Anda di halaman 1dari 10

T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n

S a i n t i f i k | 64


UNIT 3
TEORI BERKAITAN PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN
KEMAHIRAN SAINTIFIK

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan maksud berfikir.
2. Menghuraikan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
3. Membincangkan teori berkaitan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran
saintifik.

PENGENALAN

Pernahkah anda bertanya adakah berbeza berfikir daripada kemahiran berfikir? Mungkin anda
fikir bahawa semua orang berfikir secara automatik, dan tidak perlu belajar bagaimana untuk
berfikir.

dakah anda tahu definisi berfikir? Adakah definisi berfikir yang sama boleh digunapakai oleh semua
orang? Atau tidak ada satupun definisi yang memuaskan, kerana kebanyakan definisi hanya
memuaskan pada satu peringkat atau peringkat yang lain?
Berfikir, untuk mendefinisinya secara falsafah dan secara penggunaannya yang praktikal adalah tidak
sama. Definisi berfikir didapati berbeza pada peringkat yang berbeza. Jika kanak-kanak ditanya apakah
yang mereka suka untuk fikir, jawpan mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan kanak-kanak di bawah
dua-belas tahun dan kumpulan lebih-dua belas tahun. Bagi kumpulan yang pertama, berfikir bermakna
sejenis angan-angan, impian, perlakuan yang melibatkan berfikir dengan mendalam berkenaan sesuatu,
bercerita mengenai perkara dalaman dan imaginasi. Manakala bagi kumpulan kedua, selain dari
meneroka pengalaman, kali ini, pengalaman itu sangat berkaitan dengan diri sendiri. Berfikir bagi
kumpulan ini kelihatannya seperti sesuatu yang berlaku dalam fikiran dan tidak berkaitan dengan keadaan
semasa. Seperti sedang bermain di layar fikiran mengenai pengalaman lampu dan masa depan.
A
T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 65


Apabila, siswa, siswazah, dan kakitangan fakulti pendidikan di sebuah universiti ditanya soalan yang sama,
sebahagian mereka menjawab bahawa berfikir berlaku dalam minda dan ianya proses dalam sedar. Dan
sebahagian lagi menjawab berfikir ialah mengenai penyelesaikan- masalah atau usaha untuk mencapai
sesuatu tujuan di penghujungnya.

Apabila sekumpulan guru matematik ditanya untuk memberikan definisi berfikir, mereka hampir secara
eksklusif melihatnya sebagai satu proses penyelesaian masalah.

Oleh kerana itu, Edward De Bono menyimpulkan bahawa berfikir itu dianggap sebagai suatu penglihatan
dalaman yang kita tujukan ke atas pengalaman untuk tujuan meneroka, memahami dan mengembangkan
pengalaman itu. Ataupun Berfikir ialah penerokaan pengalaman secara sengaja kerana sesuatu tujuan.
Tujuan itu mungkin untuk memahami, membuat-keputusan, penyelesaian- masalah, perancangan,
pertimbangan, tindakan dan sebagainya.

Seterusnya, jika kita boleh mengajar bagaimana untuk berfikir (Sebelum ini kebanyakan orang
beranggapan bahawa kita tidak boleh mengajar orang untuk berfikir,) apakah pula yang dimaksudkan
dengan kemahiran berfikir?

Sebelum itu, cuba anda tulis dengan ringkas kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
Adakah kedua-duanya berbeza?













Apa itu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik?
aiklah. Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir. Setiap satunya mempunyai maknanya
tersendiri. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda ketahui bahawa tiada satupun kemahiran
tersebut yang eksklusif. Ada saja maknanya yang berkaitan ataupun kadangkala bertindih makna
dengan jenis kemahiran yang lain. Antara kemahiran berfikir yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir
B
T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 66

secara kritikal, kreatif, deduktif, induktif, rasional, analogikal, metafor, metakognisi, aras-tinggi,, aras-
rendah, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat kesimpulan, menghakimi idea, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, menganalisis, mencadangkan penyelesaian, membanding, dan membuat
hipotesis,
Dalam bidang sains pula, kemahiran berfikir merupakan sebahagian daripada bidang sains itu sendiri.
Dahulunya kemahiran saintifik bermaksud kemahiran berfikir secara kritikal, objektif, kreatif, manipulatif dan
seumpamanya. Kini, kemahiran sains lebih popular dikenali sebagai kemahiran proses sains. Ianya
terbahagi kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran
proses sains asas seperti membuat pemerhatian, membuat inferens, perlu dikuasai sebelum memperoleh
kemahiran proses sains bersepadu. Beberapa contoh kemahiran proses sains bersepadu ialah mengawal
pembolehubah, membuat hipotesis, dan menjalankan eksperimen.
Oleh itu tiada satu definisi yang sempurna bagi mendefinisikan kemahiran berfikir. Bagaimanapun ramai
para cendikiawan bersetuju bahawa kemahiran berfikir ialah satu kemahiran yang luas, seperti kemahiran
kerjakayu: mengetahui apa yang hendak dilakukan, bila hendak dilakukannya, bagaimana hendak
melakukannya, apa peralatan yang hendak digunakan, sebab akibatnya, dan apa yang perlu
dipertimbangkan. Berfikir itu tidak mencukupi dengan mengetahui peraturan-peraturan yang logik atau
mempelajari bagaimana untuk mengelak melakukan kesilapan yang logik. Yang pasti, kemahiran berfikir
sangat melibatkan persepsi dan pengarahan-perhatian. Ia adalah mengenai penerokaan pengalaman dan
menggunakan pengetahuan. Kemahiran berfikir adalah mengetahui bagaimana untuk menangani situasi,
idea kita sendiri, dan pemikiran orang lain. Kemahiran berfikir melibatkan perancangan, membuat-
keputusan, melihat kepada bukti, meneka, kreativiti dan banyak lagi aspek berfikir yang lain.

Teori-teori berkaitan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik
pakah teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik?
Adakah teori-teori ini mendasari pengajaran kemahiran berfikir? Adakah penting bagi guru yang
ingin mengajar kemahiran berfikir mengetahui teori-teori ini?

Teori Kognitif
Jean Piaget (1896-1980) terkenal kerana telah membina model perkembangan dan pembelajaran kanak-
kanak yang sangat berpengaruh hingga ke hari ini. Teori Piaget ini adalah berasaskan idea bahawa
kanak-kanak yang sedang membesar membina struktur-struktur kognitif, iaitu membina skema atau
rangkaian konsep untuk memahami dan bergerakbalas kepada pengalaman fizikal di persekitarannya.
Piaget kemudiannya membuktikan yang struktur kognitif kanak-kanak itu meningkat semakin canggih
dengan perkembangan usia kanak-kanak itu, dari gerakan reflek mudah seperti menangis kepada aktiviti
mental yang tersangat kompleks.
A
T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 67

Terdapat empat peringkat perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu:
Sensorimotor (lahir 2 tahun)
Kanak-kanak melalui interaksi dengan persekitarannya, membina satu set konsep mengenai realiti dan
bagaimana ia bekerja. Pada peringkat ini kanak-kanak tidak tahu bahawa objek fizikal kekal wujud
walaupun tidak kelihatan.
Praoperasi (2 7 tahun)
Kanak-kanak belum lagi dapat mengkonsepsi secara abstrak dan masih memerlukan situasi fizikal yang
konkrit.
Operasi konkrit (7 11 tahun)
Apabila pengalaman fizikal semakin bertambah, kanak-kanak mula mengkonsepsi, mencipta struktur yang
logik untuk menerangkan pengalaman yang dihadapi. Mereka sudah boleh menyelesaikan masalah
secara abstrak. Misalnya persamaan matematik sudah boleh diselesaikan menggunakan nombor.
Operasi formal (11-15 tahun)
Pada peringkat ini, struktur kognitif kanak-kanak adalah menyerupai orang dewasa dan termasuklah
kebolehannya menaakul.
Piaget telah menjelaskan beberapa prinsip untuk membina struktur kognitif. Sewaktu perkembangan
kanak-kanak di semua peringkat, kanak-kanak tersebut menimba pengalaman di persekitaran yang
dihadapinya menggunakan peta mental yang diciptanya setakad ini. Jikalau pengalaman itu suatu
ulangan, pengalaman itu padan dengan mudah atau diasimilasi ke dalam struktur kognitif kanak-kanak
tersebut. Seandainya pengalaman itu adalah lain atau baru, kanak-kanak itu hilang keseimbangan, dan
mengubah struktur kognitifnya untuk diakomodasi dengan situasi baru. Dengan cara begini, kanak-kanak
itu akan membangunkan semakin banyak struktur kognitif.

Teori Konstruktif
Konstruktivisme ialah suatu falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada idea bahawa, apabila membuat
refleksi ke atas pengalaman kita, kita membina kefahaman kita sendiri terhadap dunia ini. Setiap daripada
kita menjana peraturan dan model mental kita sendiri, yang kita gunakan untuk menjadikan sesuatu
pengalaman itu logik. Oleh kerana itu, pembelajaran, tidak lain hanyalah suatu proses mengadaptasi
model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru.
Terdapat beberapa prinsip yang memandu kita untuk memahami konstruktivisme:
T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 68

1. Pembelajaran ialah suatu pencarian makna. Oleh kerana itu, pembelajaran mesti dimulakan
dengan isu yang mana murid sedang aktif mencuba untuk membina makna yang ada kaitan
dengan isu tersebut.

2. Permaknaan memerlukan kefahaman keseluruhan perkara tersebut dan juga pecahan-
pecahannya. Dan pecahan-pecahannya mesti difahami dari segi keseluruhannya. Oleh demikian,
proses pembelajaran difokuskan kepada konsep penting, tidak hanya fakta-fakta yang terasing.

3. Supaya dapat mengajar dengan sempurna, kita mesti memahami model mental yang murid
gunakan untuk menanggap dunia sekelilingnya dan anggapan yang mereka buat untuk
menyokong model itu.

4. Tujuan pembelajaran ialah untuk murid membina permaknaan sendiri, bukan sekadar menghafal
jawapan yang betul dan mengeluarkan semula permaknaan kepunyaan orang lain. Cara yang
lebih bernilai untuk mengukur pembelajaran ialah dengan membuat pentaksiran sebagai
sebahagian dari proses pembelajaran, dengan memastikan pentaksiran tersebut memberikan
maklumat kepada murid akan kualiti pembelajaran masing-masing.

Kognisi Sosial
Model pembelajaran kognisi sosial menegaskan bahawa budaya adalah penentu utama terhadap
perkembangan individu. Setiap orang kanak-kanak membesar dalam lingkungan sesuatu budaya. Oleh
kerana itu, perkembangan pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya, termasuklah budaya
persekitaran keluarga yang negatif.
Dari segi perkembangan intelek, budaya menyumbang dua perkara kepada kanak-kanak. Pertama,
melalui budaya kanak-kanak memperoleh kandungan untuk mereka berfikir, iaitu pengetahuan. Keduanya,
budaya persekitaran menyumbang kepada kanak-kanak proses berfikir, sebagaimana yang disebut oleh
pendokong Vygotsky sebagai alat untuk adaptasi keintelektualan. Mengikut model kognisi sosial ini,
budaya mengajar kanak-kanak apa yang hendak difikirkan dan bagaimana hendak berfikir. Perkembangan
kognitif terhasil daripada proses dialektikal di mana kanak-kanak belajar melalui pengalaman
menyelesaikan masalah yang dikongsi bersama orang lain seperti ibu bapa, adik-beradik, guru dan rakan
sebaya.
Bahasa merupakan bentuk utama orang dewasa berinteraksi dengan kanak-kanak untuk memindahkan
pengetahuan yang wujud dalam budaya. Semasa pembelajaran meningkat maju, bahasa ibunda kanak-
kanak menjadi alat utama adaptasi keintelektualannya. Akhirnya, kanak-kanak boleh menggunakan
bahasa dalaman untuk menentukan perlakuannya sendiri. Salinghubungannya dengan budaya
persekitaran dan agen sosial, seperti ibubapa dan rakan sebaya yang kompeten, sangat menyumbang
terhadap perkembangan intelektual kanak-kanak berkenaan.

T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 69

Teori Standard IQ
Ujian keintelektualan yang asli direkabentuk oleh Alfred Binet untuk mengukur kemungkinan besar
seseorang kanak-kanak akan berjaya di sekolah. Soalan-soalan IQ tersebut direkabentuk bukan untuk
dilaksanakan di dunia sebenar tetapi bertujuan untuk pemilihan murid mana yang lebih berjaya.
Kebanyakan ujian IQ meminta calon untuk menunjukkan maklumat yang spesifik yang telah dipelajari
terdahulu dan untuk mengaplikasikan peraturan, prinsip, atau pengetahuan untuk menyelesaikan suatu
masalah yang novel. Jadual 1 menunjukkan skor IQ dan interpretasinya. Secara keseluruhannya hampir
95 peratus daripada populasi memperoleh skor di antara 70 dan 130.

Jadual 1 Skor IQ dan Interpretasi
IQ Huraian Laras
130+ Sangat superior Gifted
120-129 Superior
110-119 Sederhana yang tinggi
90-109 Sederhana IQ tipikal
80-89 Sederhana yang rendah
70-79 Atas garisan
Bawah 70 Teramat rendah Berkeperluan khas


Pengkritik teori ini meluahkan ketidakpuasan hati dengan menyatakan ujian ini condong kepada
kecerdasan logik-matemaik, verbal dan ruang. Terdapat juga kritikan yang mengatakan ujian ini telah
digunakan secara tidak sepatutnya untuk melabel murid dan tidak berdasarkan dunia sebenar.
Teori Kecerdasan Pelbagai
Gardner mencadangkan bahawa terdapat banyak cara untuk kita mengetaui, belajar, dan memaparkan
apa yang diketahui. Beliau merevolusikan konsep kecerdasan dengan memperkenalkan idea bahawa
bukan satu tetapi terdapat sembilan jenis kecerdasan (Jadual 2).





T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 70

Jadual 2 Kecerdasan Pelbagai Gardner
Kecerdasan Ciri
Linguistik Membenarkan Individu berkomunikasi dan memahami dunia melalui
bahasa. Pekerjaan yang tipikal termasuklah guru, jurnalis, novelis, dan
peguam
Logik-matematikal Membolehkan individu menggunakan dan menghargai hubungan yang
abstrak. Pekerjaan yang tipikal termasuklah saintis, ahli matematik,
akountan, dan ahli falsafah
Musikal Membolehkan individu mencipta, berkomunikasi, dan memahami
permaknaan yang datang dari bunyi. Pekerjaan yang tipikal termasuklah
komposer, konduktor, dan penyanyi
Ruang Membolehkan individu mempersepsi maklumat visual atau ruang,
menukar maklumat ini, dan mencipta semula imej visual dari daya
ingatan. Pekerjaaan yang tipikal termasuk arkitek, pengukir, juruterbang,
mekanik
Badan-kinestetik Membenarkan individu menggunakan seluruh atau sebahagian bahagian
badan untuk menghasilkan produk atau menyelesaikan masalah.
Pekerjaan yang tipikal termasuk atlet, penari,, dan pelakon
Intrapersonal Membantu individu untuk membezakan pelbagai perasaannya sendiri,
untuk membina model mental mengenai dirinya dengan tepat, dan untuk
menggunakan model ini dalam membuat keputusan tentang hidupnya.
Pekerjaan yang tipikal termasuk terapis, kaunselor, pelukis, dan
pemimpin agama
Interpersonal Membolehkan individu mengenalpasti dan membuat perbezaan yang
jelas mengenai perasaan dan tujuan orang lain. Pekerjaan yang tipikal
termasuk guru, ahli politik, dan jurujual
Naturalistik Mengizinkan individu membezakan, mengklasifikasikan, dan
menggunakan ciri-ciri persekitaran. Pekerjaan yang tipikal termasuk
peladang, pendaki gunung, pekebun, dan ahli geologi
Eksistensial Membolehkan individu mempersepsi kejadian dan kewujudan manusia,
erti kehidupan, erti kematian, dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia
dalam kehidupannya. Pekerjaan yang tipikal termasuk ahli falsafah,
pemikir, saintis (teoris)


Teori pelbagai kecerdasan Gardner ini merupakan penyambung rantai yang tersangat penting di antara
pembelajaran dan berfikir. Mencadangkan terdapat pelbagai kecerdasan, menjadikan definisi berfikir itu
implisit, yang mengalih kita dari bertindak menghasilkan satu produk artistik yang baru kepada idea
bahawa setiap dari kita berpotensi untuk mengembangkan kecerdasan-kecerdasan kita. Berfikir dan
kreativiti menjadi lebih nyata dan bukannya suatu aktiviti golongan pilihan.

T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 71

Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Roger Sperry menemui bahawa kedua-dua belah otak manusia (korpus kalosum) dikaitkan dengan aktiviti
yang sangat berbeza. Dahulunya saintis ingatkan manusia mempunyai dua otak, sebagaimana kita
mempunyai dua ginjal, telinga atau mata. Didapati bahawa otak sebelah kiri umumnya menangani isu
urutan, matematik, dan logik, sementara otak sebelah kanan umumnya menangani kreativiti dan perkaitan.
Otak kiri bersifat literal, manakala otak kanan membuat terjemahan secara metaforikal. Kedua-dua
hemisfera otak melaksanakan fungsi yang berbeza, hemisfera kiri, sebagai contoh, berurusan dengan
bahasa.
Daripada hasil uijkaji-ujikaji, menunjukkan kedua-dua hemisfera otak bertanggungjawab kepada cara
berfikir yang berlainan. Jadual 3 menunjukkan perbezaan fungsi berfikir otak.

Jadual 3 Fungsi Otak
Otak Kiri Otak Kanan
Logikal Random
Urutan Intuitif
Rasional Holistik
Analitikal Mensintesis
Objektif Subjektif
Melihat kepada bahagian-bahagian Melihat kepada keseluruhan

Kebanyakan individu mempunyai kegemaran yang jelas bagi salah satu daripada gaya berfikir ini.
Manakala ada sesetengah individu mempunyai gaya berfikir keseluruhan otak dan bagus dalam kedua-dua
mod ini.
Literatur terkini telah meneroka lebih jauh dan menunjukkan bagaimana kedua-dua hemisfera otak ini
bekerjasama dan bagaimana otak kanan memainkan peranan istimewa dalam menangani isu masa kini
yang kompleks. Otak kiri memainkan peranan bahagian logik dan rasional. Ia membuat penghakiman dan
bergantung kepada intelek. Ia suka melakukan sesuatu perkara satu persatu dan mengikut peraturan.
Otak kanan merupakan sumber intuisi kita dan imaginasi. Ia suka bermain-main dan suka membuat
lonjakan pemikiran. Ia gemar mencipta corak baru dan penyelesaian.

Kecerdasan Kejayaan
Sternberg dan Gregenkio menghuraikan Kecerdasan kejayaan ialah satu set kebolehan yang bersepadu
yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup, namun seseorang individu itu mendefinisinya dalam konteks
sosiobudaya masing-masing. Individu dikatakan memiliki kecerdasan kejayaan bila mereka mengenalpasti
T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 72

kekuatan-kekuatan dan menggunanya dengan sepenuhnya dan pada masa yang sama mereka
mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi atau
mengimbangkannya. Orang yang cerdas kejayaan dapat mengubahsuai diri, membentuk, dan memilih
persekitaran dengan mengimbangkani kebolehan analitikal, kreatif, dan praktikalnya. Atau Kebolehan
seseorang individu untuk mengubahsuai cara berfikir atau perlakuan untuk menjadi sesuai dengan
persekitaran tempat individu itu bertugas atau memilih suatu persekitaran baru.
Kebolehan analitikal bermaksud kebolehannya untuk menganalisis, menghakimi, menilai, membanding
atau membezakan. Kebolehan kreatif bermaksud kebolehan untuk mereka, mencipta, menemui,
mengimaginasi, meramal, atau mengandaikan. Manakala kebolehan praktikal ialah kebolehan yang
digunakan untuk mengaplikasi, melaksanakan, atau menggunakannya.

Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi termasuklah jika individu itu dapat memahami dirinya dan orang lain, mempunyai
empati terhadap orang lain, boleh memimpin atau mempengaruhi orang lain, tahu bagaimana untuk
memotivasi diri sendiri dan mengurus impuls dirinya. Goleman mencadangkan bahawa untuk menjadi
seorang yang pintar, mempunyai kemahiran emosi dan sosial amatlah penting. Kecerdasan emosi
merangkumi ciri dan kebolehan berikut:
1. Menyedari tentang diri, iaitu mengetahui emosi, mengenalpasti perasaan yang datang, dan dapat
membezakan setiap satunya.

2. Pengurusan mood, iaitu dapat mengurus perasaan supaya perasaan itu relevan dengan situasi
semasa dan dapat bertindak dengan sesuai.


3. Memotivasi-kendiri, iaitu dapat mengumpul dan fokuskan perasaan dan mengarahkan diri kepada
satu matlamat, walaupun ada keraguan, inertia, dan sifat impulsif.

4. Empati, iaitu mengenalpasti perasaan dalaman orang lain dan bertindak mengikut sebagaimana
petanda-petanda verbal dan bukan-verbal yang ditunjukkan oeh mereka.


5. Mengurus perhubungan, iaitu menangani salinghubungan interpersonal, penyelesaian konflik, dan
perundingan.

Kesihatan emosi seseorang individu adalah asas untuk ia berjaya. Mempunyai ciri-diri yang menunjukkan
kecerdasan emosi seperti yakin diri, ingin tahu, bertujuan dalam tindakan, dapat mengawal-diri, mampu
membuat perkaitan, kemampuan untuk berkomunikasi, dan kebolehan untuk bekerjasama selalunya
membolehkan individu berjaya dalam hidupnya. Memiliki kecerdasan emosi dikatakan lebih menjamin
kejayaan seseorang individu di masa depan berbanding dengan mengukur kecerdasan melalui skor ujian
atau IQ.
T e o r i B e r k a i t a n P e n g a j a r a n K e m a h i r a n B e r f i k i r D a n K e m a h i r a n
S a i n t i f i k | 73

RUJUKAN

Abdul Rahman, A (2002) Falsafah Dan kaedah Pemikiran Perbandingan Pemikiran Barat dan Pemikiran
Islam dalam Menyelesaikan Masalah-Masalah Manusia. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
De Bono, E. (1991) Teaching Thinking. England:Penguin Books.
Rajendran, N.S. (2008) Teaching and Acquiring Higher-Order Thinking Skills Theory and Practice Tg.
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Moon, J (2008). Critical Thinking An Exploration of Theory and Practice. London:Routledge
Ong, E. T., Wong, Y. T., Sopia, M. Y., Sadiah, B. Asmayati, Y. & Zahid, M.S. (2011). The Development and
Validation of Malaysian-Based Basic and Integrated Science Process Skills Inventory. Tg. Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Presseisen, B. Z. (Editor). (2008) Teaching For Intelligence 2
nd
Ed. Thousand Oak: Corwin Press
Suppiah, N., Kamarulzaman, K., Abd.Aziz, A. S., Ramlah, J., Roslinda, M., & Hazalizah, H.
(2009).Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai