Anda di halaman 1dari 14

1.

Peranan Seni dalam Pendidikan



Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Pandangan ini menyokong peranan Seni dalam Pendidikan, iaitu:

i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih seronok.

ii Membantu guru atau pelajar memahami diri sendiri.

iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.

iv Memotivasikan guru menjadi kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan
dan profesional.

v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

2. Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Mengikut McBrien dan Brandt(1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran
berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar.

Dari teori ini dapat dirumuskan, pembelajaran secara Konstruktivisme mempunyai ciri-ciri berikut :

i Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

ii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran

iii Menyokong pembelajaran secara koperatif

iv Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

v Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar

vi Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan
merancang pengguna

vii Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

viii Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

ix Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

3. Melodi = mengandungi elemen-elemen pic, skel, jeda, kontur, solfa dan rangkai lagu.

4. Irama = Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik.

5. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru kreatif bagi membantu kumpulan murid yang tidak
menguasai kemahiran melompat

(a) Pengenalan Lompatan :

(i) menggunakan carta yang menunjukkan teknik lompatan dan otot-otot yang terlibat.


(b) Ansur maju lompatan :

(i) menghayun tangan ke belakang dan ke hadapan; ke bawah dan ke atas

(ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat

(iii) hulur dan jejak


(c) Permainan :

(i) Melompat anak sungai

(ii) Melompat seperti rusa melompat pagar

(iii) Melompat melakonkan cara kanggaru melompat

(d) Pertandingan :

(i) Melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan

(ii) Pemenang kumpulan dinilai melalui pendaratan dua belah kaki,

berdiri tegak dan berdasarkan jumlah kejayaan ahli kumpulan.


6. (a) Kepentingan seni dari aspek jangka panjang

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif dan inventif.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.

meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran.

menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan
kerja.

membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.

menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.


menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.

menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan
hidup.

membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi
dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan.

(b) Pendapat tokoh-tokoh

(i) Seni Muzik


Shinuchi Suzuki berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanak-
kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing
sebelum menerima pembelajaran notasi formal note. Mendengar muzik secara berulang kali atau
berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting. Pendapat ini mengenengahkan teori
pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. (hoka dan hoki)

(ii) Seni Pergerakan


Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan
kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku
melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin
lakukan.

Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang
menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai.


(iv) Seni Visual

Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina
kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang
sempurna.

Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan
dan seterusnya membina konsep.

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau
membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya
pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka.
Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.

7.(a)Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan,
pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan
penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

Mari Menyanyi
(i)Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
lagu berentak tradisional
lagu pusingan dan
lagu suara berlapis

(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan

(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

Menyanyi Secara Muzikal
(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan
sebutan berirama

(ii)Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
pic, tempo,corak irama, melodi; dan
ekspresi mengikut mud dan dinamik.

Teknik dan Cara Menyanyi
(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton

(ii)Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu
dengan tumpuan kepada;
pernafasan
pengeluaran suara
artikulasi
sebutan, dan
postur.

Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian
(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni.


(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti
cara nyanyiannya.

(iii)Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;
Lirik;
Melodi;
cara menyanyi: dan
cara persembahan

(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan
jenis muzik vokal

(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh.

(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.

(vii)Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

(b) Pergerakan
Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik.
Terdapat empat unsur pergerakan iaitu;

Imbangan berat badan
Ruang
Masa
Daya/ aliran.


(i)Imbangan Berat Badan
Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian
anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian
anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat
memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit
sahaja tenaga otot.

(ii)Ruang
Pastikan ada ruang di sekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan
badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan.
Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:
Dari jauh menuju ke pusat badan
Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat
dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat
dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai
dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

(iii)Masa
Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan.
Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan
pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasan
boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat
atau serta merta.

Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan
mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakanserta merta sangat
perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

(iv)Aliran
Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh
diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu
gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan
boleh melicinkan gerakan itu.

8. (a) Kemahiran Asas Pergerakan
Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada
pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:
Berjalan
Berlari
Melonjak
Melompat
Gallop (berjalan seperti kuda)
Skip

(i) Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita
sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan
beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang
sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang
sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

(ii) Berlari
Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki
tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi.
Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku
sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki


(iii) Berlari serta Berlonjak (LEAP)
Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari pergerakan buku
lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa
berlari, lutut di angkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki
belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk
bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu
lagi.Kebiasaanya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat
lonjakan yang sempurna.


(iv) Lompatan
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan
tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika,
kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk
menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan

(v) Melompat Ketingting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula.
Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki
didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

(vi) Gallop
Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya.Kaki belakang digerakkan ke
hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat
ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang.
Menolak dan mendarat dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan.
Lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

(vii) Skip
Pergerakan kaki satu langkah kaki kanan diambil dahulu kemudian diikuti dengan hop kaki yang
sama kemudian kaki kiri melakukan langkah yang sama.
Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas tangan yang bertentangan dengan kaki hadapan yang
dihayun. Hayunan tangan berfungsi untuk memberi imbangan dan momentum semasa fasa hop.
Berat badan sentiasa di bebola kaki pada sepanjang pergerakan.


(b) Persepsi Motor
Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor:
Mengimbang
Kesedaran badan
Kesedaran ruang
Kesedaran hala datar (laterality)
Kesedaran arah (directionality)
Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

(i) Mengimbang
Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas
palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih
menyeronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang
berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas.

(ii) Kesedaran Badan
Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:
Saiz
Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di antara satu dengan
yang lain
Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan menggerakkan
badan.
Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya. Ada banyak
cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui
aktiviti yang melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal, Berapa carakah
boleh anda gerakkan kepala anda? atau Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan
anda?

(iii) Kesedaran Ruang
Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila kita bergerak,
kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-
benda lain yang berada dipersekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya
di antara benda-benda disekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh pelajar
supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.

Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan
tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz
ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas
di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.

(iv) Kesedaran Hala Datar (Laterality)
Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan seseorang.
Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan
secara serentak atau secara berasingan.

Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan
yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan
menolong mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality). Permainan seperti
Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai
dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut
arahan yang diberikan oleh guru.

(v) Kesedaran Arah
Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan
belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran luaran arah ini terbina daripada kesedaran
dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala-datar.

Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran arah ini.
Umpamanya bergerak ke ahadapn, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas, dan ke bawah boleh
membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan
menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka
surat bercetak iaitu semasa membaca.

(vi) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata
Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi diantara pergerakan
bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan
mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot
imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul

Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar melambungkan dan
menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau melambungkan dengan sebelah tangan dan
menyambutnya dengan tangan yang sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah
baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau
ke arah gawang gol.

9. (a) Interpretasi idea dan hubungannya dengan kreativiti
Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar membantu untuk mereka
belajar secara kreatif.
Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama
Keupayaan untuk menyusun
Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan
Meneroka sebelum pengajaran formal
Menggunakan silence dan hesitation
Melihat dengan lebih dekat
Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah
Bercerita dan menyanyi.

Malah menurut ahli sains terkemuka, Albert Einstein, imaginasilah penggerak kepada kreativiti.
Kecenderungan pelajar meneroka dan berangan-angan tentang persekitaran mereka menjadikan
mereka golongan yang kreatif dan kekreatifan mereka tidak mengenal sempadan.

Ini menepati pendapat Gardner (1993), kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif.
Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak
dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman
dan minat.

(b) Maksud Perasaan dan Tanggapan
Perasaan adalah bayangan atau gambaran reaksi yang muncul secara tiba-tiba apabila emosi atau
keadaan mental seseorang mengalami sesuatu benda atau keadaan. Benda atau keadaan yang
dialami itu merupakan rangsangan yang melahirkan tanggapan.
Perasaan dan tanggapan mempunyai kaitan dengan perkembangan kreativiti pelajar. Lowenfield dan
Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kreativiti pelajar.

a) Peringkat scribbling di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan panca indera
yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan
bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.
b) Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka.
c) Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan
perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol.
d) Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk
bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa.
Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.

Dalam melalui peringkat perkembangan ini pelajar mempelajari juga tentang diri mereka melalui
ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan.
Sebagi guru, kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supaya mereka tidak
beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak
lain.


10. (a) Contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti- aktiviti Muzik, Seni Visual dan
Pendidikan Jasmani:

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.

Tema persekitaran : Hutan
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman
video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan
dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

Pendidikan Jasmani (Pergerakan) :
(a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Pendidikan Muzik :
(a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Pendidikan Seni Visual :
(a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan
berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran
tentang aktiviti yang telah dibuat.

11. (a) Unsur-unsur Muzik
(i) Melodi
Mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu Rasa Sayang.
Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.
Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).
Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh
skel C major.
Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

(ii) Harmoni
Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan
membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi.
Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah
not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.
Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun.
Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.
Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan
kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I IV V. Kod-kod ini
dinamakan sebagai kod primer.

(iii) Irama
Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza.
Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.
Meter : Masa bagi mengawal muzik
Corak Irama : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza.
Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat.
Contoh rentak masri.
Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato (moderate pace).

(iv) Ekspresi
Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri
muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh
menghasilkan interpretasi tersendiri.
Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam Muzik.

(v) Bentuk
Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian
dinamakan binari atau bentuk AB.
Contohnya:
Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:
Bentuk dua bahagian
Bentuk tiga bahagian
Bentuk rondo
Bentuk strofik
Bentuk tradisional


(vi) Warna Ton
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik.
Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:
Suara lelaki dengan suara perempuan;
Suara perempuan dengan suara pelajar;
Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
Tepukan tangan dengan petikan jari;
Ketukan batu dengan ketukan kayu.

Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya
dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam
sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti
lembut, kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

(vii) Jalinan
Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih
menarik dan diminati ramai.
Jalinan boleh dibahagikan kepada;
Monofoni :
Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu
bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja
.
Homofoni :

Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, piano,
organ dan sebagainya.

Polifoni :

Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.


12. (a) Intersubjectivity ( Penghubungkaitan )
Penghubungkaitan adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat
antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Tujuan :
(i) Untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu matapelajaran melalui jaringan khusus
dari segi kemahiran- kemahiran pada setiap matapelajaran.
(ii) Memudahkan pelajar untuk mengingat sesuatu matapelajaran contohnya melalui aplikasi
pengurusan grafik
(iii) Melatih minda pelajar supaya bergerak secara aktif dan bertindak secara kreatif.
(iv) Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui pendekatan
penghubungkaitan.

Langkah-langkah Pelaksanaan
i) Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Matapelajaran
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam matapelajaran adalah berfokuskan matlamat
terakhirnya.

ii) Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Matapelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai matapelajaran akan dapat
menghubungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan yang sebenar.

iii) Menentukan Hasil Pembelajaran
Matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil
pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu
akan menjadi lebih efektif.

Anda mungkin juga menyukai