Anda di halaman 1dari 30

DISEDIAKAN OLEH:

1.MUHAMMAD ILYAS BIN WAHAB


2.MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN ABDUL HALIM

PENSYARAH:
USTAZAH ZULAIHA BINTI MOHAMED
Percampuran bebas antara lelaki dan wanita
tanpa ikatan sah mengikut syarak, di satu
tempat yang pada kebiasaannya membawa
mereka berpandangan, bercakap dan
berinteraksi.
Hukum asalnya adalah haram
Ia menjadi harus jika terpaksa atau ada
keperluan.
Pergaulan tetap menjadi haram jika
melampaui batas2 yg ditetapkan syariat.

1- Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar
seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau
keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2- Dalam keadaan keperluan (Hajat)
Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan &
program)
Dalam pembelajaran (Kelas)
Jual beli
Kerja kehakiman
Saksi
Amar maaruf nahi mungkar
Melayan tetamu
Dalam kenderaan awam
Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

1- Pandangan yang berlebihan
Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam
Islam,
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya
menahan pengelihatan dan menjaga
kehormatan.. dan katakanlah kepada wanita-
wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan
dan menjaga kehormatan Surah An-Nur : 30-31
Dan sabda rasulullah . janganlah engkau
menuruti pandangan pertama kamu dengan
pandangan kedua, sesunguhnya pandangan
pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah
dosa ke atasmu

2- Bersentuhan
Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda
rasulullah, Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu
dengan besi, adalah lebih baik daripada
memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak
halal untuk kamu
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah
sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara
analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah
kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh
sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3- Bercakap lembut
Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting
yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu,
berbunga dan bermanja perlu dielakkan.

4- Khalwat(berdua-duaan)
DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita
dalam keadaan berdua-duaan, melainkan bersama
mahram.
Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli
keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami
hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya
pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5- Tidak menutup aurat
Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram
adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua
tapak tangan
Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram
adalah pusat hingga lutut

Banyak berlaku kes rogol dan sumbang mahram
Jenayah zina berleluasa dalam masyarakat
Berlaku kes pembuangan bayi dimerata tempat
Bilangan anak tidak sah taraf bertambah dari tahun
ke tahun
Statistik dari Kementerian Dalam Negeri
menunjukkkan seramai 52,982 anak tidak sah taraf
telah didaftar pada tahun 2010


Menjauhkan diri drpd perkara2 yg
mendatangkan mudarat
Meletakkan martabat manusia sebagai
khalifah di muka bumi dan membezakan
manusia dan haiwan
Membentuk manusia menjadi insan yg
beradab & tinggi tatasusila
Islam adalah Deen yang memenuhi fitrah manusia
Berhibur adalah salah satu fitrah yg boleh
menenangkan dan disukai jiwa manusia
Secara umumnya tiada hukum yg mengatakan halal
atau haram secara qatie terhadap sesuatau alat muzik
Sejarah zaman jahiliah menunjukkan muzik hanya
dapat didengari di majlis & kelab2 muzik yg dipenuhi
maksiat seperti arak & percampuran lelaki perempuan
secara bebas
Di zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat memukul
gendang dan berhibur pd hari raya & hari
perkahwinan.Hadis nabi "Isytiharkanlah perkahwinan
ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana."



Hukum mendengar muzik/nyanyian:
1.harus/sunat
2.haram dalam mendengar muzik/hiburan

HARUS:
>apabila mendengar suara indah dan merdu sama ada dari
binatang, manusia, peralatan.
>juga harus mempelajarinya bagi mereka yg berkecenderungan
untuk memenuhi tuntutan rohani dan fitrah jiwa manusia.

Dalil dari as-Sunnah
a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk
(menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan)
sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda
(mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan
dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta
mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi
nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata:
Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan
Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan
mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti
menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Apabila hiburan yang melibatkan lelaki dan
perempuan berada dalam keadan yg berasak- asak
sehingga bersentuhan dan seterusnya membawa
kepada perasaan berahi.
Syeikh Mahmud Syaltut(bekas reaktor al-Azhar dan seorang
ulama moden yang terkenal) berpandangan.
1.Mendengar dan bermain alat muzik hukumnya adalah
sama seperti makan makanan lazat.Ini kerana ia berkesan
memberi ketenangan fikiran apabila jasmani dalam keadaan
kepenatan
2.Al-Quran adalah dasar segala perundangan dan
peraturan.Tujuannya supaya tidak berlaku keterlaluan di
pihak yg tidak menggunakan muzik secara berlebihan
sedangkan Islam mendidik umatnya agar zuhud terhadap
dunia ini.
3.Ahli Feqah haruskan muzik sewaktu perang, haji,
perkahwinan dan lain.
Menurut fatwa Syeikh Mahmut Syalhut muzik
adalah harus selagi tidak melalaikan.
Menurut Imam al-Ghazali pula tidak ada
perincian syarak tentang peralatan muzik yg
halal dan haram.
Hukum hiburan, muzik,pemuzik dan
peralatannya boleh dilihat dari pelbagai aspek
seperti tujuan, lirik, cara persembahan dan
majlis ia dilaksanakan dari semasa ke
semasa.
Prinsip halal dan haram dalam pemakanan
Takrifan halal:
berasal dari kalimah arab (hilin) yg
bermaksud
dibenarkan atau dibolehkan oleh syarak
Takriran haram:
Berasal daripada kaimah arab (haruma/harima) yang
bermaksud tidak dibenarkan atau ditegah olehhukum
syarak


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud
``setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram
maka neraka adalah lebih utama untuknya
Islam mengharamkan semua benda yang dapat
menghilangkan akal (mabuk) dan melemahkan
urat serta yang membahayakan tubuh badan.
Setiap muslim wajib (fardu) mencari makanan
dan minuman yang halal.

Sumber makanan dan minuman manusia
Haiwan darat dan lautan,bahan semula
jadi,bahan kimia dan mikroorganisma yang
dihalalkan oleh syarak
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya
adalah halal dimakan kecuali yang
memudharatkan kesihatan dan yang besumber
dari bahan yang haram.
Ciri haiwan yang halal
Haiwan di darat halal dimakan kecuali
haiwan yang tidak disembelih mengikut
hukum syarak,babi dan anjing.
Semua jenis haiwan dan tmbuh-tunbuhan
yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA halal
kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir
dari salah satu keturunan dari babi atau
anjing
Haiwan air iaitu haiwan yang boleh hidup
dalam air sahaja adalah halal kecuali yang
beracun,memabukkan dan membahayakan
kesihatan.
Ciri-ciri haiwan yang haram
Haiwan yang mempunyai taring atau gading
untuk membunuh seperti harimau dan gajah
Burung yang mempunyai kuku
pencakar,paruh tajam makan menyambar
(burung pemangsa) seperti burung hantu dan
burung helang.
Haiwan yang disyariatkan oleh islam untuk
dibunuh seperti tikus dan kala jengking.
Haiwan yang dilarang dalam islam
membunuhnya seperti semut,lebah dan
labah-labah
Haiwan yang dipandang jijik oleh umum
seperti kutu,lalat dan ulat.
Haiwan dua alam seperti katak,buaya dan
penyu
Dalil al-quran tentang makanan dan minuman
Islam menghalalkan makanan yang
baik.firman allah s.w.t:
`hai manusia!maknalah dari apa-apa yang ada di
muka bumi ini yang halal dan baik,dan janganlah
mengikuti jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-
terangan bagi kamu

Allah menjadikan bumi yang penuh dengan
sumber makanan untuk keperluan manusia.
Allah s.w.t memerintahkan orang-orang
beriman supaya makan makanan yang baik dan
menunaikan hak nikmat tersebut iaitu dengan
bersyukur kerada allah.
Allah mengharamkan kepada manusia
memakan bangkai,darah,daging babi,dan
binatang yang bukan disembelih kerana allah.
Islam mengharamkan memakan bangkai
Tedapat ayat-ayat yang menjelaskan
binatang yang diharamkan memakannya
antaranya binatang yang
dicekik,dipukul,jatuh dari atas,ditanduk dan
kerana dimkan bangkai buas,semuanya
adalah termasuk dalam pengertian bangkai.
Binatang yang disembelih kerana
berhala,adalah sama makna dengan
disembelih bukan kerana allah dan dikira
bangkai dan haram dimakan.
Hikmah larangan memakan bangkai
Perbuatan memakan bangkai dapat
menjatuhkan harga diri manusia selaku
makhluk terbaik
Kemungkinan haiwan itu mati kerana
penyakit yang berbahaya,makan makanan
yang beracun,dan sebagainya.hai ini mungkin
dapt memudharatkan kesihatan individu yang
memakannya.
Mewujudkan kasih sayang antara manusia
dan haiwan.degan pengharaman ini,para
penternak tidak akan membiarkan ternakan
mereka sakit,mereka pasti akan segera
mengubati ternakan mereka.
Hikmah diharamkan memakan darah yang
mengalir
Ibnu Abbas pernah ditanya tentang
limpa(thihal),maka jawab beliau:
`makanlah!orang-orang kemudian
berkata:itukan darah. Maka jawab ibnu abbas
:darah yang diharamkan keatas kamu
hanyalah darah yang mengalir
Hikmah diharamkan memakan darah yang
mengalir kerana darah itu sesuatu yang
kotor.ia juga memudharatkan dan berbahaya
sama seperti bangkai.(keputusan muzakarah
jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan)
Agen aktif dalam makanan
Penggunaan agen aktif adalah harus dengan
syarat sumber-sumber agen aktif tersebut
diperolehi daripaad tanaman dan sekiranya
daripada binatang hendaklah binatang halal yang
disembelih menurut cara islam seperti
penggunaan keju dan alkohol.

I. Alkohol sebagai penstabil minuman ringan
Setiap minuman arak mengandungi
alkohol.Walaubagaimanapun bukan semua
alkohol itu adalah arak.alkohol yang diperoleh
dari proses pembuatan arak, hukumnya haram
dan najis
Makanan atau minuman yang mengandungi
bahan perisa atau pewarna yang mengandungi
alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus
digunakan dengan syarat;

o Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses
pembuatan arak
o Kuantiti alkohol dalam produk akhir itu
adalah tidak memabukkan
o Kadar alkohol tidak melebihi 0.5%
o Dibuat dari sumber yang bersih dan suci

Bioteknologi Dalam Makanan dan Minuman
(DNA babi)
Barangan,makanan dan minuman yang
diproses melalui kaedah bioteknologi DNA
babi adalah bercanggah dengan syarak dan
hukumannya adalah haram
Penggunaan bio teknologi DNA dalam
pemerosesan barangan,makanan dan
minuman belum lagi sampai ke tahap darurat
kerana umat islam masih ada pilihan bahan
yang lain
Membersih kan tangan sebelum dan selepas
makan
Membaca basmalah dan doa sebelum makn,dan
alhamdulillah sesudah makan.
Menggunakan tangan kanan
Mengecilkan suapan
Mengunyah sehingga habis sebelum suapan baru
Mengambil amkanan terdekat
Tidak bercakap ketika makanan berada dalam
mulut
Makan ketika lapar dan berhenti sebelum
kenyang
Makan makanan yang halal
Tidak makan secara berlebihan dan membazir.

Anda mungkin juga menyukai