Anda di halaman 1dari 12

BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 1


Laporan Program Bina Insan Guru (BIG)
PPG Kohort 2 Fasa 3 semester 5 2014.

NAMA PELAJAR PPG : Azlizam Bin Abdul Shukor
AMBILAN : Februari 2012
SEMESTER : 5
OPSYEN : PJK
TARIKH : 26 April 2014
TEMPAT : SK Bukit Lintang, Kota Tinggi Johor.
KEHADIRAN MURID : 08 Murid Lelaki dan 12 Murid Perempuan

1.0 PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberi peluang untuk
membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahap ketahanan mental dan
fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetahuan kepada diri dan masyarakat. Tujuan utama
program ini adalah untuk memastikan para guru dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
dan interaksi di kalangan murid, masyarakat dan guru itu sendiri. Di samping itu, diharap
pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan pengalaman yang ada untuk keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 TUJUAN
Melalui aktiviti Bina Insan Guru ini peserta dapat mengenal jati diri dan mampu mengaplikasi
pengalaman dan pengetahuan kea rah pembangunan diri sebagai warga pendidik yang
bersemangat dan berilmu pengetahuan tinggi. Program ini diharap dapat melahirkan seorang
pendidik yang berketrampilan, profesionalisme dan mantap dari segi sahsiah dan
rohaninya.Dapat menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi dunia yang tanpa sempadan
ini.
BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 2
3.0 RASIONAL
Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi cabaran
mendatang.
Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdisiplin serta mempunyai
daya tahan diri yang tinggi.
Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap individu.
Melahirkan guru yang pandai bersosial dengan ahli masyarakat.
4.0 LAPORAN SEBELUM
Taklimat perlaksanan Program Bina Insan Guru Fasa 3 telah diberikan oleh Puan Hajah
Zaiton Binti Haji Jaafar selaku pensyarah pembimbing bagi kumpulan PPG PJK Ambilan
Febuari 2012. Dalam taklimat tersebut beliau telah menerangkan secara terperinci strategi
perlaksanaan program Bina Insan Guru kali ini. Kami dikehendaki menterjemahkan tugasan
tersebut dengan mengendalikan, mengurus, dan melaksanakan program kemasyarakatan
dengan bekerjasama pihak sekolah. Hasil perbincangan bersama ahli kumpulan dan dibimbingi
pensyarah pembimbing, kami telah sebulat suara untuk mengadakan aktiviti Sayangi Kawasan
Sekolah Anda, dengan membina landskap bersama pelajar-pelajar bagi menyemai perasaan
belongi atau kepunyaan dikalangan mereka seterusnya menggalakan mereka mengekalkan
penjagaan dan menguruskan kawasan tersebut secara berterusan. Kami telah memilih Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor sebagai lokasi program.
Bagi menjayakan program ini, penyediaan perancangan dan strategi yang mantap
diperlukan agar perlaksanaan program ini berjalan lancar mengikut pro forma yang telah
ditetapkan. Mesyuarat penubuhan ahli jawatan kuasa program Bina Insan Guru telah dijalankan
bagi menerangkan dengan lebih terperinici bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap
ahli kumpulan. Setiap ahli jawatankuasa berperanan melakukan tugasan masing-masing
bermula dengan penyediaan kertas kerja, merancang pengisian program, kos perbelanjaan dan
mencari sumber dana, memohon kelulusan pihak sekolah, penyediaan alatan yang diperlukan
serta aspek keselamatan peserta program. Walaupun program sebegini sudah biasa dilakukan
BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 3
di sekolah, namun ia menjadi satu cabaran besar kerana segala-galanya adalah di bawah
pengurusan dan pegelolaan kami.
Pembentangan kertas kerja projek kepada pensyarah pembimbing Puan Zaiton telah
dilakukan bagi mendapatkan pandangan dan bimbingan beliau agar perlaksanakan projek
dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur. Setelah mendapat persetujuan, langkah
seterusnya pertemuan mesyuarat bersama dengan pihak pentadbir sekolah. Mesyuarat ini telah
dijalankan pada 24 April 2014, rakan guru PPG telah hadir bagi memberikan komitmen
sepenuhnya untuk berbincang bersama guru besar SK Bukit Lintang, Puan Samsiah Hussein
tentang perlaksanaan program. Beliau telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami
untuk menceriakan kawasan landskap di pintu masuk sekolah tersebut.
Memandangkan kawasan landskap itu di bawah pengawasan pekerja sekolah, kami
telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka bagi memastikan landskap yang
dihasilkan menarik dan ceria. Kepakaran dan pengalaman serta pemantauan mereka amat
diperlukan dalam kerja-kerja penanaman pokok-pokok bunga, mengecat dan menanam rumput
karpet. Pada 25 April, kami telah membeli beberapa pokok bunga dan peralatan yang
dikehendaki pekerja tersebut.
Hasil tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah pembimbing Puan Zaiton, yang banyak
memberi input dan maklumat serta kerjasama pihak sekolah, yang sememangnya jitu, program
ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Kecanggihan dan teknologi dunia tanpa semapadan
digunakan sepenuhnya, bagi menyalurkan maklumat dan input, memandangkan kami berlainan
tempat dan berjauhan. Jarak dan waktu tidak menghalang kami daripada melakukan kolaborasi
bagi memastikan kelancaran program dilakuan sepertimana yang dirancang.












BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 4
LAPORAN BERGAMBAR SEBELUM PROGRAM B.I.G

































Mesyuarat dijalankan pada 24 April 2014 bersama guru besar SK Bukit Lintang
bersama pelajar PPG sebelum program dijalankan
Kawasan landskap yang dipilih

BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 5
5.0 LAPORAN SEMASA

Perlaksanaan program Bina Insan Guru Sayangi Kawasan Sekolah Anda telah
dijalankan pada 26 April 2014 di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi Johor.
Program ini telah dikendalikan oleh 6 orang ahli kumpulan 1 unit PJK Kohort 2 yang diketuai
oleh Abdul Rahim Bin Yassin serta pelajar PPG dari Opsyen Sains. Seramai 20 orang pelajar
tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang telah terlibat secara langsung bagi menjayakan
aktiviti ini. Program Bina Insan Guru Fasa ke-3 ini telah dijalankan mengikut ketetapan masa
seperti berikut:-
07.30 pagi - Pendaftran Peserta
08.00 pagi - Perasmian Program
08.30 pagi - Senaman J-Robik
09.00 pagi - Sarapan Pagi
09.30 pagi - Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda
12.30 tengah hari - Rehat/ Makan Tengah hari/ Solat
02.00 petang - Sambung Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda
03.30 petang - Aktiviti LDK
04.30 petang - Majlis Penutup
05.00 petang - Bersurai

Pada jam 7.30 pagi, seramai lapan orang pelajar lelaki dan dua belas orang pelajar
perempuan tahun 6 SK Bukit Lintang telah mendaftarkan diri bagi menyertai program ini. Majlis
perasmian Program BIG Fasa ke-3 Sayangi Kawasan Sekolah Anda yang telah dirasmikan
oleh Puan Samsiah bte Hussein, Guru besar SK Bkt. Lintang di Dewan Seri Budiman. Beliau
mengalu-alukan kedatangan kami dan berbesar hati kerana telah memilih sekolah beliau untuk
menjalankan program tersebut dan berharap program yang dilaksanakan ini mencapai objektif
yang ditetapkan serta berjalan lancar. Selesai acara perasmian, senaman J-Robik yang
dikendalikan oleh pelajar SK Bukit Lintang dijalankan bersama-sama penglibatan para guru
PPG. Para peserta bersarapan pada pukul 9.00 pagi di kantin sekolah.
Pada jam 9.30 pagi Sayangi Kawasan Sekolah Anda dijalankan. Kerja-kerja
pembinaan landskap dimulakan dengan membersihkan kawasan landskap yang berbatu dan
ditumbuhi rumput liar. Kerja-kerja ini dilakukan bersama para pelajar dengan pemantauan dan
pengawasan perkerja SK Bukit Lintang yang berkemahiran iaitu Encik Zainal Maarus.
Penggembelengan tenaga ini selaras dengan tujuan program ini dijalankan iaitu menyemai
BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 6
perasaan kepunyaan di kalangan pelajar, agar mereka dapat mengekalkan dan mengurusan
kecerian sekolah ini secara berterusan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajar dan para
guru PPG amat memberangsangkan. Semasa aktiviti ini berjalan, aspek keselamatan pelajar
menjadi keutamaan kami, memandangkan peralatan dan kawasan landskap boleh
mengundang bahaya sekiranya faktor keselamatan diabaikan. Aktiviti pembinaan landskap ini
dihentikan pada pukul 12.30 tengah hari untuk memberi ruang kepada peserta program berehat
menikmati makan tengah hari dan menunaikan kewajipan Solat Zuhor. Sewaktu rehat ini, kami
telah menemubual adik Nur Imanina Irdina bt Md Yazit bagi mendapatkan pandangan beliau
tentang impak program ini. Beliau berpendapat program ini memberikan kesan yang positif
terhadap pembentukan sahsiah diri.
Program pembinaan landskap disambung pada pukul 2.00 petang. Kerja-kerja
penanaman pokok dan rumput karpet diteruskan dan dapat diselesaikan mengikut jadual.
Namun begitu kerja mengecat yang dijadualkan pada pukul 3.00 petang tidak dapat
dilaksanakan kerana hujan lebat. Aktiviti program Bina Insan Guru diteruskan dengan aktiviti
LDK yang dikendalikan oleh Abdul Rahim Bin Yassin. Dalam aktiviti ini murid dikehendaki
memperkenalkan diri dan menyanyikan beberapa lagu. Aktiviti ini bertujuan memberi keyakinan
kepada pelajar untuk berkomunikasi dan memberi perhatian, iaitu dua elemen yang penting
dalam keperluan pengajaran dan pembelajaran. Majlis penutupan telah dijalankan pada pukul
4.30 petang oleh Puan Masita Binti Ali, Penolong Kanan SK Bukit Lintang. Beliau sekali
merakamkan penghargaan terhadap program yang telah dilaksanakan dan keberkesanan
program ini terhadap keceriaan sekolah dan pembinaan sahsiah murid. Majlis diakhiri dengan
penyampaian hadiah saguhati dan sijil kepada peserta pelajar SK Bukit Lintang.












BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 7
LAPORAN BERGAMBAR SEMASA PROGRAM B.I.G



















.













Kerja-kerja dibantu oleh Encik Zainal.
Para pelajar PPG bertungkus-lumus menyiapkan landskap
Pendaftaran peserta

Kerja-kerja meratakan dan menajak rumput

BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 8












.




















Puan Masita bt Ali sedang memberi ucapan
penutupan rasmi
Para peserta sedang bersolat di bilik JQaf
GPK 1, Encik Rajendran turut hadir di tapak
landskap.
Para pelajar menikmati makan tengah hari
BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 9
6.0 LAPORAN SELEPAS

Selepas selesai program ini, kami diminta untuk menyediakan satu laporan khusus
tentang program BIG Fasa ke-3 ini. Persiapan dan perbincangan bersama telah dibuat untuk
menyiapkan dokumentasi dengan lancar.

















7.0 ISU / MASALAH (JIKA ADA)

Faktor cuaca telah mengakibatkan aktiviti mengecat tidak dapat dilakukan. Hujan turun
pada sebelah petang dengan lebatnya.








Kawasan landskap yang telah seiap ditanam rumput
karpet dan pokok bunga.
BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 10
B. Analisa SWOT
i. Kekuatan
a. Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan guru.
b. Menyemai perasaan kepunyaan di kalangan pelajar serta menghargai hasil
kerja yang telah dilakukan
c. Kemahiran merancang, mengurus dan mengendalikan sesuatu program
dengan sistematik dan teratur
d. Merangsang kebolehan diri mengatasi cabaran dan kelemahan diri dan
berusaha mempertingkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
e. Memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan di kalangan murid dan
ahli kumpulan
ii. Kelemahan
a. Murid kurang mendapat motivasi dan sokongan ibu bapa untuk melakukan
aktiviti luar bilik darjah.
b. Ibu bapa dan pelajar menganggap proses pembelajaran hanya berlaku di
dalam kelas sahaja.
c. Faktor penggunaan gadget tanpa kawalan mengakibatkan semangat
bermasyarakat semakin berkurangan di kalangan pelajar. Lebih
mementingkan diri dan kurang menghargai keadaan sekeliling.
iii. Peluang
a. Mengaplikasikan amalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi
dan sebagainya sama ada di rumah mahupun sekolah bagi memastikan
pembangunan sahsiah diri yang mantap
b. Meningkatkan kesedaran di kalangan murid tentang kepentingan hidup
bermasyarakat dan menghargai kemudahan dan harta benda sekolah dan
kepentingan awam.
c. Merasai sendiri pengalaman mengekalkan penjagaan dan pengurusan
sesuatu projek secara berterusan.
iv. Ancaman
a. Faktor cuaca di sebelah pagi yang panas, memguji ketahanan fizikal dan
mental murid, manakala hujan di sebelah petang mengakibatkan kerja-kerja
mengecat tidak dapat dilaksanakan.
b. Terdapat segelintir murid kurang memberi perhatian semasa program
berjalan.
BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 11
REFLEKSI KENDIRI
I. Manfaat Program BIG.
Aktiviti Sayangi Kawasan Sekolah Anda merupakan aktiviti yang dirancang untuk
menyemaikan nilai-nilai murni di kalangan murid sekolah. Menyedari kepincangan yang
berlaku di kalangan murid di zaman serba cangggih ini, suatu usaha perlu dilakukan
dapat mengelakan perkara ini berterusan. Program khidmat masyarakat yang dirancang
ini telah berjaya memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan sesuatu perkara, menghargai kemudahan dan kepentingan awam serta
perasaan cinta dan sayang terhadap kurniaan yang telah diberikan. Pengalaman yang
diperolehi semasa menjalankan aktiviti ini, bukan sahaja berguna kepada keperluan
pengajaran dan pembelajaran pelajar malah ianya juga boleh diaplikasi dan diamalkan
dalam kehidupan seharian pelajar. Nilai murni yang terkandung dalam tujuan
perlaksanaan program ini dapat membantu pembentukan sahsiah murid yang mantap
bagi menghadapi cabaran di zaman dunia tanpa sempadan.
Sebagai seorang pendidik, manfaat yang diperolehi daripada program ini amat
besar impaknya. Strategi perlaksanaan program ini menuntut kami melakukan
perancangan yang teliti dan pengurusan yang berkualiti diperlukan. Ianya secara tidak
langsung telah merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran dalam
membuat keputusan diperlukan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul. Dalam
perjalanan menjadi guru yang cemerlang, pengalaman dan pengetahuan amat
diperlukan. Pengalaman yang diperolehi semasa merancang, mengurus dan
mengendalikan program ini akan saya jadikan panduan untuk mendidik anak bangsa
kea rah pembangunan modal insan yang dikehendaki selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki diri,
membentuk sikap tolenransi serta saling menghormati dan menghargai semangat
setiakawan. Program BIG ini juga menjadi titik permulaan dalam pembentukan sahsiah
dan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. Secara keseluruhan
program ini berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Tanpa
bimbingan dan ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh pensyarah pembimbing iaitu
Puan Hajah Zaiton Binti Haji Jaafar ianya tidak mungkin tercapai. Selain itu juga
kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan SK Bukit Lintang dalam menjayakan
program ini amat dihargai.

BINA INSAN GURU 2014

AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR 12
II. Penambahbaikan
a. Penglibatan lebih ramai murid, lebih banyak kawasan dapat diceriakan
b. Mencari sumber dana yang lebih, bagi membolehkan penglibatan yang lebih
menyeluruh dari ibu bapa dan masyarakat setempat
c. Penglibatan agensi luar sperti Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyalurkan
sumbangan dan kepakaran.
d. Memulakan aktiviti lebih awal bagi mengelakan ancaman faktor cuaca.









Disediakan Oleh: Disemak Oleh:




(AZLIZAM BIN ABDUL SHUKOR) (PUAN HAJAH ZAITON BINTI HAJI JAAFAR)
PPG PJK KOHORT 2 UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM.

Anda mungkin juga menyukai