : 43).
Peringkat ketiga (al Maidah : 90)





Larangan bercakap ketika solat. Pada peringkat
awal solat diwajibkan, para sahabat nabi bercakap-
cakap ketika solat, sehinggalah Allah swt
menurunkan ayat memerintahkan supaya diam . (
peringkat kedua al Baqarah : 238).

3. Adil



Maksudnya : Wahai orang-orang yang
beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran.(al Maidah:8)


Contoh
Tindakan tegas diambil
oleh Rasulullah s.a.w. jika
anaknya melakukan
jenayah.
Umar al Khattab
melaksanakan hukuman
rotan ke atas anaknya
yang meminum arak.
LIMA TUJUAN
SYARIAH:
1. Menjaga agama
Contoh :
Jihad (alBaqarah:193)


Maksudnya :
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi
fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu
semata-mata kerana kerana Allah. Kemudian jika
mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan
lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
Hukuman bagi orang yang murtad






Maksudnya : Tidak halal darah seseorang muslim
yang mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali
salah satu dari tiga perkara : membunuh, penzina
sudah berkahwin dan meninggalkan agama keluar
dari jemaah. (riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Menjaga nyawa
Contoh :
Hukuman qisas (al Baqarah:179)


Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan
hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang
berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
Memaafkan adalah lebih baik
Ali Imran:134


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah, dan orang-orang yang
menahan kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik.
3. Menjaga akal (al Maidah : 90)


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa
sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Contoh :
Mengharamkan arak dan mensyariatkan hukuman
hudud kepada peminumnya



Maksudnya : Sesungguhnya Nabi s.a.w. dan Saidina Abu
Bakar merotan peminum arak dengan pelepah dan
sandal sebanyak empat puluh kali. (riwayat Muslim)

Mengharamkan segala yang memabukkan dan boleh


memudaratkan akal



Maksudnya : Setiap yang memabukkan adalah arak, dan
setiap memabukkan adalah haram. (riwayat Abu Daud)

4. Menjaga keturunan dan maruah


Contoh :
Islam mensyariatkan hukuman hudud bagi penzina


Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat;
Al Nur:4


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina)
kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan
janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-
lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik
Mengharamkan menasabkan anak angkat kepada bapa
angkat . Al-Ahzab : 5


Panggillah anak-anak angkat itu dengan
ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka
sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi
Allah
5. Menjaga harta
Contoh :
Mengenakan hukuman hudud kepada pencuri : Al-
Maidah : 38


Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang
mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu
balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga
sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Mengenakan hukuman hudud kepada
penyamun : Al-Maidah : 34


Maksudnya :
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah
dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka
bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh
sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau
mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan
dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas
sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya
mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang
demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka,
dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat
besar.
SUMBER SYARIAH ISLAM

Masodir Asliyah (sumber asal) iaitu :
Al Quran
Al Sunnah

Masodir Tabiyyah (sumber cabang) iaitu :
Ijmak
Qias
Ijmak Ulama
Definisi
Ijmak ulama ialah persetujuan seluruh ulama
mujtahidin dari umat Nabi Muhammad selepas
kewafatan baginda s.a.w. pada sesuatu zaman
berkaitan hukum syarak.
Hukum beramal dengan ijmak

Segala hukum yang telah disepakati oleh seluruh
ulama mujtahid wajib dipatuhi dan beramal
dengannya oleh setiap umat Islam.
Ijmak sebagai sumber hukum
Hukum yang telah disepakati oleh semua
ulama mujtahidin tentang sesuatu perkara,
maka hukum tersebut merupakan hukum
agama yang menjadi sumber selepas al Quran
dan al Sunnah (hadith).



Tidak akan bersepakat umatku dalam perkara
kesesatan. (riwayat Ibnu Majah)


Qias
Definisi
Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan
hukumnya di dalam al Quran, al Hadith atau ijmak
ulama dengan masalah yang telah dijelaskan
hukumnya (asal) di dalam salah satu daripada dalil
tersebut berdasarkan persamaan pada illah (sebab)
hukum pada keduanya.
Hukum beramal dengan qias
Wajib bagi setiap umat Islam beramal
dengan hukum yang telah ditetapkan
oleh ulama melalui qias.
Qias Sebagai Sumber Hukum
Qias merupakan sumber hukum
yang keempat selepas al Quran,
al Sunnah dan ijmak.





Maksudnya : Jari-jari adalah sama, gigi-gigi adalah
sama, gigi susu dan gigi geraham adalah sama, ini
dan ini adalah sama, iaitu jari telunjuk dan jari
kecil .


Contoh Qias
Minuman tuak (hukum baru) diharamkan,
berdasarkan qias kepada hukum haram arak
kerana illah (sebab) yang sama iaitu
memabukkan.
Merokok (hukum baru) diharamkan,
berdasarkan qias kepada hukum haram arak
kerana illah (sebab) yang sama iaitu
memudaratkan.
IJTIHAD
Definisi
Bahasa : Usaha bersungguh-sungguh bagi
mencapai sesuatu.
Istilah : Mencurahkan sepenuh tenaga untuk
mendapatkan hukum syarak yang berbentuk
amali, dengan cara istimbat daripada dalil-dalil
dan sumber syarak.
Hukum Ijtihad
Hukum berijtihad adalah harus, namun boleh
berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Imam
al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin
mengatakan bahawa menyiapkan segala sesuatu yang
diperlukan seperti barang tenunan, jahitan,
pertukangan dan sebagainya adalah fardu kifayah.
Syarat Mujtahid
Menguasai bahasa Arab
Menguasai tafsir ayat-ayat ahkam
Menguasai hadith-hadith ahkam
Menguasai ayat-ayat nasikh dan mansukh
Mengetahui ijmak ulama
Menguasai ilmu usul fiqh
Menguasai kaedah-kaedah fiqhiyah
Mengapa Ijtihad Diperlukan
Hukum-hukum yang terkandung di dalam al
Quran, hadith dan ijmak adalah bersifat umum.
Memudahkan kepada umat Islam beramal.
Mengembangkan hukum-hukum yang sesuai
sepanjang zaman.

Peranan Ijtihad
i. Menjelaskan hukum antara al Quran dan al
Sunnah.



Maksudnya :.





Nabi saw melarang daripada melakukan nazar. Sabdanya:
sesungguhnya ia tidak akan menolak sesuatupun, tetapi ia
hanya akan dilakukan oleh orang yang bakhil
(HR. Bukhari no. 6693 dan Muslim no. 1639)

Al Insan : 7


(Mereka dikurniakan kesenangan itu
kerana) mereka menyempurnakan nazarnya
(apatah lagi yang diwajibkan Tuhan
kepadanya), serta mereka takutkan hari
(akhirat) yang azab seksanya merebak di
sana sini.
ii. Menjelaskan percanggahan hukum fiqah di dalam al Sunnah.






Maksudnya : Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman
atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang
berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala)
sedekah. (riwayat Bukhari)




Maksudnya : Jangan kamu memiliki al dhayah (kebun atau
perniagaan), nanti kamu cintakan dunia. (riwayat Tirmizi)

iii. Meluaskan hukum fekah dalam hadith





Maksudnya : Arak dari dua pokok ini iaitu tamar
dan anggur. (riwayat Muslim)



Maksudnya : Tiap-tiap yang memabukkan adalah
haram dan tiap-tiap yang memabukkan adalah
arak. (riwayat Nasaie)

Anda mungkin juga menyukai