Anda di halaman 1dari 3

Open University Malaysia

HBEF 2803

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
(T2A3 JURNAL REFLEKTIF)

NAMA

NORHANATI BINTI AHKOP

NO. MATRIKULASI :

770409136060001

NO. KAD PENGENALAN :

770409-13-6060

NO. TELEFON

014-5927105

E-MEL

ngahanati@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN:

770409136060001

PPT04 MIRI

Open University Malaysia


HBEF 2803

JURNAL REFLEKTIF (T2A3)


Berdasarkan kedua-dua ceramah yang disampaikan secara maya, terdapat beberapa aspek
penting telah dapat dikesan yang pastinya berkisar dan berkaitan dengan profesion keguruan.
Secara realitinya, profesion keguruan merupakan kerjaya yang berasaskan ilmu pengetahuan. Hal
ini kerana ilmu pengetahuan adalah asas bagi membina kebijaksanaan, ketrampilan dan
kewibawaan seseorang guru supaya menjadi pendidik yang berwawasan, seterusnya dapat
membawa perubahan dalam sistem pendidikan di negara ini dengan lebih dinamik. Sebagai guru
pada masa kini adalah menjadi tanggungjawab

kita

untuk meningkatkan profesinalime

keguruan dengan pelbagai inisiatif untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan membuat
perubahan dalam dunia pendidikan agar menjadi guru yang berkesan dan berprestasi tinggi.
Dengan demikian, kita bukan saja memartabatkan profesion keguruan itu sendiri, malahan dapat
membantu meningkatkan potensi murid dengan lebih tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai guru pada masa kini yang berhadapan dengan pelbagai
cabaran, terutama dengan murid yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, sewajarnya saya
harus membuka mata dan minda saya agar tidak hanya duduk diam dan berpeluk tubuh tanpa
membuat sebarang perubahan. Peluang yang ditawarkan seperti mengikuti program
pensiswazahan, menghadiri dialog prestasi dan kursus-kursus yang berkenaan, dan membuat
kajian tindakan akan saya rebut supaya saya boleh meningkatkan profesionalime keguruan. Saya
sedar bahawa kemajuan dan kemenjadian murid yang saya didik adalah bergantung kepada
kemajuan saya sendiri.
Bagi saya ceramah yang pertama sangat berguna sehingga meninggalkan kesan yang
positif kepada diri saya. Hal

ini kerana ceramah tersebut telah memotivasikan saya serta

memberi suntikan semangat yang tinggi kepada saya untuk meningkatkan lagi kemahiran dan
ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan ini. Sebagai pendidik yang telah diamanahkan, rasa
kebertanggungjawaban untuk mencorakkan masa depan anak didik saya semakin menebal.
Disebabkan itu saya sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dan mengubah tanggapan
negatif saya terhadap anak didik saya yang saya anggap ada di antaranya sukar untuk dididik.
Ceramah kedua pula bagi saya adalah kesinambungan daripada ceramah yang pertama.
Program Pensiswazahan Guru yang ditawarkan antaranya adalah untuk membantu para guru
meningkatkan taraf pendidikan dan taraf hidup guru lebih terjamin. Sebagai warga guru pada
770409136060001

Open University Malaysia


HBEF 2803

masa kini sangat

bersyukur dan saya antara puluhan ribu guru di Negara ini turut tidak

melepaskan peluang tersebut. Tambahan lagi saya sedar bahawa tiada kementerian atau jabatan
lain yang sanggup membiayai kaki tangannya melanjutkan pelajaran demi meningkatkan gred
jawatan secara percuma kecuali Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apa yang lebih penting ialah melalui Program Pensiswazahan Guru ini saya mendapat
faedah seperti yang disebutkan dalam tugasan T2A2, terutama focus kepada faedah
meningkatkan ilmu dan kemahiran. Sejujurnya saya akui, semenjak saya mengikuti program
tersebut, sedikit sebanyak saya telah dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran saya terutama
dalam perancangan serta persediaan pengajaran saya. Ilmu pengetahuan pedagogi saya juga
semakin meningkat. Saya juga berusaha mendalami dan menyelidik latar belakang anak-anak
didik berkaitan dengan pencapian mereka dalam akademik, khasnya. Malahan, saya juga
semakin mahir memilih kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran
murid saya sesuai dengan latar belakang mereka. Begitu juga dengan kemahiran menggunakan
alat-alat teknologi maklumat.
Sebagai kesimpulan,

kedua-dua ceramah tersebut memberikan impak yang positif

kepada diri saya. Melalui ceramah tersebut menyedarkan saya bahawa sebagai guru yang terlatih
belum pasti memungkinkan saya menjadi guru yang benar-benar berkesan sekiranya saya tidak
melahirkan anak didik yang berjaya seiring dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahukan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sudah tiba
masanya saya perlu membuat transformasi dalam dunia pendidikan seiring juga dengan
peredaran masa kini yang semakin mencabar dan terdedah dengan dunia globalisi. Program
Pensiswazahan Guru juga membuatkan saya sentiasa menambah ilmu agar tidak ketinggalan,
malah sentiasa membuatkan saya memperbaiki kekurangan diri agar setanding dengan guru-guru
lain yang berprestasi tinggi.

770409136060001

Anda mungkin juga menyukai