Anda di halaman 1dari 18

Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata

mempercantik diri agar orang lain merasa


senang memandang adalah diharuskan.
Namun begitu, bukan semua jenis barang-
barang perhiasan itu diharuskan untuk
dijadikan bahan hiasan diri. Terdapat garis
panduan hukum syara yang menentukan
bahan-bahan perhiasan mana yang boleh
dan tidak boleh digunakan serta dipakai, baik
bagi lelaki mahupun perempuan .


Pengenalan.
1. Hiasan Rambut
Dianjurkan bagi wanita menjaga
rambutnya, menyikat, meminyakinya,
mencucinya atau lain-lain sehingga
nampak menarik dan indah di hadapan
suaminya.
Rasulullah pernah bersabda :
Barangsiapa memiliki rambut
maka muliakanlah
Hadis Riwayat Abu Dawud
Adab-adab menyikat

1. Memulai dari kepala bahagian kanan.

Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh
Aisyah :
Nabi senang memulai dengan sebelah
kanan ketika memakai sandal, menyisir ,
bersuci dan di dalam semua keadaannya.
2. Membasuh rambut dan meminyakinya

Tidak boleh menyambung rambut

- Diriwayatkan oleh dari Asma
Bahawasanya Nabi melaknat wanita yang
menyambung rambutnya dan meminta untuk
disambung rambutnya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Termasuk juga dalam hal ini memakai
rambut palsu wig.
Dianjurkan bagi wanita supaya
menghilangkan bulu yang ada di sekitar
kemaluan (Al-istihdad) dan
menghilangkan bulu ketiak secara rutin.
Makruh membiarkannya panjang.

Dibolehkan bagi wanita untuk mencabut bulu
yang kadang-kadang tumbuh disekitar
janggutnya, misainya atau dibetis dan
lengannya.
Diharamkan bagi wanita membotakkan
kepala tanpa sebab-sebab yang kukuh
cthnya sebab perubatan.
Tidak boleh sanggul rambut ke atas
berdasarkan hadis Riwayat Ibnu Umar :
Rasulullah bersabda :
Dua golongan termasuk ahli neraka yang
saya belum pernah melihatnya, suatu kaum
memegang cambuk seperti ekor sapi yang
yang digunakan untuk mencambuk manusia
dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi
telanjang, sesat dan menyesatkan, kepala
mereka seperti punuk unta yang miring .
Haram menghilangkan alis atau
menipiskannya samada diizinkan suami
atau tidak berdasarkan hadis
Nabi melaknat orang yang
menghilangkan bulu alis atau orang
yang meminta agar bulu alisnya
dihilangkan
Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim .

2. Hiasan pada gigi

Islam menganjurkan supaya bersiwak
Tidak boleh merenggangkan gigi satu
sama lain agar dilihat kecil dan indah.
Namun untuk tujuan perubatan atau
untuk membuang kelainan atau untuk
keperluan, cthnya seseorang tidak
boleh makan dengan baik kecuali
dengan mengubah gigi-giginya, maka
perkara tersebut dibolehkan.
3. Hiasan berupa wangian
Dibolehkan memakai apa sahaja wangian
kepada suami
Dibolehkan memakai wangian untuk lelaki
Minyak wangi yang berakahol lebih baik
ditinggalkan jika ada keraguan .
Jika keluar rumah , wajib menghilangkan
segala kewangian . Sabda Rasulullah :
Wanita mana saja memakai wangian , lalu
ia melewati suatu kaum agar mereka
mencium wanginya, maka wanita tersebut
ialah wanita penzina
Hadis Riwayat An-nasai
Dilarang menggunakan minyak wangi dalam
3 keadaan :
1. Ketika ihram
2. Ketika berkabung
3. Ketika keluar rumah walaupun diniatkan
untuk suaminya
4. Hiasan berupa celak mata
Dianjurkan bagi wanita
memakai celak mata untuk suaminya
Harus bagi wanita muslimah memakai celak
mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk
dalam perhiasan zahir yang diharuskan
penggunaannya. Bahkan di sana terdapat
hadith-hadith yang mengharuskan kaum
lelaki dan wanita memakai celak mata ketika
melakukan ibadat ihram kecuali celak mata
berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram.
5.Perhiasan dengan menggunakan
pewarna rambut dan kuku
Tidak dibenarkan bagi wanita juga lelaki
mencabut uban berdasarkan sabda
Rasulullah
Janganlah mencabut uban , tidaklah
seorang muslim beruban dalam keadaan
Islam kecuali uban tersebut akan menjadi
cahaya baginya pada hari Kiamat
Hadis Riwayat Abu Dawud
Boleh mewarnai uban dengan warna kuning
dan merah
Berdasarkan sabda Rasulullah
Sebaik-baik pewarna rambut yang kalian
gunakan untuk mengubah uban adalah al-
hinna dan al-katam.
Tidak disyariatkan dengan warna hitam :
Sabda Rasululah Ubahlah rambut ini
dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam
Hadis riwayat Muslim
Dibolehkan memakai pewarna kuku selagi perkara
tersebut tidak menghalanginya solat wajib
membersihkannya ketika berwuduk
Diriwayatkan oleh Ibnu Abas berkata
Wanita-wanita kami memakai pewarna kuku pada
malam hari, lalu pada pagi harinya mereka
menghilangkannya, lalu berwudu yang dilanjutkan
dengan melaksanakan solat, setelah itu mereka
kembali memakai pewarna kuku selepas solat, lalu di
waktu Zuhur mereka menghilangkannya , kemudian
berwudu yang dilanjutkan dengan melaksanakan
solat, setelah itu memakai pewarna kuku dengan
baik dan hal itu tidak menghalangi solat .
Hadis riwayat Ad-Darimi
6. Menghias diri dengan hiasan lain
Dibolehkan bagi wanita memakai apa-apa
hiasan emas dan perak.
Wanita boleh memakai cincin dijari mana
sahaja yang dikehendakinya tetapi lelaki
dilarang mengenakannya di jari tengah dan
telunjuk.
Tatu diharamkan bagi semua umat Islam
Memakai contact lense dibolehkan jika ada
keperluan , jika tiada lebih baik
meninggalkannya.
Kesimpulan
Semua orang ingin kelihatan cantik dan
menarik, sama ada lelaki atau perempuan.
Diperbolehkan bagi wanita untuk
menggunakan apa sahaja alat kosmetik
dalam rangka berhias untuk suami atau untuk
orang yang diizinkan oleh Allah untuk
menampakkannya.
Segala hadis yang dinyatakan di atas adalah
berkenaan dengan larangan kepada
golongan wanita dan tidak kepada lelaki.

Anda mungkin juga menyukai