Anda di halaman 1dari 8

1

BAHAGIAN A

Jawab semua 10 soalan.

Baca dan bulatkan jawapan yang betul.


1. Mei Lin berbangsa Cina, kamu patut menghantar
______________ kepadanya.

A. kad Selamat Hari Raya
B. Kad Selamat Hari Deepavali
C. kad Selamat Tahun Baru Cina


2. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama
yang dianuti oleh Raju?

A. Islam
B. Buddha
C. Hindu


3. Hendry tidak makan secara berlebihan, walaupun
makanan itu sedap.

A. Dia tidak kuat makan.
B. Dia tidak suka makanan itu.
C. Dia mengutamakan kesihatan.
2

4. Rizul terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia
_____________

A. mengambil dan membelanjakan wangnya.
B. mengambil dan serahkannya kepada guru.
C. mengambil dan simpan dalam begnya.


5. Saya membasuh baju dengan ______________

A. sabun
B. ubat gigi
C. syampu


6. Kemudahan awam seperti tandas, telefon awam dan paip
bomba mestilah diawasi dengan ____________

A. sangat baik
B. merosakkannya
C. tidak mengambil tahu


7. Syahira selalu __________________ adiknya yang
belum pandai membaca.

A. tidak peduli
B. membiarkan
3
C. menunjuk ajar


8. Apabila bercakap dengan ibu bapa kita mestilah
___________

A. kurang sopan.
B. meninggikan suara.
C. merendahkan suara.


9. Jika kamu bersalah, kamu akan ______________

A. meminta maaf.
B. mengulangi kesalahan itu.
C. membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan.


10. Kita patut ___________________ semasa lagu
Negaraku dinyanyikan.

A. berlari
B. berdiri tegak
C. berbual bersama kawan


[ 10 markah ]


4
BAHAGIAN B

A. Nyatakan sama ada tindakan yang berikut BETUL atau
SALAH.


1. Azman meminjamkan pembaris kepada Chong. _______


2. Singh dan Raju bermain bola sepak di padang. _______


3. Hazizi mengajak Aiman ponteng sekolah. _________


4. Vickey membantu Lisa menyelesaikan kerja sekolah.
_________

5. Sandy suka berhutang dengan kawannya. ________


6. Kumar dan Koh pergi ke perpustakaan bersama.
________


7. Zarina mengajak Chua pergi ke pusat hiburan.
________


5
8. Anysa selalu membantu ibunya menjaga adik. _______


9. Muzazri suka melawan kata ayahnya. ________


10. Rashid membantu ibunya mengemas rumah. ________


[10 markah ]


















6
B. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan
yang sesuai.






1. Zubir membantu abangnya __________ cermin
tingkap.

2. Kumar ___________ semula buku-bukunya di dalam
almari selepas menggunakannya.

3. Hafiz sedang __________ kolam ikan di belakang
rumahnya.

4. Nurin _________ bunga di halaman rumah.

5. Kakak sedang ________ sampah di ruang tamu.


[ 5 markah ]






membersihkan
mengelap menyusun
menanam menyapu
7
C. Isikan tempat kosong dengan kata yang sesuai.







1. Bendera Malaysia mempunyai ________ warna.


2. Warna warna pada bendera Malaysia ialah
_________, ______________ , _______________
dan ________________.

3. Lagu Kebangsaan Malaysia ialah ______________.


4. Kita mesti berdiri apabila _______________ lagu
Negaraku.


5. Kuala Lumpur ialah ibu _______________ Malaysia.


[ 8 markah ]
biru merah kuning Negaraku

empat putih kota menyanyikan
8
D. Tandakan (/) kepentingan nilai baik hati & (X) bagi
pernyataan sebaliknya.







1. Mengeratkan hubungan antara Rizul dan
Muzazri.


2. Merenggangkan hubungan antara Rizul dan
Muzazri.


3. Mendapat pujian daripada guru.


4. Membalas dendam terhadap kawan.


5. Mewujudkan suasana harmoni antara mereka.


6. Mendapat balasan yang baik.


7. Disukai oleh rakan-rakan yang lain.


[ 7 markah ]



Rizul menolong Muzazri yang tercedera
semasa bermain bola sepak

Anda mungkin juga menyukai