Anda di halaman 1dari 3

DEN pun dah mula berehat setelah tiba hari terakhir LOADED 8 hari ini.

Insyaallah DEN ada lebih masa untuk memberi tumpuan pada mengembangakan Ilmu
Manipulasi Emas menggunakan Arrahnu.
Dewasa ini Arrahnu semakin Popular. Bank Islam, Bank Muamalat Bank, Bank Rakyat , Bank
RHB dan banyak Arrahnu di buka oleh KOPERASI. Mereka sudah nampak potensi Arrahnu
yang jauh lebih selamat dari mana mana bentuk pinjaman kerana di Arrahnu Pelanggan ada
CAGARAN iaitu EMAS. Win Win Situation.
Penerangan dalam bentuk tulisan adalah agar sukar namun DEN cuba sebaik mungkin. Dalam
Seminar 23 tahun lepas memang DEN ada tunjukan. Bahkan dalam Mini Seminar Emas Win
Win ..DEN ada terangkan.
Sebaik mana pun niat kita pasti ada anasir anasir yang tidak berpuas hati seperti Afyan Mat
Rawi, Mokhtar Mokhzani, Irtihaly Awwal dll. Senang aje...Rasulullah s,a,w membawa sesuatau
Terus dari Allah s.w.t pun ada yang benci...Maka biarlah Itu sudah lumrah alam
Rm terus lemah berbanding Usd. Usd sudah mencapai 3.19. Malaysia akan Demam Kura Kura.
Maksudnya Rm yg kita ada sudah makin kurang kuasa belinya. Den cadangkan kita keluar le
dari kepompong kesusahan.
Asal minggu ketiga aje duit gaji dah habis. Takan nak hidup selamanya macam tu.
Kenapa kita tidak cuba cara lain untuk mengubah taraf hidup kita ? Dapat gaji aje bulan ni, beli
la emas walaupun cincin 916,
2 gm dan dah boleh dapat below Rm 140/gm siap termasuk upah. Ingat beli emas dulu bila dapat
gaji. Janganle beli kat kedai, mahal beb siap kena bayar duit upah lagi.
Lepas tu try le hidup dengan baki sesudah beli cincin 1-2 gm. Kalau tak lepas juga. Pajakan
Cincin tersebut.
Biasanya kalau 1 gm , memang downgrade ke 21 atau 20 kecuali di Yapeim kerana Yapeim
menggunakan Mesin XRF. Jika jatuh ke 21 maka boleh le 55%. Namun jika tidak jatuh jangan
sekali kali amik penuh , amik 50% sahaja. ( Arrahnu biasa kasi rate 70% ).
Gunalah duit tu untuk tampung belanja.
Bulan depan pun beli lagi sebentuk cincin. Tak lepas juga minggu ketiga, masuk pula kat
Arrahnu. Buat seperti diatas.
Biasanya utk bulan bulan berikut kita sudah boleh mengawal belanja. Tetapi Den tetap sarankan
cincin tadi di arrahnukan mengikut kadar diatas sampai bulan ke lima.
So selepas bulan keenam anda kena tebus, kalau tak nanti kena lelong. Namun sebab anda tidak
amik MAXIMUM maka Den cadangkan tak yah tunggu selepas bulan ke enam tetapi bulan yg
ke enam itu kita mulakan operasi menebus.
Bulan ke enam still beli cincin emas, masukan dalam arrahnu, dan naikan 5% dari yg kita minta
sebelumnya. Dapat duit tu, tebus cincin di bulan pertama. Bulan ke tujuh pajak lagi satu dan
maintain kenaikan seperti bulan ke enam. Tebus cincin bulan kedua. Begitulah seterusnya.
Kebaikan kaedah berkala ini ialah anda tidak akan tercekik. Anda menggunakan duit arrahnu itu
sendiri buat menebus gadaian anda sebelum ini. Kelebihan lain, anda boleh aje menjual cincin
cincin tersebut pada harga yang anda rasa selesa.
Cincin yang sudah di tebus itu boleh aje dijual atau di masukan balik dalam arrahnu dan maintain
% pinjaman yg sama. Maka di bulan keenam hingga 11 anda sudah ada 2 bentuk cincin sebulan.
Bukankah kekayaan anda sudah bertambah.
Den terpaksa turunkan ilmu menyimpan di Arrahnu kaedah berkala ini agar sama sama dapat
membantu umat Islam pemilikan 1 kg emas seisi keluarga. Den dapati ada trainer emas mengajar
ilmu yg tak praktikal bahkan dia sendiri tak buat dgn kadar bayaran ratusan ringgit sebulan.
Memangle berbeza premium cincin 1 gm dgn 2 gm dan keatas. Antaranya upah membuat di
masukan sekali.
Contoh rege cincin sebentuk hari ini termasuk upah.
Cincin 1 gm rege dalam Rm 140 Cincin 2 gm rege dalam Rm 140 x 2 = Rm 280 ( Harga DEPB -
jangan tak percaya ! )
So pilihlah ikut kemampuan. Kurangkan merokok pasti anda dapat tambah gm emas anda.
Kekayaan sebenar ialah dalam berat emas yg anda miliki !
Apa yg penting dalam permainan Berkala ini ialah penetapan harga marhun emas tersebut
hendaklah di kekalkan. Katakan bulan pertama anda ambil at Rm 135/gm maka kekal sampai
bila bila.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teknik berkala yg disusun secara berkala oleh orang yg hanya berminat untuk pelaburan sahaja
boleh menjadikanya sebagai satu bentuk income pasif setelah masuk 6 bulan.
Andaian 1/6 gaji di beli emas setiap bulan tanpa gagal. Anda akan dapat menampung sedikit
demi sedikit " loss " gaji anda yg 1/6 tersebut bermula dari bulan ke enam sehingga pada bulan
ke 18, anda akan dapat balik full amount 1/6 gaji anda dengan jayanya serta anda memiliki emas
sebanyak 18 ketul katakan cincin ( 18 bentuk ).
Anda boleh rotate permainan ini sehingga anda jemu atau sehingga 2020 yakni bila emas
dijangka diaras Rm 503/gm berbanding sekarang Rm 140/gm ( Anggaran harga DEPB )
Lebih lama pusingan anda lebih tinggi income pasif anda dan selepas 3 tahun ia akan berjaya
mengatasi gaji bulanan anda.
Ini tidak termasuk keuntungan dari kenaikan harga emas.
Nah, segalanya sudah terbentang luas. Innalillah.

Anda mungkin juga menyukai