Anda di halaman 1dari 18

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN JANUARI 2012

KOD KURSUS HBHE 1203

TAJUK KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: ROSLEE BIN RAHMAN : 690811125845001 : 690811-12-5845 : 019-8510180 : leesuhana8069@gmail.com : SANDAKAN LEARNING CENTRE

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

ISI KANDUNGAN
Halaman

1. TUGASAN 1.1 Pengenalan Bahan Bantu Mengajar 1.2 Kategori Atau Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) 1.3 Ciri-Ciri Alat Bantu Mengajar Yang Baik Dan Bermutu 1.4 Kepentingan Dan Kelebihan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 1.5 Faktor Yang Perlu Di Ambil Kira Sebelum Menghasilkan Sesuatu Alat Bantu Mengajar 1.6 Kesimpulan 16 13 2 5 6 10

2. RUJUKAN

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGENALAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambargambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM)

bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan jenis rangsangan perkataan bercetak, pemilihan BBM yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis. Selepas membuat pemilihan BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.

Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk Cone of Experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.

Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru dan murid berjalan dengan baik. David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan
4

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KATEGORI ATAU JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan alat pandang-dengar.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik media bukan elektronik.

Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software hardware

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman maujud (realia) dan sebagainya. saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

CIRI-CIRI ALAT BANTU MENGAJAR YANG BAIK DAN BERMUTU

Bahan Bantu Mengajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual yang berkualiti juga akan turut menyemai nilai-nilai estetika dikalangan pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin yang positif kepada mereka. Selain daripada itu juga, Bahan Bantu Mengajar yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Sesuai Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran c) Keadaan pelajar d) Suasana pembelajaran e) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan.
7

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. Mencabar Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut : a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak. b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks. c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu. d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif) e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif) f) Bahan yang umum kepada teori. g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pendidikan kesihatan adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar. b) Susunan bahan c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat. d) Maklumat yang kemaskini e) Perbendaharaan kata yang sesuai f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik i. Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep. ii. iii. Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman. iv. v. Kualiti kulit dan cara buku dijilid Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudah Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal, sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

6. Praktikal Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

7. Mudah alih Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana dan tidak terlalu berat atau besar.

10

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM) DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya dapat memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran.

Salah satu daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid lain sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.

Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan BBM ini juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua murid kerana mereka tidak
11

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah talk and chalk.

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: memberi rangsangan dan minat murid-muird. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: menjimatkan masa dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
12

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

menyeronokkan murid-murid.

Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas perguruan.

13

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

FAKTOR YANG PERLU DI AMBIL KIRA SEBELUM MENGHASILKAN SESUATU ALAT BANTU MENGAJAR

Kunci kualiti sesuatu Alat Bantu Mengajar terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM) ini hampir sama bagi semua jenis Alat Bantu Mengajar. Oleh itu, proses penyediaan ABM haruslah mengambil kira faktor-faktor seperti :-

I.

Pecetus idea. Idea yang tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya. Paling penting, idea yang dihasilkan adalah salah satu usaha membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran mereka.

II.

Objektif Pengajaran ABM yang dihasilkan haruslah dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan oleh guru di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

III.

Kebolehan pelajar Analisis kebolehan pelajar juga diperlukan sebelum menyediakan ABM seperti :Latar belakang Pengetahuan sedia ada Kadar pembelajaran Kemahiran asas Kebolehan bertutur Sikap dan gaya pembelajaran. Analisis pelajar ini akan mempengaruhi penggunaan ABM dimana ia akan dapat

memperlihatkan perkembangan pengajaran, kepantasan pengajaran, cara dan tahap penglibatan pelajar.

IV.

Kumpul dan susun bahan

14

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Guru harus mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan ABM. Guru juga perlu mengumpul maklumat secara menyeluruh kandungan isi

pelajaran yang hendak disampaikan.

V.

Tukarkan idea ke dalam bentuk visual Setelah mengumpul semua maklumat, sumber dan bahan yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu ABM. Idea ini akan ditukarkan dalam bentuk visual yang mengandungi elemen-elemen grafik yang menunjukkan garisan, ruang, bentuk tiga dimensi (3D), bentuk dua dimensi (2D) atau permukaan. Selain itu prinsip-prisip asas rekaan ABM juga diambilkira seperti simplisiti, dominan, pola , seimbang, variasai dan harmoni.

VI.

Penglibatan pelajar Penghasilan ABM perlulah melibatkan faktor penglibatan pelajar secara aktif. Ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan penggunaan ABM secara maksimum. ABM yang akan dihasilkan juga perlu mempunyai kesesuaian dengan kaedah pengajaran yang dipilih supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar itu sendiri.

VII.

Semak perancangan Sebelum sesuatu ABM dihasilkan, peringkat semakan perancangan perlu dilakukan. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan iaitu:Adakah ia membantu pencapaian objektif ? Adakah ia menunjukkan kesinambungan ? Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan dikalangan pelajar ? Adakah ia berfokus kepada idea utama ? Adakah ideanya jelas ? Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan ?

VIII.

Penerbitan Proses penerbitan atau penghasilan ABM juga perlu mengambil kira faktor praktikal seperti :15

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Adakah sumber dan bahan mudah diperolehi ? Adakah ABM yang akan dihasilkan mudah digunakan ?

16

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KESIMPULAN

Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Bahan bantu mengajar (BBM) memudahkan para guru memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai. Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi bahan bantu mengajar (BBM) tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

( 2,661 patah perkataan )


17

HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

RUJUKAN

HBHA1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Prof. Dr Ansary Ahmed. (2007). Meteor Doc Sdn. Bhd. Selangor.

Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1) m.s. 22 26.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 15.

Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men. Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM Dale, E. (1969). Audio Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and Winston.

Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM.

Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

Anda mungkin juga menyukai