Anda di halaman 1dari 24

sembahyang dalam agama Islam.

solat fardu dan solat sunat.


Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari
pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu
dari Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari
semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk
mengulangkannya dengan niat qada
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan
mengqasarkan dan menjamakkannya.

LETS US FIND OUT HOW WAKTU
SOLAT WERE BEING SET.
Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan
berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul
panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan
padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s..
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi
penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan
memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana
korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.
Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama
panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan
kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut
ikan Nun.
Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila
mega merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s.
iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya
satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya
fajar shadiq.
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..
Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan
dukacita.
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda
bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya
Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak
Firaun

Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai
terbitnya matahari.
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah
Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari
syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur
kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana
siang telah menjelma.

Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi
perempuan

Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Suci dari najis sama ada di badannya, di
tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan
tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu
disedari perkara yang tersebut di atas terjadi -
misalnya didapati ada najis di sejadah - maka
perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak
menepati syarat sah solat)

Keluar/kedatangan hadas besar atau
kecil.
Berkata-kata dengan sengaja walau
sedikit yang memberi faham, atau
ketawa.
Makan/minum walau sedikit.
Melakukan pergerakan di luar rukun
solat tiga kali berturut-
turut(mutawaliyat).
Berniat keluar dari solat
Terkena najis yang tidak dimaafkan pada
badan, pakaian dan tempat solat.
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja
(berpaling dada).
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak
sengaja tetapi tidak segera ditutup.
Berubah niat dari satu solat ke solat yang
lain.
Meninggalkan rukun solat.
Murtad

13 rukun solat
Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali
ketika Salam).
Memandang ke atas (mendongak).
Berdiri menggunakan sebelah kaki
sahaja.
Berludah ke hadapan atau ke belah
kanan.
Berlebih-lebihan membongkok dan
menundukkan kepala ketika rukuk.
Bercekak pinggang.
Menyinsingkan kain atau baju.
Bersembahyang ketika hadir makanan
(makanan dihidangkan).
Bersembahyang ketika berasa hendak
qadha' hajat (membuang air).

Tidak semua solat sunat mempunyai waktu
tertentu melainkan beberapa solat sunat.
Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman
waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara
solat sunat yang dilakukan mengikut waktu
tertentu:
Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari
baru naik (mengikut pandangan sesetengah
ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh
hasta)
Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu
pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua
jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada
waktu Dhuha iaitu waktu matahari baru naik
(mengikut pandangan sesetengah ulama,
pada ketinggian segalah)


Solat tarawih - dilakukan pada waktu
Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat
isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
Solat sunat gerhana - dilakukan pada
waktu gerhana (matahari atau bulan)
berlaku.
Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum
dan selepas solat fardhu. Tidak semua
solat mempunyai kedua-dua solat sunat.
Berikut adalah waktu yang diharamkan
solat (sesetengah mengatakan bagi selain
tanah haram):
Waktu selepas solat Subuh hingga terbit
matahari.
Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga
matahari berada di kedudukan pada
kadar segalah (tujuh hasta).
Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah)
atau waktu tengahari (matahari tegak)
hingga gelincir matahari kecuali hari
Jumaat.
Waktu selepas solat Asar hingga
matahari kekuningan.
Waktu matahari kekuningan hingga
matahari terbenam.

Anda mungkin juga menyukai