Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Boneka merupakan benda atau barang yang menyerupai patung.

Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan atau di kelas prasekolah yang dijadikan sebagai bahan bantu belajar untuk guru dan murid. Boneka juga boleh dijadikan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan.

Perkataan boneka berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. ketika itu boneka yang dihasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka sebagai gentian korban manusia. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.

DEFINISI BONEKA Boneka merupakan sebagai sebarang, benda atau objek yang digerak, dan dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita yang

berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

JENIS-JENIS BONEKA

Sarung tangan/ jari

Boneka lidi

Shadow puppet

Boneka tangan

Boneka Bertali

JENIS - JENIS BONEKA

Boneka Sarung Tangan/ Jari

Rajah 1: Boneka Sarung Tangan/Jari Boneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasa menggunakan jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan watak. Manakala setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Misalnya jika tema keluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari hantu boneka abang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka adik. Boneka jari ini juga dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini boleh dihasilkan daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya dan saiznya sesuai dengan jari kanak-kanak. Boneka Lidi

Rajah 2 : Boneka Lidi

Boneka lidi diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudia lidi panjang diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagi

menggerakkannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal,, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,, kad manila, plastik lutsinar atau kertas biasa kemudian dilaminatekan ia. Boneka ini sangat senang dihasilkan dan kanak-kanak sendiri boleh lakukan di mana guru hanya memberi template boneka, contohnya kaum-kaum di Malaysia. Setelah siap mereka gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan menggunakan boneka itu bersama-sama temannya. Shadow Puppets

Rajah 3: Shadow Puppets Shadow Puppets amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya wayang kulit. Watak-watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot sesebuah cerita

Boneka Bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper macheplaster-of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon. Talitali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Tali yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastic supaya pergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan ditarik-tarik untuk menggerakkan anggota badan boneka. Boneka jenis ini sesuai digunakan untuk watak seperti berlari, terbang, menggelongsor dan melompat. Boneka Tangan

Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan selalu juga digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak prasekolah kerana ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh

dijadikan boneka tangan adalah stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul surat, kotak dan sebagainya.

PENGGUNAAN BONEKA DALAM KELAS PRASEKOLAH Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah. Ianya boleh digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesej bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaan boneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian

penganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk kanak-kanak yang terganggu emosi. Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dimana mereka dapat mewujudkan emosi marah, sedih, gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapat menggabungkan kemahiran berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini amat penting diterapkan dalam diri murid kerana ianya sangat membantu murid mencapai kemahiran sosial yang positif dan bahasa yang digunakan akan lebih tersusun kreatif dan memperluaskan diksinya. Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan lebih sempurna kerana pendekatannya yang menarik dan sememangnya mudah difahami oleh murid sekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.

Disamping itu, penggunaan boneka dalam pembelajaran juga dapat melahirkan individu yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaan boneka yang pelbagai. Bukan sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malah murid juga boleh diminta menghasilkan boneka sendiri mengikut kreativiti masingmasing. KAEDAH PERSEMBAHAN BONEKA

Persekitaran

Pentas Kerusi Pentas Rentang

Pentas Persembahan KAEDAH PERSEMBAHAN BONEKA Susun atur

Pentas Tingkap

Pentas Meja Pentas Berlipat

Pentas Tanpa Pentas

Teknik Penyampaian

KESIMPULAN Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak

menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendeharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik. Membentuk mengutamakan dan membuat boneka merupakan satu bidang yang

penguasaan

kemahiran

serta

penyesuaian

watak-wataknya.

Perancangan rapid an mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Justeru itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan kreativiti yang lebih positf dan tidak terhalang

Anda mungkin juga menyukai