Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-15 2013


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENDAPAT

TARIKH: 23 MEI 2013


MASA: 08.00 PAGI HINGGA 01.00 TENGAH HARI
TEMPAT: PADANG SK SERI MENDAPAT
DISEDIAKAN OLEH:
HANAFI BIN ABDULLAH

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-15 2013 (KOT-15)


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENDAPAT
LAPORAN LENGKAP
Pada hari Khamis , 23 Mei 2013 Sk Seri Mendapat (SKSM) telah mengadakan Kejohanan
Olahraga Tahunan Kali ke-15 di Padang SKSM. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh wakil Yang
Berhormat Datuk Hasan Bin Abd. Rahman, En. Lazan Bin Ali , Penghulu Dun Sungai Rambai.
Kejohanan ini turut dihadiri oleh Pengurus Felcra Seri Mendapat, Puan Zunairah Abu Kher , Pegawai
Angkat SKSM dari PPD Jasin, Pengerusi JKK Felcra Seri Mendapat, YDP PIBG En Anhar Bin Bolak
serta ajk PIBG SKSM, ibu bapa dan penduduk setempat Felcra Seri Mendapat. Sebanyak 12 acara
balapan peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dibahagikan kepada 4 kategori iaitu
lelaki bawah 10 tahun , lelaki bawah 12 tahun , perempuan bawah 10 tahun dan perempuan bawah
12 tahun. Acara merentas desa, sukantara, acara padang peringkat akhir , dan raptai perbarisan
telah diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 08.30 pagi di padang SKSM.
Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang pasukan
kompang SKSM. Pada jam 09.30 pagi , perbarisan masuk dan lintas hormat oleh pasukan rumah
sukan dan disertai pasukan pra sekolah . Para peserta kelihatan segak dan bersemangat pada hari
tersebut. Acara perbarisan dan lintas hormat diketuai oleh pasukan pembawa bendera kejohanan.
Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masingmasing.Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh En. Mohd Shah Mahmod dan ucapan aluan oleh
Pn. Hjh. Bibah Hj Bakar, Guru Besar SKSM dan diikuti ucapan perasmian oleh wakil YB Adun Sungai
Rambai.
Selepas ucapan perasmian , diadakan acara 100 m lelaki bawah 10 tahun peringkat akhir.
En. Lazan Bin Ali , Penghulu Dun Sungai Rambai bersama Puan Hjh Bibah Hj Bakar telah diberi
penghormatan untuk melepaskan para peserta bagi acara ini. Beliau turut diberi penghormatan untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi acara yang telah dijalankan sebelum kejohanan
ini. Seterusnya para tetamu kehormat dihidangkan jamuan di tempat khas.
Seterusnya beberapa acara peringkat akhir dijalankan dan diselang-seli dengan acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara padang peringkat akhir. Acara sukaneka
untuk murid pra-sekolah, tahun 1, tahun 2 dan murid pendidikan khas turut diadakan. Acara sukaneka
ini memberi peluang kepada semua murid untuk terlibat dengan sukan sebagimana slogan 1 Murid 1
Sukan. Acara pegawai dan ibubapa juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu
keputusan rasmi kejohanan. Majlis penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG
SKSM. Beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan beberapa hadiah kepada para pemenang.
Pihak jawatan kuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-15 2013 Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. Sesungguhnya
sumbangan semua pihak amat-amat dihargai dan hanya ALLAH S.W.T yang dapat membalasnya.

Yang menjalankan tugas,

.
HANAFI BIN ABDULLAH
GPK KOKURIKULUM
SK SERI MENDAPAT

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN


PENCAPAIAN

RUMAH SUKAN

MARKAH KESELURUHAN

JOHAN

BIRU

1037

NAIB JOHAN

MERAH

1012

KE-3

KUNING

940

OLAHRAGAWAN LELAKI 10

MUHAMMAD LUQMAN HAQEM AZWAN

BIRU

OLAHRAGAWAN LELAKI 12

NOOR FAIRUZ MOHMAD

MERAH

OLAHRAGAWATI PEREMPUAN 10

NURSHAHNIRAH ISHAK

MERAH

OLAHRAGAWATI PEREMPUAN 12

AMIRAH RUSLAN

KUNING

PERBARISAN LINTAS HORMAT

RUMAH BIRU

Sila rujuk keputusan rasmi kejohanan, laporan bergambar dan lampiran yang disediakan.

LAPORAN BERGAMBAR
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-15 2013

LAPORAN BERGAMBAR
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-15 2013

Anda mungkin juga menyukai