Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Al-Quran merupakan suatu kitab yang suci yang mana ianya diturunkan oleh Allah Taala
menjadi panduan serta pedoman kepada sekalian umat manusia. Segala yang terkandung di
dalamnya adalah merangkumi serta menepati aspek kehidupan yang diperlukan bagi seseorang
manusia secara fitrahnya. Ia juga merupakan sandaran dan juga perundangan umat islam
sepanjang zaman. Oleh sebab itu, kitab suci Al-Quran perlulan dihayati, difahami maksud
kandungannya, serta dibacanya pada setiap hari. Selain itu ianya amat perlu di amalkan dalam
seluruh aspek kehidupan, dijadikan rujukan serta panduan bagi memastikan perjalanan hidup
seseorang muslim dan muslimah itu berada pada landasan yang sebenar dan menepati syariat
islam yang diredhai Allah Taala.
Masyarakat islam pada masa kini berada dalam suatu cabaran di dalam menghadapi
pelbagai isu keruntuhan akhlak serta kehilangan pedoman sebagai seorang muslim sejati. Oleh
kerana itu, hanya pendidikan yang bertunjangkan serta berteraskan ajaran Al-Quran sahaja yang
mampu memulihkan segala permasalahan isu yang melanda umat islam keseluruhannya.
Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari
al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa
beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan
yang ummi itulah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima al-Quran dari Malaikat Jibrail
dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya alQuran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk
menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi
kandungannya.

Pendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa,


masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang
bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan
masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15).
Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri
kepada Allah. S.W.T.

Pengertian Hafazan
Pengertian hafazan diambil dari perkataan hafaz yang bererti sudah masuk betul
ingatan, dapat mengucapkan pelajaran ( ayat al-Quran dan lain-lain ) dengan ingatan sematamata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya..Hafazan adalah proses yang digunakan untuk
menyimpan pengetahuan. Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja,
malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain yang dapat
menterjemahkan perkataan hafaz atau ( hifz ) dalam Bahasa Arab.

Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara. Justeru, orang yang
menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya
di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Firman Allah SWT
dalam surah Al-Isra ayat 9: Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan
yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal
soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang
membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan
itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, lam, Mim itu satu huruf,
tetapi Alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf. ( Riwayat Ibnu Masud ).

2.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran

Pusat tahfiz Al-Quran As-Solihin telah ditubuhkan pada Januari 2002 yang dikelolakan
oleh Badan Kebajikan dan Pendidikan As-Solihin. Ianya tidak dinaungi oleh mana-mana pihak
yang ada kaitannya dengan mana-mana badan siasah Negara.
Matlamat utama penubuhan Badan Kebajikan dan Pendidikan As-Solihin ini bukanlah bertujuan
untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana-mana pertubuhan yang lain tetapi lebih kepada
Amar Makruf Nahi Mungkar atau mengajak kepada kebaikan menegah daripada melakukan
kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman dan Taqwa. Dengan itu ianya
menetapkan bahawa Maahad Tahfiz ini bukanlah milik individu tertentu atau pertubuhan tertentu
tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim setempat sebagai perlaksanaan fardhu
kifayah.
Disamping itu penubuhan Maahad Tahfiz ini dapat mengimarahkan masjid dan surau
surau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran berhalaqah
setiap hari terutama dalam bulanbulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat
mengambil faedah kerohanian apabila mereka bersama-sama mengambil bahagian bersama
pelajar tersebut. Pusat Tahfiz Al-Quran ini juga beroperasi sepenuh masa untuk pelajar lelaki
sahaja.

Lokasi Pusat Tahfiz Al-Quran ini terletak bersebelahan dengan Taman Seri Merlimau,
Melaka dimana tanah seluas 1 ekar ini telah diwakafkan oleh Puan Miah bte Jani. Ianya juga
telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Yusof bin Mat Yatim iaitu bekas Ketua Jabatan Institut
Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM). Dari segi pengajian, selain dari pembelajaran
tahfiz, fardu ain dan bahasa, Pusat tahfiz ini juga ada menyediakan kemudahan asrama untuk
pelajar seperti surau (musalla), kantin dan padang untuk beriadah. Ianya adalah bertujuan untuk
memberi keselesaan kepada pelajar. Di samping itu juga dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang
sihat seperti bersukan. Di pusat Tahfiz ini terdapat 12 orang tenaga pengajar lelaki dan 2 orang
guru wanita.

Objektif pusat Tahfiz Al-Quran ini termasuklah meningkatkan usaha untuk melahirkan
para huffaz yang menguasai hafalan Al-Quran dalam usia yang masih muda dan menjadikan AlQuran sebagai sumber rujukan sepanjang pengajian mereka. Di samping dapat menyediakan
tokoh ilmuan yang berwibawa dan mempunyai asas ilmu yang berteraskan Al-Quran bagi
menerajui kepimpinan masyarakat dan negara, mengukuhkan keperibadian remaja islam dengan
menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup agar mereka mampu membendung keruntuhan
akhlak dikalangan remaja yang kian parah akhir-akhir ini serta mendidik dan menghiasi anakanak dengan Al- Quran bermula dari awal usia lagi dan melahirkan para pelajar yang berilmu,
beriman dan bertaqwa.

Antara syarat kemasukan ke pusat tahfiz ini adalah pelajar lelaki

mestilah berumur 9 tahun ke atas, boleh membaca Al-Quran, berminat dan mampu untuk
menghafaz Al-Quran serta bersanggupan untuk menetap di asrama dengan kemudahan yang
amat terhad.

2.2 Sistem Pengajian

Pengajian madrasah ini terbahagi kepada dua bidang iaitu: pengajian dan penghafalan AlQuran dan, pengajian islam dan fardhu ain. Sumber kewangan institusi ini sepenuhnya adalah
tanggungjawab ahli majlis Syura yang telah dilantik. Mereka bertanggungjawab dalam mengutip
bayaran daripada pelajar sebanyak RM 180 sebulan. Sistem pengajian islam dan fardhu ain di
sini menggunakan buku-buku yang diterbitkan dan digunakan di Maahad Al-Azhar. Antaranya
termasuklah pelajaran Akidah, Feqah, Tauhid, Jawi, Hadis, Bahasa Arab dan sebaginya.
Jangkamasa pengajian di madrasah ini ialah selama 3 tahun.

Walaubagaimana pun pihak madrasah sentiasa merekodkan prestasi setiap pelajar dari
masa ke semasa. Hanya pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi dan mengutamakan
disiplin sahaja yang akan dipertimbangkan untuk meneruskan pengajian di madrasah ini hingga
tamat ke semester akhir. Setakat ini hanya 50 orang pelajar sahaja dihadkan di Pusat Tahfis AsSolihin ini. Calon calon pelajar terbuka kepada semua anak negeri di Malaysia yang memenuhi
syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan. Antaranya seperti seorang pelajar lelaki dan
perempuan yang berumur antara 9 hingga 18 tahun, Hanya calon yang benar-benar berminat dan

mempunyai kesungguhan yang tinggi sahaja dipertimbangkan untuk diterima dan calon
hendaklah lulus temuduga seperti yang telah ditetapkan oleh pihak madrasah.
Instutut Al-Quran As-Solihin telah merangka sistem pembelajaran mereka sendiri bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam hafazan al-Quran. Diantara sistem
pembelajaran yang digunakan di sini ini ialahdengan mengadakan Kelas Tasmi, Kelas
Pembelajaran dan Kelas Iadah.
Kelas Tasmi
Kelas Tasmi Al-Quran adalah merupakan kelas wajib bagi setiap pelajar As-Solihin di sini
menghadirkan diri di dalam kelas tersebut. Kelas tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00
pagi iaitu sebanyak 5 kali seminggu iaitu bermula hari Isnin hingga hari Jumaat. Kelas Tasmi alQuran iaitu para pelajar yang telah menghafaz ayat al-Quran sekurang-kurangnya dua muka
memperdengarkan bacaannya secara hafazan di hadapan Guru Tasmi(guru hafiz) bagi pelajar
lelaki dan Guru hafizah bagi pelajar perempuan. Setiap bacaan yang telah diperdengarkan
bacaannya, guru hafiz dan hafizah tersebut akan merekodkan di dalam buku rekod hafazan
berdasarkan apa yang telah dibaca secara hafazan oleh pelajar tersebut.Kelas tasmi al-Quran ini
dikendalikan oleh seorang guru. Guru hafiz atau hafizah tersebut pula akan mengandalikan lebih
kurang 10 hingga 12 orang pelajar.

Kelas Iadah
Al-Quran merupakan kelas ulangan hafazan ayat al-Quran yang telah dibaca secara hafazan di
hadapan guru hafiz atau hafizah. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.
Kelas ini sepertimana kelas tasmi al-Quran , di mana para pelajar wajib menghafaz lebih kurang
satu maqra atau lebih untuk membaca di hadapan guru. Dan bacaan ulangan hafazan tersebut
akan direkodkan di dalam buku ulangan hafazan al-Quran.

2.2.3 Sistem Hafazan Yang Diterapkan di

Sistem hafazan yang digunakan di sini adalah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh
pihak pentadbir tahfiz ini. Kebiasaannya, kelas akan dimulakan dengan tazkirah oleh tenaga
pengajar yang telah ditugaskan berkaitan dengan adab-adab dengan al-Quran. Biasanya ia
dilakukan sebelum waktu tasmik sebagai peringatan kepadapara pelajar agar menjaga adab-adab
dengan al-Quran untuk memudahkan hafazan.Buku Tibyan digunakan sebagai modul tazkirah.
Ini kerana kebanyakan pelajar tidak tahu adab dengan al-Quran seperti meletak al-Quran di
tempat yang rendah, tidak menutup al-Quran ketika berbual-bual. Berdoa sebelum menghafaz alQuran adalah menjadi rutin bagi pelajar di pusat tahfiz disini. Walau bagaimanapun, solat sunat
hifzi adalah terpulang kepada individu untuk melakukannya.

Aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan hafazan di antara para pelajar sesama
mereka ialah dengan sentiasa memberikan nasihat sesama mereka terutama kepada adik-adik
yang baru menghafaz. Di samping itu, para pelajar di sini ada mengamalkan membaca surahsurah tertentu sebagai amalan iaitu antaranya surah ar-Rahman, Kahfi, Yaasin, Sajdah dan adDukhan dengan selalu membacanya dan menjadikannya sebagai wirid harian. Begitu juga
dengan bacaan Mathsurat, para pelajar sentiasa membacanya secara beramai-ramai sesama
mereka. Solat tahajjud juga dilaksanakan tetapi secara individu.

Kaedah Mendengar Kaset-kaset Rakaman

Selain daripada kaedah di atas, pelajar pusat Tahfiz al-Quran ini juga turut menggunakan
kaedah hafazan melalui kaedah mendengar kaset-kaset rakaman. Kaedah ini adalah bergantung
kepada individu itu sendiri dan tiada paksaan oleh tenaga pengajar. Mendengar bacaan dari
seorang hafiz al-Quran yang digemari dapat memberi semangat kepada seseorang yang ingin
mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan dengan mendengar kaset-kaset rakaman, radio
ataupun compact disk al-Quran. Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak,
seseorang hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang diperdengarkan dengan
memerhatikan hukum-hukum tajwidnya, ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya.
(Ustaz Mohammad Farid Bin Kamal, 7 Jun 2012).

Kaedah ini tidak digunakan oleh oleh pelajar di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz kerana
kebanyakan daripada mereka tinggal di luar kawasan sekolah. Oleh itu, guru tidak dapat
mengenalpasti cara khusus yang digunakan oleh pelajar tersebut dalam hafazan Al-Quran.
Selain itu, hafazan bersama orang lain juga merupakan cara popular yang digunakan oleh para
ulama zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi seorang
hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran lebih mudah dikekalkan. Malah
pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang di antara
mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut.

Kaedah Tasmi

Kaedah tasmi ini adalah sangat sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan Al-Quran.
Namun kaedah ini juga boleh dipraktikkan dalam kemahiran bacaan Al- Quran untuk menguji
bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca Al- Quran. Dalam kaedah ini,
pelajar akan diminta membaca surah surah yang di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru
akan memperbetulkannya. Selepas itu, guru akan bertanya tentang hukum- hukum atau tajwid
dan maksud tanda tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara
sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau
individu secara bergilir-gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring.

Temubual telah dilakukan ke atas seorang pelajar di Pusat Tahfiz As-Solihin yang
berpendapat bahawa terdapat beberapa kekuatan dan kelebihan yang pelajar perolehi daripada
kaedah ini. Antaranya seperti, guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat secara
individu. Disamping itu juga guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan dalam
bacaan mereka. Melalui kaedah ini juga seseorang guru itu dapat mengenalpasti tahap kebolehan
sebenar pelajar tersebut. Seterusnya guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid pada
peringkat awal dan guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan baik dari segi bacaan mengikut
hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan yang betul. Cara yang dilakukan ialah murid

akan dibahagikan kepada kumpulan kecil dan seorang murid membaca seterusnya murid lain
mendengar dan membetulkan bacaan yang salah.

Kaedah ini juga boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Sekiranya guru sedang mentasmik salah seorang murid, guru hendaklah menyediakan
lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk mengelakkan daripada berlakunya
kebisingan. Antara contohnya lembaran kerja yang boleh diberikan ialah mencantumkan huruf.
Bagi mengukuhkan ingatan, guru boleh meminta pelajarnya menulis ayat-ayat (kaedah imlai)
yang telah mereka hafaz. Kaedah imlai ini digunapakai oleh pelajar Pusat Tahfiz As-Solihin. Ini
bergantung kepada individu itu sendiri, tiada paksaan dari tenaga pengajar (Ustaz Shahrul Azroy
Bin Zali). Walau bagaimanapun terdapat juga kelemahan dan kekurangan pada kaedah ini. Di
mana ketika guru sedang mendengar bacaan ayat hafazan daripada seorang pelajar, maka pelajarpelajar yang lain tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam pembacaan mereka.

Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan. Biasanya ianya


dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam. Jika pelajar dikehendaki mentasmik pada
keesokan harinya, maka mereka akan menghafaz ayat-ayat yang perlu ditasmik pada keesokan
harinya pada dua atau tiga malam sebelumnya. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat
mengingati hafazan dengan baik dan tidak tergesa-gesa atau kelam kabut. Secara keseluruhannya
sistem yang diterapkan di sini ini adalah untuk meningkatkan daya hafazan atau daya ingatan
para pelajarnya dan mendorong mereka untuk sentiasa mengulang-ulang hafazan. (Ustaz
Muhammad Fariz bin Razob, PT As-Solihin, 7 Jun 2012).

Kaedah Tikrar atau Ulangan

Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali.
Kaedah atau teknik ini akan dilakukan selepas murid selesai menghafaz suatu surah. Pelajar di
kedua-dua institusi ini akan melakukan pengulangan secara berturutan dan berulangkali bagi
menjadikan hafazan mereka mendatangkan kesan yang lebih baik. Bagi pelajar di sini mereka
akan melakukan pengulangan hafazan surah dalam masa seminggu. Dimana pengulangan semula
setiap muka atau halaman yang baru dihafal sebanyak 5 kali, kemudian hafalan semalam 5 kali,

dua harin lepas 4 kali, tiga hari lepas 3 kali, empat hari lepas 2 kali, lima hari lepas 1 kali. Pada
hari keenam ulang semua halaman 1 kali.

Tiqrar bermakna mengulang-ulang. Maksud keadah Taqrir atau mengulang-ulang ini


juga ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz al-Quran untuk mengekal dan
mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalan hafazan tersebut supaya tidak
lupa atau hilang dari ingatan. Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan
daya ingatan mereka masing-masing. Bagi seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat, masa
yang digunakan untuk mengulang adalah sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai
ingatan yang lemah. Keadah mengulang-ulang bacaan al-Quran, terdapat dua bahagian iaitu
mengulangi hafazan yang masih baru dan mengulangi hafazan yang telah lama diperolehi. (Ustaz
Muhammad Fariz bin Razob, 7 Jun 2012).

Berhubung kaedah tikrar ini juga, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang
bermaksud: Rasulullah s.a.w suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga
mereka mendapat fahaman yang sebenar.Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu
dilakukan supaya ia berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah
r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali
apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh
Rasulullah s.a.w diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya. Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah
dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan lupa
memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam di
sekolah, kaedah ini turut juga boleh digunakan dalam mata pelajaran tilawah Al-Quran. Dimana
guru boleh meminta muridnya mengulang bacaan secara latihtubi bagi menguatkan daya hafazan
mereka. di samping guru boleh membetulkan bacaan murid.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 5

Matapelajaran

: Pendidikan Islam

Kelas

: 5 Arif

Tarikh

:1 Oktober 2014

Masa

: 7.30- 8.30pagi ( 1 Jam)

Bilangan Murid

: 28orang

Bidang

: Asuhan Tilawah Al-Quran

Tajuk

: Membaca dan menghafaz surah As-syarah (ayat 1 - 8)

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Aras 1
Menyebut potongan ayat daripada surah As-syarah
Membaca dan menghafaz potongan ayat daripada surah As-syarah dengan bacaan yang betul.
Aras 2
Membaca dan menghafaz potongan ayat daripada surah As-syarah dengan bacaan yang betul dan
bertajwid.
Sentiasa membaca ayat Al-Quran dengan bacaan yang betul
Aras 3
Membaca dan menghafaz potongan ayat daripada surah As-syarah secara bacaan tadwir dengan fasih
dan bertajwid.
Mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan fasih dan bertajwid

Bahan bantu mengajar

komputer riba

carta ayat

kad potongan ayat

Aktiviti Pengajaran

Langkah / masa
Permulaan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Guru dan murid membaca doa bersama-sama

( 2 minit )

Bacaan doa
penerang hati

Set induksi
( 5 minit )

Catatan

Guru

Bahan bantu

Guru menerangkan pada hari ini murid akan meneka nama surah yang mengajar (BBM)
diperdengarkan.

Komputer riba

Guru memperdengarkan bacaan surah alfatihah sebagai contoh dan


meminta murid menekanya.
Guru memperdengarkan beberapa contoh bacaan surah dan meminta
murid meneka nama surah.
Guru memperdengarkan bacaan surah as syarah dan meminta murid
meneka nama surah
Guru mengaitkan nama surah dengan isi pelajaran pada hari ini.
Murid
Murid memberi tindak balas terhadap soalan guru.
Murid mendengar bacaan surah yang diperdengarkan
Murid meneka nama surah yang diperdengarkan.

Langkah 1

Guru

(perkembangan) Guru mempamerkan potongan ayat yang pertama


10 minit

Guru membaca dan murid mendengar bacaan guru.


Guru meminta murid membaca berulang kali secara kelas, kumpulan dan

BBM
Potongan ayat
surah As-Syarah

individu
Guru mengulang kaedah yang sama sehingga ayat yang keempat dengan
membuat pengulangan ayat-ayat yang telah dibaca.
Guru meminta murid mengulang bacaan yang lengkap ayat 1 -4 secara

Kaedah
Talaqi
musyafahah

berulang kali secara kelas, kumpulan dan individu

Latih tubi

Murid
Murid mendengan bacaan guru
Murid mengikut bacaan guru secara kelas
Murid membaca mengikut kumpulan
Beberapa orang murid dipilih membaca potongan ayat .
Murid akan mengulang bacaan ayat pertama dan kedua
Murid akan mengulang bacaan ayat pertama, kedua dan ketiga
Murid akan mengulang bacaan ayat pertama,kedua,ketiga dan keempat.
murid mengulang bacaan yang lengkap ayat 1 -4 secara berulang kali
secara kelas, kumpulan dan individu
Langkah 2

Guru

(pengukuhan) guru mengedarkan kad kalimah kepada setiap kumpulan

BBM
Kad kalimah

( 10 minit ) guru meminta murid menyusun kalimah menjadi ayat.


Guru meminta beberapa orang murid membaca berdasarkan potongan

Kaedah

kalimah yang telah disusun.


Murid
Murid bekerja menyusun kad kalimah menjadi ayat
Beberapa orang murid dari setiap kumpulan membaca kad kalimah yang
telah disusun.

Langkah 3

kerjasama

Guru

(pengukuhan ) Guru melantik seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk mendengar
( 10 minit )

Nilai

dan membimbing rakan sebaya untuk membaca


Guru meminta ketua kumpulan mencatatkan nama ahli kumpulan yang
berjaya membaca dan menghafal dengan betul.
Guru memberi pemulihan bacaan kepada murid-murid tidak boleh
menguasai bacaan yang telah dipelajari.

BBM
Kertas catatan
nama murid
yang boleh
menguasai
bacaan

Murid.
Murid membaca dengan bimbingan murid turus (ketua kumpulan)

Kaedah

Murid yang boleh membaca diminta membimbang rakan yang masih Bimbingan rakan
belum boleh membaca.

sebaya

http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/pislam_segambut/AnitaPendIslamthn5/
thn5quran1B.htm

Nilai
Bersungguhsungguh

Penutup

Guru menerangkan kelebihan membaca surah As-Syarah

(3 minit)

Guru mengingatkan agar murid-menyalin semula potongan ayat yang


telah dipelajari didalam buku tulis dan mengulangkaji bacaan dirumah.

BBM YANG DIGUNAKAN


SOALAN INTERAKTIF
CARTA AYAT

LEMBARAN KERJA

KAD KALIMAH

KESIMPULAN
Penggunaan sietem pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang terbaik adalah penting bagi
memastikan keberkesanan hafazan kepada para huffaz sedang mendalami ilmu al-Quran ini.
Sistem dan juga kaedah hafazan yang tidak teratur serta sistematik akan memberi impak yang
besar kepada pelajar dari segi daya ingatan dan juga keberkesanan di dalam menghafaz al-Quran.
Pengekalan hafazan merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam
ingatan. Bagi seorang hafiz, al-Quran adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia
menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Antara kaedah yang
boleh dipraktikkan mengekalkan hafazan ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz,
mengulang bersama orang lain, selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat dan menyertai
musabaqah.
Hasil daripada analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, maka dapatlah dirumuskan
bahawa, sistem yang paling baik dan memberikan kesan yang mendalam di dalam proses
menghafaz al-Quran adalah bimbingan yang diberikan oleh guru atau tenaga pengajar di
sesebuah institusi tahfiz tersebut melalui kaedah tasmi dan pengulangan. Hasil daripada
bimbingan dan juga tunjuk ajar yang diberikan oleh guru inilah yang akan mewujudkan satu
sistem pembelajaran yang sepatutnya diterapkan kepada para pelajar di sesebuah institusi tahfiz
tersebut. Selain itu, dapat juga dirumuskan bahawa kaedah mengulang bacaan dengan
memahami terlebih dahulu isi kandungan ayat yang hendak dihafaz adalah merupakan kaedah
yang paling berkesan di dalam proses menghafaz al-Quran. Selain mempunyai rangka jadual
persendirian serta dapat menetapkan masa menghafal tidak kurang dari 5/7 jam sehari sebagai
mana yang tetapkan oleh Pusat Tahfiz Al-Quran As-Solihin yang sangat menitik beratkan
tentang disiplin dalam mematuhi setiap jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.
(Jadual seperti pada Lampiran). Walau bagaimanpun, penjagaan makanan dan minuman juga
penting bagi menjaga kebersihan hati. Contohnya, elakkan daripada memakan makanan atau
minuman yang bersemut, elakkan juga daripada makanan yang masam, makanan yang bersedut
serta elakkan juga memakan kepala ikan dan bahagian ruang isi perut (tempat najis). Hal ini akan
menyebabkan seseorang penghafaz itu menjadi lemah daya ingatannya.

RUJUKAN:
1. Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Ketua Penyelidik). (2003). Penyelidikan Jangka
Pendek: Keberkesanan Kaedah Hafazan Di Pusat Tahfiz. Skudai: Research
Management Centre Universiti Teknologi Malaysia.
2. Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qari'ah. Selangor:
Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam:
Falsafah, Pedadogi dan Metodologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Al-Ahwany, Ahmad Fuad. (1983). al-Tarbiyah Fi al-Islam. Qaherah: Dar al-Ma'arif
alHalaby. al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1400H). Shahih al-Bukhari. Bayrut:
Dar Ihya alTurath al-Arabi.
4. Abdul Hafiz Bin Abdullah (2007). Jurnal Tahfiz Al-Quran Singapura, Kepelbagaian
Kaedah Hafazan Al-Quran Di Seluruh Dunia. Singapura: Darul Quran Masjid Kg
Siglap.
5. Norlita Binti Mohd Alias (2003). Kaedah Hafazan al-Quran: Satu Kajian Di Maahad
Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Addin, Tualang Sekah, Daerah Malim Nawar, Perak
Darul Ridzuan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
6. http://mitt-srit.blogspot.com/2012/02/objektif-sekolah-rendah-islam-at-tahfiz.htm
7. http://my.linkedin.com/pub/nor-hasrina-hasni/50/585/3b0l
8. http://pendislami.tripod.com/hafaz_al-quran.htm

LAMPIRAN : GAMBAR SEKITAR MAAHAD TAHFIZ, AIR MERAH MERSING

SLAID POWER POINT


MENU UTAMA

SLAID 2

SLAID 3

SLAID 4

SLAID 5

SLAID 6

SLAID 7

SLAID 8

SLAID 9

SLAID 10

Anda mungkin juga menyukai