Anda di halaman 1dari 2

Panduan Menghadiri Temuduga

Ramai di diantara kita yang pernah ditemuduga, dan banyak kali dah ditemuduga,
walaubagaimanapun masih ada juga kesilapan-kesilapan yang kita buat. Walaupun anda rasa ia
kesilapan kecil di mata anda, tetapi besar di mata ahli panel temuduga. Kerana calon yang datang
bukan sedikit, bahkan hebat-hebat belaka. Jadi apa yang membezakan kita dengan yang lain?
Bagi mengelakkan kesilapan 'kecil' ini berlaku mari kita ikuti Panduan Menghadiri Temuduga
di bawah.

1. Berpakaian
a) Bagi Calon Lelaki.

Cara berpakaian merupakan tanggapan awal panel penemuduga terhadap kita, sama ada
anda layak atau tidak dari segi sahsiah dan disiplin diri.
Pakai kemeja lengan panjang yang bewarna tawar dan tiada corak-corak seperti petak,
berjalur, atau sebagainya. Putih atau warna muda sesuai.
Pastikan anda berstoking bertali leher yang sesuai dengan warna kemeja.
Rambut digunting pendek, misai janggut dicukur rapi.
Elakkan memakai kopiah, bagi megelakkan persepsi lain dari penemuduga.
Berkasut hitam yang dikilatkan.

b) Bagi Calon Perempuan

Elakkan memilih warna-warni yang terlalu menjolok mata atau jarang.
Bertudung bagi yang beragama Islam
Pakailah Baju Kurung.
Berkasut yang bertutup jari kaki.
Elakkan memakai barang kemas yang terlalu banyak.

Step / Persediaan Mula Masuk ke Bilik Temuduga
Setelah siap dari segi pakaian semua kita lihat pula bagaiman cara untuk masuk ke bilik
temuduga sehinggalah keluar dari bilik temuduga.

1. Ketuk pintu dan berilah salam / salam hormat terlebih dahulu.
2. Masuk dengan senyuman dan berjalan dengan tenang dan memandang ke arah temuduga.
3. Semasa berjalan elakkan dari bercakap-cakap jika masuk secara berkumpulan.
4. Elakkan daripada masuk dengan tergesa-gesa dan belum bersedia.
5. Pastikan sijil-sijil disusun rapi didalam fail, gunakan fail yang sesuai.
6. Isi sijil yang berkaitan sahaja. Ikut senarai semak.
7. Hulur fail ke penemuduga dengan sopan.
8. Duduk apabila penemuduga menyuruh duduk. (ramai yang salah di sini), Ucap Terima
Kasih dahulu sebelum duduk.
9. Duduk dengan postur yang tegap dan kekalkan hubungan mata ( eye contact ) dengan
penemuduga.
10. Tenang dan tunggu sehingga soalan diajukan.
11. Pastikan tangan diletak di atas peha.
12. Biasanya sesi temuduga akan dimulai dengan bioadata diri, dan banyak berkisar bidang
kerja anda terdahulu, bidang pengajian terdahulu, di sekolah atau universiti.
13. Jawab soalan dengan tenang dan jangan sesekali menipu, kerana penemuduga boleh
mengesan dengan melihat mata dan pergerakan gaya badan anda.
14. Mulakan dengan pengenalan diri, nama, tempat tinggal, pengalaman kerja, pengalaman
mengajar, hobi dan kegemaran.
15. Elakkan perdebatan melibatkan isu-isu politik, jawab dengan ringkas dan pilih jawapan
yang releven dengan tugas.
16. Setiap jawapan yang diberikan sebaiknya disandarkan dengan fakta atau kata-kata dari
tokoh-tokoh.
17. Akhir sekali luahkan perasaan gembira dan bersyukur anda kerana berjaya dipilih untuk
ditemuduga.
18. Ucap terima kasih sekali lagi sebelum meninggalkan bilik temuduga.

Anda mungkin juga menyukai