Anda di halaman 1dari 17

DASAR DAN HALA TUJU

PENDIDIKAN MALAYSIA

Apakah tujuan sesuatu dasar dibuat

Dasar (policy)
Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang,

teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara.

Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara

berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia


mengatur perjalanan hidupnya.

Dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama

Kawalan
Solusi atau penyelesaian masalah
Kebajikan atau perkhidmatan
Inovasi

(Sufean Hussin, 2002)

Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan

Tujuan utama adalah untuk pencegahan, pengajaran dan


peringatan.

Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini


adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya
sekali.

Tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran


bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan
pemecatan.

Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan

Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi


masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau
perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan
prioriti manusia dan ekonomi semasa.

Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah


Dasar 60 : 40
Dasar 1 pelajar 1 sukan
Dasar PPSMI
Dasar MBMMBI
Dasar Keciciran Sifar
Dasar Integrasi Nasional.

Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan

Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana


pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi.
Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan,
kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi.

Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan &


perkhidmatan. Oleh itu , memerlukan peruntukan kewangan.

Contoh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar


pendidikan jenis ini ialah
Yuran pendidikan percuma,
Pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh,
Biasiswa
RMT

Dasar-Dasar Inovasi Dalam Pendidikan

Bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi


pendidikan, cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih
baik dari yang sedia ada.
Contoh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar-dasar
pendidikan jenis ini ialah
Jenis sekolah: Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah
Berprestasi Tinggi
Tumpuan sekolah: Sekolah Sukan, Sekolah Seni
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sekolah Seni Kuching, Sekolah Seni Johor Bahru

Bahan pengajaran: Berasaskan IT dan multimedia


Kurikulum: ICT dalam pendidikan
Pentaksiran: PBS

Dasar-dasar berkaitan pendidikan di


Malaysia:

Pembangunan Insan
Guna tenaga
Perpaduan
Bahasa
Pengantarabangsaan
Teknologi
Pembentukan Negara Bangsa
Dasar Pendidikan Holistik

1. Pembangunan Insan

Dasar Pendidikan Wajib


Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang
tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya
telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari
dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai
murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di
sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

1 Murid 1 Sukan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2. Guna Tenaga

Selepas merdeka wujud keperluan untuk membangunkan negara.


Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang
(pendidikan, teknik/vokasional, perubatan, kejuruteran dll).
40% warganegara berpendidikan tinggi menjelang tahun 2020
Dasar 60:40
Menggalakkan murid yang memperolehi sekurang-kurangnya C
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR
mengambil aliran Sains &Teknikal.
Dasar Pendidikan Seumur Hidup
Memberi penekanan kepada usaha membangunkan tenaga
manusia berpendidikan tinggi

Membuka peluang mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke


peringkat yang lebih tinggi
Penajaan: eg MyBrain 15, MyBrainSc

3. Perpaduan

Dasar Pelajaran Kebangsaan


Dasar Pelajaran Kebangsaan: Pendidikan menggunakan
kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi tujuan
perpaduan

Sekolah Wawasan
Sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama.

4. Bahasa
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.
Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada
1970an untuk menyumbang kepada perpaduan
negara.
Penghapusan sekolah aliran Inggeris secara
berperingkat
Dasar MBMMBI
Murid sekolah rendah dan sekolah menengah
telah mengikuti PPSMI pada atau sebelum 2010
boleh meneruskan penggunaan BI sehingga
tamat Ting 5 berdasarkan kesediaan guru dan
murid di sekolah.

5. Pengantarabangsaan
Konsep globalisasi : dunia sudah menjadi tanpa
sempadan
Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden.

Pendidikan Bertaraf Dunia


Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di
rantau Asia

Sekolah-sekolah dijenamakan semula


Penggredan universiti
Pengkoporatan universiti
Peranan Sekolah: Melahirkan pelajar yang mempunyai
ciri-ciri tertentu bagi menghadapi persaingan global:

6. Teknologi
Cabaran Keenam Wawasan 2020:
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang
memendang ke depan yang bukan menjadi pengguna
teknologi malah penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan
Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat
dalam bidang teknologi.
Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan
kehendak perkembangan teknologi.
Mata pelajaran KDP
Penawaran mata pelajaran Teknologi Maklumat
MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994
dan di Tahap 1 pada 2001 selaras dengan keperluan sains
dan teknologi.

7. Pembentukan Negara Bangsa


Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai
dengan
memperkasakan Bahasa Melayu,
meningkatkan disiplin pelajar

RIMUP
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan
menerapkan budi bahasa dan adab dalam
kalangan pelajar.

8. Dasar Pendidikan Holistik

Sistem pendidikan tidak berasaskan peperiksaan semata-mata


untuk menilai pencapaian murid.

Menerusi sistem ini pengumpulan mata dilaksanakan.

Markah murid dari tahun 1 tahun 6 dikumpul dan dikira bagi


menentukan pencapaian.

Markah keseluruhan akan digabungkan dari markah empat


penilaian
psikometrik (kecenderungan & sikap)
kokurikulum,
peperiksaan sekolah
peperiksaan kementerian (Kepentingan UPSR hanya 30%).

Kesimpulan

Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan,


inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan.

Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan


pemantapan.

Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan


perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai
matlamatnya.

Perubahan dasar & hala tuju dalam sistem pendidikan adalah


selaras dengan
- arus perubahan global
- modenisasi

Anda mungkin juga menyukai