Anda di halaman 1dari 3

PECAHAN DIALEK

Dialek sosial

Dialek sosial kenali juga sebagai sosiolek. Dialek ini digunakan oleh sesuatu daerah atau kumpulan-
kumpulan penutur mengikut kelas sosial dan kelainan bahasa yang dituturkan oleh ahli sesuatu
kumpulan atau lapisan masyarakat. Contohnya, dalam masyarakat melayu wujudnya susun lapis sosial
akan memberi maklumat tentang kedudukan seseorang. Sosial adalah segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan.

Dialek sosial boleh didefinisikan juga sebagai bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan.
Contohnya, bahasa baku, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana,
bahasa pasar dan bahasa slanga. Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkait dengan
bahasa pijin, iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi. Bahasa slanga pula adalah bahasa
yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja. Bahasa ini tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal,
istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada
makna sendiri yang difahami golongan tertentu.

Dialek daerah

Dialek daerah adalah dialek yang dituturkan dalam satu-satu tempat atau kawasan geografi. Misalnya
dialek Kelantan, dialek Perak dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Perbezaan bahasa pengguna
adalah berdasarkan daerah atau faktor geografi. Berikut adalah penggunaan dialek berdasarkan tempat-
tempat tertentu :

Dialek Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
Dialek Perak Perak Tengah.
Dialek Kelantan Kelantan dan kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.
Dialek Terengganu di negeri Terengganu.
Dialek Pahang di negeri Pahang.
Dialek Selatan Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor.
Dialek Negeri Sembilan di negeri Sembilan.
Dialek Sabah tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort.
Dialek Sarawak Bahagian Pertama, khususnya di Kuching dan di Pantai Utara serta kawasan Miri,
Bintulu dan Sibu.

Dialek Seketika

Dilihat dari sudut zaman, penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman seperti bahasa Melayu
kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa
Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden. Dialek ini dipakai di peringkat yang
tertentu dalam sejarah perkembangan bahasa contoh bahasa melayu klasik, pra moden dan moden. Di
sini boleh disimpulkan bahawa, dialek timbul disebabkan terpisah dari segi tempat dan zaman,
pengalaman yang berlainan serta pengaruh luar yang berlainan.




Rajah menunjukkan perkaitan dalam variasi bahasa.

Anda mungkin juga menyukai