Anda di halaman 1dari 3

Thursday, October 11, 2007

Karangan Obesiti...Cara-cara menjaga kesihatan

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat.
Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.
Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk
menjaga kesihatan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap
kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin
baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan
mereka. Malah, ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan
produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan
untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang
sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet
yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang
betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma,
kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang
kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza
mengikut pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk
menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat
tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi
perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit

berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit
berjangkit seperti taun.

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu
sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut
meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik
yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut
mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering
dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan
masyarakat moden terutama di negara ini.

Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor
setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika
seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini
menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang
sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang
seseorang itu menderita dengan lebih teruk.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya


dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan
belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi.
Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak
ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri
manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa
wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti)


Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?
Faktor risiko obesiti adalah:

Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan
berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat
pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan
lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar
metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing
apabila wanita mencapai menopause.

Faktor keturunan.

Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang
sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau
mempunyai ketidak stabilan emosi.

Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit
hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan
berlebihan.

Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang
kepada obesiti.

Anda mungkin juga menyukai