Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan
Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar
daripada kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik
menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa
terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi,
dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada
disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan
perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk
wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.
Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang
digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat
berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan
dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi
secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara
penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana
terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang
mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan
suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah,
baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan.
Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan
bahasa. Selain itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu
kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana
menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai
pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren. Wacana
juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau
tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.
Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan
masyarakat sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal
ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya
menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya
bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa )
dalam pertuturan.
1

Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika
tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah
ayat tanya. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti
hubungan hasil bacaan dengan pembaca. Ciri wacana yang seterusnya ialah
berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana lisan adalah perkaitan
antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara
penulis dengan pembaca. Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan
dalam wacana. Contohnya : Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur
hingga jam 9.00 pagi.
Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab,
akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai
urutan yang berkait rapat. Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur
penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan
penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan koherens
( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu
diulang.
Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam
wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.
Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya,
andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis. Wacana hendaklah ada
maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak
boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah bersifat
kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata

Anda mungkin juga menyukai