Anda di halaman 1dari 1

Penyataan praktikum ( selepas)

Syukur kepada tuhan, saya telah menyelesaikan tugasan praktikum selama 2 bulan
di Sekolah Kebangsaan Langasuka. Sepanjang tempoh tersebut, banyak
pengalaman yang telah terima dan pelbagai maklumat telah saya pelajari. Antaranya
ialah berkaitan dengan pengurusan sekolah. Selama tempoh ini saya berada di
sekolah, sedikit sebanyak saya telah dapat memahami corak pengurusan pendidikan
di sekolah. Pengurusan pendidikan di IPG tidak sama dengan pengurusan di
sekolah. Oleh itu, saya merasakan amat penting bagi guru pelatih untuk memahami
dengan jelas pengurusan pendidikan di sekolah supaya apabila mereka mengajar
disekolah nanti, mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Selain itu, saya juga menyedari bahawa kemahiran komunikasi saya dengan guru-
guru dan staff sekolah bertambah baik. Saya dapat melihat peningkatan yang positif
dari segi pengurusan dan pengajaran terhadap diri saya. Berkaitan dengan
pengajaran, selama tempoh sebulan saya berada disekolah, saya sudah dapat
mengadaptasikan diri saya dengan kelas. Saya sudah tidak merasa gemuruh atau
gementar semasa melaksankan proses pengajaran dan yang paling penting, saya
dapat melaksanakan pengajaran dengan baik dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Selain itu, selepas praktikum, saya perlu menyiapkan semua dokumen yang
diperlukan oleh pensyarah pembimbing dan unit praktikum. Saya telah menyiapkan
buku rekod pengajaran saya dengan menyiapkan semua rangcangan pengajaran
harian dan mingguan serta menyiapkan refleksi selepas pengajaran. Saya juga
sudah mengemaskini portfolio praktikum dengan menambah semua maklumat yang
diperlukan di dalam fail. Praktikum fasa 2 ini telah memberikan pengalaman yang
begitu beharga kepada saya kerana dengan melalui proses praktikum ini, saya
secara langsung dapat menyediakan diri saya dengan lebih kemas untuk menggalas
tanggungjawab sebagai seorang guru di sekolah nanti. Pengalaman praktikum ini
juga dapat saya gunakan untuk praktikum fasa 3 kelak. Saya ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah dan guru pembimbing yang
telah banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja-kerja yang diperlukan dan
telah membimbing saya untuk menjadi guru yang berkualiti. Teguran dan kritikan
yang diberi kepada saya dapat saya jadikan pedemon untuk memperbaiki diri saya
supaya menjadi lebih baik dan mampu menjadi guru yang berkualiti kelak.

Anda mungkin juga menyukai