Anda di halaman 1dari 3

Tumbuhan berbiji tertutup (Angiosperma) berasal dari kata angio bermaksud bunga dan sperma

tumbuhan berbiji. Tumbuhan biji tertutup memiliki jumlah spesies lebih banyak dibandingkan dengan
tumbuhan berbiji terbuka.Tumbuhan ini adalah tumbuhan berbunga bunga .
Gymnosperma (dari bahasa Yunani: gymnos (telanjang) dan sperma (biji) atau tumbuhan berbiji terbuka
merupakan kelompok tumbuhan berbiji yang bijinya tidak terlindung dalam bakal buah (ovarium).
Peranan Biji Tertutup ( angiosperma ) Bagi Kehidupan :
Kepentingan dari segi ekonomi : Sebagai tanaman hias (mawar), sumber makanan ( sayuran ) , sumber
protein ( kacang ), bahan utama perabot ( jati , rotan ), sumber perubatan( mahkota dewa ), bahan
kosmetik ( mawar ,melur )
biji terbuka ( gymnosperma ) :
Kepentingan dari segi ekonomi :Tanaman hias (pakis haji ), bahan industry ( cat ) , sumber
perubatan ( ginkgo biloba ), sumber makanan, mengurangkan kesan rumah hijau, potongan kayu
dan papan, bahan dalam industry membuat perabot .

Tumbuhan bervaskular, juga dikenali sebagai trakeofit dan juga tumbuhan lebih tinggi, daripada
sekelompok besar tumbuhan yang ditakrifkan sebagai tumbuhan darat yang mempunyai tisu
terlignin (xilem) untuk mengalirkan air dan mineral ke keseluruhan tumbuhan. Tumbuhan ini
juga mempunyai tisu tidak terlignin khas (floem) untuk mengalirkan keluaran fotosintesis.
Tumbuhan bervaskular termasuk Lycopodiopsida, paku ekor kuda, pakis, gimnosperma
(termasuk konifer) dan angiosperma (tumbuhan berbunga). Nama sains untuk kelompok ini
termasuklah Tracheophyta dan Tracheobionta.
Pokok konifer adalah salah satu contoh tumbuhan bervaskular. Ia adalah kumpulan
gymnosperma yang sangat penting. Mempunyai biji benih dalam kon. Tidak menghasilkan
bunga dan juga buah. Konifer beradaptasi di kawasan temperat hingga kawasan bersuhu sejuk.
Mempunyai daun nipis tirus seperti jarum , tebal, liat dan berlilin untuk mengurangkan
transpirasi pada musim panas. Pokok berbentuk kon untuk menghalang salji berkumpul dan
tahan tiupan angin kencang. Pokok ini berkayu lembut, berkulit tebal, berbatang lurus,bersaiz
besar dan tinggi spt pokok pain,fir, spurs dan larch Konifer jusa diliputi oleh resin untuk tujuan
pertahanan dari pemangsa , api dan lain-lain.
Pokok konifer turut mempunyai kepentingan dalam ekologi dan juga ekonomi. Hutan konifer
dapat mengawal suhu bumi , menyediakan habitat bagi flora dan fauna, mengelakkan dari
berlakunya hakisan tanah, sebagai sumber makanan kepada komunitinya dan dari segi ekonomi
dapat menyediakan kawasan pelancongan yang cantik di samping itu membekalkan sumber
utama dalam pembuatan kertas.

Garam ialah bahan yang terbentuk apabila ion hidrogen dalam asid diganti oleh ion logam atau ion
ammonium..

Garam adalah sebatian yang terhasil apabila ion hidrogen dalam sesuatu asid diganti oleh ion
logam atau ion ammonium. Garam ialah sebatian ionik yang terdiri daripada ion positif (kation)
dan ion negetif ((anion). Kation dan anion suatu garam diikat oleh ikatan ionik yang sangat kuat.
Gula pula adalah sebatian kovalen yang terdiri daripada 6 atom karbon, 12 atom hidrogen dan 6
atom oksigen yang diikat secara kovalen yang menghasilkan zarah-zarah yang kecil.
Oleh itu garam ialah formula ionik manakala gula ialah fomula molekul.
Garam ialah formula ionik kerana ia adalah gabungan kation dan anion . Gula ialah formula
molekul kerana ikatan antara satu sama lain ialah antara bukan logam dan bukan logam. Tarikan
atom gula ini dipanggil ikatan kovalen.

Tindakbalas pembakaran
Berlaku apabila oksigen berpadu dengan sebatian lain membentuk air dan karbon dioksida
Cth : C
4
H
10
+ O
2
CO
2
+ H
2
O
Tindak balas penyesaran
Berlaku apabila satu unsur dapat menyesarkan unsur lain dalam satu sebatian
Cth : Mg + 2H
2
O Mg(OH)
2
+H
2
Tindakbalas sintesis
Berlaku apabila dua unsur/ sebatian yang ringkas membentuk sebatian yang lebih kompleks
Cth: C + O
2
CO
2





Konfigurasi elektron bagi
i. Klorin ialah 2.8.7 ii. Magnesium ialah 2.8.2
Ikatan yang terbentuk jika klorin dan magnesium bertindakbalas adalah ikatan ionik kerana
klorin atom bukan logam dan Magnesium adalah atom logam
Atom magnesium menderma 2 elektron untuk mencapai kestabilan susunan oktet, dan menjadi
ion positif Mg + manakala atom klorin menerima 1 elektron untuk mencapai kestabilan susunan
oktet, dan menjadi ion negatif CI.
Maka sebatian ionik yang terbentuk adalah MgCl2

Anda mungkin juga menyukai