Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah analisis anda terhadap kepimpinan Encik Saad sebagai guru besar SK Dusun?

Kepimpinan
yang teguh dan gagah menjadi tulang belakang kepada pembangunan sesebuah institusi
pendidikan. Sekolah yang diterajui oleh seorang guru besar sebagai pemimpin merupakan sebuah
elemen yang sangat penting. Ini adalah untuk memastikan kejayaan dan pencapaian
matlamat sekolah tersebut. Dalam konteks pendidikan, Kim dan Maubourgne (1992)
mendefinisikan kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan
keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia untuk mencapai sesuatu
matlamat. Oleh itu, analisis yang dilaksanakan adalah difokuskan kepada tugas serta
tanggungjawab En Saad sebagai pemimpin SK Dusun. Sebagai seorang guru besar,
beliau memainkan peranan paling penting dan berpengaruh dalam menyelesaikan masalah yang
berlaku di sekolah tersebut. Beliau sebagai nadi kepada sekolah tersebut seharusnya menjadi
pemimpin yang menetapkan matlamat sekolah tersebut, mewujudkan iklim yang
positif, mewujudkan sifat professionalisme serta mewujudkan sebuah institusi yang
kukuh serta prihatin terhadap murid-murid. Sifat kepimpinan adalah salah satu elemen yang
penting untuk mewujudkan satu perhubungan dengan ahli institusi tersebut. Seorang
guru besar seharusnya boleh mempengaruhi guru-guru sekolah tersebut. Menurut
Murphy (1988), kepemimpinan tidak harus diperkaitkan dengan ciri-ciri pemimpin sahaja.
Kepimpinan juga harus diperkaitkan dengan interaksi pemimpin dengan pengikutnya, pengaruh
pengikut terhadap pemimpin dan dalam konteks di tempat beliau berada. Namun begitu dalam
situasi sebegini, Encik Saad kurang mempengaruhi guru-gurunya dalam
mempertimbangkan masalah yang mereka hadapi sebaliknya membiarkan begitu sahaja dan
mendapat tanggapan daripada pihak ketiga tanpa mengambil inisiatif untuk
mendalami isu ini secara terus terang terhadap pihak yang terlibat. Sebagai seorang
pemimpin, adalah penting untuk mengawal keadaan dan mempunyai pemahaman serta kawalan
terhadap ahlinya iaitu guru sekolah tersebut.
2. Pada pandangan anda, mengapa Encik Saad tidak mengambil tindakan terhadap puan Rogayah walaupun
beliau tahu bahawa tindakan puan Rogayah adalah tidak betul? Pada pandangan saya, Encik Saad tidak
mengambil sebarang tindakan terhadap Pn. Rogayah kerana jika dilihat dari sudut keperluan guru besar itu
tersebut, sokongan ahli institusi adalah merupakan kekuatan utama sesebuah organisasi. Beliau
yang tidak ingin menjejaskan sumber manusia sekolah itu tidak sanggup mengambil sebarang tindakan
kerana mungkin akan mewujudkan konflik. Dengan menyedari kesalahan yang dilakukan oleh Pn Rogayah,
beliau tidak mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu berlaku sebarang konflik dari
serta masalah dari segi hubungan dan komunikasi SK Dusun. Oleh itu beliau ingin memastikan
kecekapan dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan
terpelihara. Beliau merasakan bahawa dengan mengambil tindakan terhadap Pn. Rogayah, ini akan
menjejaskan hubungan dengan guru sekolah tersebut. Di samping itu juga, saya berpendapat bahawa
Encik Saad mempunyai sifat kurang yakin atau tidak komited dalam membuat keputusan. Beliau
mempunyai masalah dalam membuat keputusan. Beliau tidak megambil tindakan pada masa
bermulanya masalah ini dan kini masih tidak yakin akan tindakan yang perlu diambilnya. Perbuatan yang tidak
menjurus kepada tugas dan tanggungjawab yang sambil lewa menyebabkan beliau tidak begitu teliti
atau mudah kata tidak peduli terhadap masalah yang ditimbulkan oleh Puan Rogayah. Ini menjurus

kepada masalah yang dihadapinya sekarang dan tidak dapat memupuk kata sepakat sebagai seorang
pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah tersebut

3. Jika anda Encik Saad, bagaimanakah anda akan menangani isu ini ? Sekiranya saya Encik Saad atau menghadapi
masalah seperti mana yang dihadapinya, saya tidak akan membiarkannya sahaja dan menghadapi masalah ini
dengan lebih telus. Seboleh-bolehnya adalah perlu untuk mengenali dan memahami semua guru dan juga
kakitangan sekolah tersebut. Adalah penting untuk seorang pemimpin menjadi seorang sahabat
kepada ahli organisasi tersebut. Dengan ini, dia dapat mengenali setiap individu dalam organisasi tersebut
dan seterusnya mengetahui keperluan mereka. Perhubungan yang rapat dengan guru dan staf akan
membolehkan En Saad tidak menghadapi masalah dalam memberikan arahan atau melaksanakan kerja di
sekolah. Kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi system kepercayaan, tindakan dan
pegangan ahli-ahli dalam kumpulannya (Leithwood & Janti, 1999). Selain itu juga, saya akan bertemu
dengan kedua-dua guru tersebut dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, saya
perlulah memahami kedua-dua guru tersebut dan juga situasi ini. Dengan mengetahui punca masalah ini,
saya dapat membantu guru tersebut dalam menyelesaikan masalah ini. Jika masalah ini terus
berleluasa, adalah perlu bagi mencari penyelesaian yang lebih besar seperti membawa guru tersebut kepada
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Lagipun, menggunakan kaedah tegas dan keras tidak
semestinya dapat menyelesaikan masalah ini. Saya akan cuba untuk mewujudkan hubungan dengan semua
ahli sekolah tersebut terutamanya guru sekolah tersebut. Penyemaian semangat kekitaan antara
satu sama lain serta perhubungan erat dapat membantu saya sewaktu mengambil keputusan
kerana saya akan mendapat sokongan guru dan staf sekolah tersebut

Anda mungkin juga menyukai