Anda di halaman 1dari 1

ARKIB : 26/02/2014

Rasuah, salah guna kuasa polis di Sabah kes


terpencil
KOTA KINABALU 25 Feb. - Kes rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan anggota polis
di negeri ini adalah kes terpencil dengan hanya membabitkan empat kes tahun lalu dan
tindakan lanjut telah dilaksanakan terhadap mereka.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun menegaskan, pihaknya tidak
akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang didapati melakukan
kesalahan itu.
"Kita amat komited dalam mengatasi perkara ini termasuklah mengambil tindakan
tatatertib, buang kerja atau dibicarakan di mahkamah," katanya selepas menghadiri majlis
perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
Tambahnya, bermula awal tahun ini sehingga 23 Februari lalu sebanyak 48 kertas siasatan
tatatertib termasuk kes rasuah dibuka, berbanding hanya 23 kertas siasatan bagi tempoh
sama pada tahun lalu.
"Salah satu kaedah menangani perkara ini ialah para pegawai atau penyelia perlu
memainkan peranan aktif bagi menegur anggota yang melakukan kesalahan agar perlakuan
negatif dihindarkan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas kes seorang anggota polis yang ditahan di Tawau, Sabtu lalu,
Hamza berkata, suspek ditahan kerana membawa pulang kereta peronda dan sepucuk pistol
tanpa kebenaran.
Difahamkan, suspek berusia 30-an itu mengamuk kerana tidak berpuas hati setelah
mendapati dia tersenarai untuk dipindahkan ke balai polis di daerah lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_09/Rasuah-salah-guna-kuasapolis-di-Sabah-kes-terpencil#ixzz3G1QtMZbc


Utusan Melayu (M) Bhd

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_09/Rasuah-salahguna-kuasa-polis-di-Sabah-kes-terpencil

Anda mungkin juga menyukai