Anda di halaman 1dari 4

Tutorial Repair Windows Dengan Hiren Boot Cd....

pcburuk@gmail.com
O
c
t
o
b
e
r

2
5
,

2
0
1
0

Assalamualaikum..Semalam sempat repair 1 pc kawan, yang tidak dapat boot windows. Jam
11malam lebih telefon, tanya macam mana nak selesai. Banyak kerja nak buat. Sebenarnya, berbagai
tanggapan boleh diberikan berdasarkan masalah,mungkin sebab itu dan ini. Tapi apabila lihat sendiri
pc tersebut, saya kata jangan risau, Insya Allah boleh selesai, bagi saya tempoh 1 jam setengah.
Saya bagi jaminan sebab pernah buat kes begini..walau apapun..kena tawakkal kepada Allah
sambil kita berusaha dan jaminan saya, data penting tidak akan hilang. Masalahnya seperti ini.
Mungkin ada yang pernah lihat. Ada sesetengah orang berkata, format saja selesai masalah. Bagi
saya format tu jalan terakhir. Selagi boleh repair, cuba repair dan selamatkan data.
Berdasarkan carian Google.com, banyak cara boleh digunakan untuk repair masalah ni. Tapi
saya nak kongsi cara nak repair mengunakan HirenBoot cd tanpa menjejaskan windows asal dan data
penting.







Tutorial Repair Windows Dengan Hiren Boot Cd....


pcburuk@gmail.com
O
c
t
o
b
e
r

2
5
,

2
0
1
0

1. Boot komputer menggunakan hiren boot cd dan pilih Mini Windows Xp. Cara nak boot dari
cd sudah diterangkan pada tutorial yan lepas.











2. Biar windows loading dan paparan berikut akan kelihatan. Klik ikon Command prompt di
desktop.


Tutorial Repair Windows Dengan Hiren Boot Cd....


pcburuk@gmail.com
O
c
t
o
b
e
r

2
5
,

2
0
1
0

3. Paparan berikut akan kelihatan. Pada command prompt asalnya X:\ . X ialah ram drive.
Jadi tapi X:\>chkdsk /r c: dan enter. (taip yang tulisan merah saja). Yang di bawah ni ialah
fail yang dibaiki oleh windows. Tunggu sahaja hingga habis.


4. Tunggu hingga selesai stage 5 of 5, dan paparan berikut akan kelihatan. Dari sini pengguna
boleh melihat proses repair fail windows. Tapi tidak boleh senyum dulu....




Tutorial Repair Windows Dengan Hiren Boot Cd....


pcburuk@gmail.com
O
c
t
o
b
e
r

2
5
,

2
0
1
0

5. Keluarkan Hiren Boot CD dan restart windows..saat yang mendebarkan sama ada repair tadi
berjaya atau tidak. Alhamdulilah..berjaya dan data serta program semuanya masih selamat.


Disusun oleh :
pcburuk@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai