Anda di halaman 1dari 1

Apakah penyakit untut?

Penyakit Untut ( Elephantiasis ) adalah sejenis penyakit zoozotic yang berpunca


daripada jangkitan sejenis cacing nematode (cacing filaria). Seseorang yang
menghidap penyakit ini pada awalnya telah digigit oleh nyamuk yang dilihat sebagai
vektor pembawa yang mana nyamuk ini membawa parasit tersebut daripada pesakit
yang juga boleh disebut sebagai perumah lain yang lazim seperti monyet ataupun
kucing. Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang mana keadaannya mencacatkan
kerana ianya terjadi akibat salur limfa tersumbat. Lazimnya, penyakit ini disebabkan
oleh infeksi cacing flaria yang hidup dalam saluran limfa manusia dan ianya disebut
sebagai Filariasis limfatik.Parasit memerlukan dua perumah dalam proses penularan
penyakit ini untuk mengekalkan kemandiriannya. Manusia dan nyamuk merupakan
perumah utama kepada parasit ini. Penyakit ini merebak kepada manusia adalah
melalui gigitan vektor serangga iaitu nyamuk. Nyamuk akan memindahkan parasit dari
satu perumah ke perumah yang lain melalui kaedah gigitan ini dan ianya akan lebih
cepat merebak kiranya gigitan itu berulang kali.Penyakit ini hanya boleh berjangkit
melalui gigitan nyamuk dan ianya tidak akan sekali-kali berjangkit melalui makanan dan
minuman, pemindahan darah, bersentuhan dan hubungan rapat dengan pesakit ini.

Penyakit Untut ini terjadi kerana berlakunya reaksi tisu di sekeliling salur limfa atau
kelenjar limfa. Reaksi tisu ini terjadi kerana adanya cairan limfa yang melimpah ke tisu
sekeliling kerana salur limfa tersumbat atau pecah. Reaksi tisu juga terjadi jika ada
cacing filaria yang mati atau rosak. Bahan-bahan dari cacing ini serta cairan salin
kulitnya boleh merangsang perubahan tisu sehingga terjadi penebalan akibat
pembentukan tisu granulasi dan fibrosis.

Simptom-simptom penyakit untut?
Antara gejala-gejala yang boleh dikesan apabila seseorang itu dijangkiti penyakit ini.
Antaranya ialah reaksi alergi seperti demam, limfangitis dan limfadenitis yang berulang-
ulang, bengkak tangan, kaki dan genatilia, hidrosel, orkitis, kiluria, abses kelenjar limfa,
untut atau elefantiasis anggota atas, bawah dan buah dada. Penyakit ini sebenarnya
tidak mudah untuk berjangkit.

Bagaimana ianya boleh dikawal?
Penyakit ini boleh dikawal dan dicegah melalui cara pembasmian vektor nyamuk
dengan cara memusnahkan kawasan takungan air yang menjadi kawasan pembiakan
vektor dan memberi rawatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang sangat
endemik dan berisiko tinggi.

Secara saintifik manusia terjadi daripada proses percantuman benih lelaki (sperma) dengan
benih perempuan (ovum)melalui proses persenyawaan untuk membentuk zigot. Dari awal
kandungan sehingga bayi dilahirkan proses perkembangan ini akan melalui 3 tahap iaitu tahap
pre-embrionik, tahap embrionik dan tahap fetus. Proses perkembangan kandungan yang
sempurna ini akan mengambil tempoh sehingga 38 sehingga 40 minggu sebelum terjadinya
proses kelahiran seseorang bayi.

Anda mungkin juga menyukai