Anda di halaman 1dari 12

SKRIP PENGACARA HARI KANAK-KANAK 2014

(1)
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha Pn Hjh Hasnah bt Noh, GB SK St George.....


Yang dihormat, barisan Penolong Kanan..... Pn Nooridah, Pn Rushdiah dan Cik
Soon, Wakil-wakil dari Intel, Guru-guru, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

(2)
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
dipertemukan lagi pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Kanak-kanak
peringkat sekolah bagi tahun 2014.

(3)
Sambutan Hari Kanak-kanak pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian dua buah
lagu patriotik iaitu Lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang.

Semua hadirin diminta bangun dan bersedia untuk nyanyian lagu.....

........................................... Nyanyian Lagu ...............................................

(4)
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan sambutan kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan memohon restu dari yang maha Esa.... untuk itu, majlis menjemput
......................................................................... untuk memimpin bacaan doa......

Dipersilakan....

.............................................. Bacaan Doa ...................................................

(5)
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada
...........................................................................atas bacaan doa sebentar tadi.....

Semua hadirin dipersilakan duduk....

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput ...............................................


untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan.......

................................................Ucapan Murid ........................................

Terima kasih diucapkan kepada ..............................................................

(6)
Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah
Hasnah binti Noh,.... Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saint George untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak
peringkat sekolah 2014.... Dengan segala hormatnya, dipersilakan.........

.................................................Ucapan Guru Besar...........................................

(7)
Buah jambu beli sekati,
Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


Berusaha Puan Guru Besar... Semoga kita dapat mengambil iktibar dari ucapan itu
tadi..

(8)
Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga,
Sukaneka amalan yang mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah SK St.


George...... Sambutan pada hari ini akan dimulakan dengan permainan sukaneka...
yang telah disusun serta dikawal tadbir oleh unit Hal Ehwal Murid sekolah... diketuai
oleh Puan Rusydiah bt_________________ selaku Penolong Kanan HEM sekolah.

(9)
Dengan itu..... diminta semua murid bangun.... dan bergerak ke padang dalam
barisan.. mengikut kelas masing-masing.....

...............................................Sukaneka dan Rehat ..............................................

(10)
Selamat datang diucapkan kepada wakil dari pihak Intel dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Telok Bahang di atas kesudian hadir ke Majlis Sambutan Hari Kanakkanak SK St. George....

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Acara sukaneka selesai sudah,
Persembahan pentas menyusul pula...

Daun semulur di Pekan kongsi,


Batang jerami rebah ke bumi,
Acara persembahan dinanti-nanti,
Membuat sambutan bertambah seri....

Majlis sambutan hari kanak-kanak diteruskan lagi dengan persembahan dari Wakilwakil pihak Intel... dengan itu dipersilakan pihak Intel untuk menyampaikan
persembahan mereka...Dipersilakan....

........................................... Persembahan Intel ................................................

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil pihak Intel... atas persembahan yang
amat menarik itu tadi....

Pada_________________________ pihak intel telah mengadakan program


________________________ kepada pelajar-pelajar tahun 6. Jadi pihak Intel telah
menyediakan sijil kepada pelajar pelajar yang terlibat....

Dengan itu,....dijemput Wakil dari pihak intel untuk menyampaikan sijil kepada
pelajar tahun 6...dipersilakan....

................................................Penyampaian sijil ..............................................

Terima kasih diucapkan kepada pihak Intel di atas sumbangan dan kerjasama yang
diberikan kepada pihak sekolah....

Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada pihak Intel, Majlis menjemput
_______________________________________ untuk menyampaikan cenderahati
penghargaan kenghargaan kepada pihak intel...Dipersilakan.....

Terima kasih diucapkan kepada __________________________________

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan pelajar-pelajar dari Sekolah


Menengah Kebangsaan Teluk Bahang untuk mempersembahkan pesembahan
tarian ___________________________________....Dipersilakan.....

.........................................Persembahan Tarian ....................................................

Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Telok Bahang Kerana sudi datang untuk memeriahkan
Sambutan Hari Kanak-kanak SK St. George pada kali ini....... Sebagai tanda
penghargaan pihak sekolah.......

Majlis menjemput _______________________________ untuk mengiringi


_____________________________ bagi menyampaikan cenderahati kepada
_____________________________ sebagai kenang-kenangan...Dipersilakan....

Dijemput....En Mohd Zaidi selaku guru pengiring......naik ke pentas untuk menerima


cenderahati dari pihak sekolah....Dipersilakan....

.......................................Penyampaian Cenderahati ........................................

Ribuan terima kasih diucapkan kepada _______________________________, di


atas pemberian cenderahati itu tadi... serta....Pelajar-pelajar dan guru-guru dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.... atas kesudian datang ke sekolah
kami...

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh guru-guru SK St.


George...Guru-guru SK St. George akan menyampaikan dua buah lagu iaitu....
Seasons In The Sun dan As Long As You Love Me... di bawah bimbingan Cikgu
Adiyyati....Dipersilakan.....

................................................ Nyanyian Lagu ......................................................

Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas persembahan nyanyian yang
merdu itu tadi...

Seterusnya, majlis pada hari ini diteruskan.. dengan persembahan murid dari SK St.
George....Dengan itu, dipersilakan.... Irdina Hikmah untuk menyampaikan nyanyian
secara solo ke pentas....

..................................................Nyanyian Solo .....................................................

Terima kasih diucapkan kepada Irdina Hikmah atas persembahan yang menari itu
tadi....
Seterusnya, majlis mempersilakan gabungan murid-murid dari tahun 2, 3, 4, 5 dan
tahun 6 untuk menyampaikan persembahan nyanyian Koir. Tajuk lagu mereka
ialah....Jiwa dan Minda....Dengan sukacitanya dipersilakan.......

....................................................Nyanyian Koir......................................................

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah sudah Acara


Persembahan Pentas kita pada hari ini....

Majlis Sambutan pada hari ini diteruskan lagi dengan Acara Pengampaian Hadiah...
kepada pemenang-pemenang Sukaneka yang berlangsung pada sesi pagi tadi...

Dengan tidak membuang masa, majlis menjemput _______________________


Untuk mengiringi _______________________ bagi menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Pemenang bagi sukaneka stesen satu iaitu permainan Lambung Belon...


Tempat ketiga dimenangi oleh _______________________________
Tempat kedua ______________________________________
Manakala tempat pertama dimenangi oleh _________________________________

Pemenang bagi sukaneka stesen dua iaitu permainan Jaringkan Gol.....


Tempat ketiga dimenangi oleh _______________________________
Tempat kedua ______________________________________
Manakala tempat pertama dimenangi oleh _________________________________

Pemenang bagi Sukaneka stesen tiga iaitu permainan Kapal Terbang......


Tempat ketiga dimenangi oleh _______________________________
Tempat kedua ______________________________________
Manakala tempat pertama dimenangi oleh _________________________________

Pemenang bagi Sukaneka stesen empat iaitu permainan Lempar Gelung......


Tempat ketiga dimenangi oleh _______________________________
Tempat kedua ______________________________________
Manakala tempat pertama dimenangi oleh _________________________________

Pemenang bagi Sukaneka stesen lima iaitu permainan Dulang Ajaib......


Tempat ketiga dimenangi oleh _______________________________
Tempat kedua ______________________________________
Manakala tempat pertama dimenangi oleh _________________________________

Pemenang bagi Sukaneka stesen enam iaitu permainan Tuju Tin......


Tempat ketiga dimenangi oleh _______________________________
Tempat kedua ______________________________________
Manakala tempat pertama dimenangi oleh _________________________________

Terima kasih diucapkan kepada________________________________ di atas


kesudian untuk menyampaikan hadiah itu tadi....dan kepada pemenang....sekalung
Tahniah diucapkan....kepada kumpulan yang tidak menang.... tekadkan azam untuk
berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan...

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati penghargaan kepada semua


guru kelas di atas sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah....

Dengan itu majlis menjemput Semua guru kelas untuk naik ke pentas bagi menerima
cenderahati...Dipersilakan....

Guru kelas tahun 1..._________________________


Guru kelas tahun 2..._________________________
Guru kelas tahun 3.._________________________
Guru kelas tahun 4..__________________________
Guru kelas tahun 5..__________________________
Guru kelas tahun 6..__________________________

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada


__________________________________________________________________.
Dengan tu... Berakhirlah sudah Sambutan Hari Kanak-kanak SK St. George tahun
ini

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Ribuan kemaafan kami berdua pohon... andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Terima kasih juga diucapkan kepada


_________________________________________________________________
Kerana sudi datang untuk memeriahkan Sambutan Hari Kanak-kanak SK St. George
pada kali ini..... Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada
__________________________________________________________________...
Majlis sekali lagi menjemput _______________________________ untuk mengiringi
_____________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada
_____________________________ sebagai kenang-kenangan...Dipersilakan....

Seterusnya, majlis menjemput _____________________________ untuk menerima


cederahati kenang-kenangan dari pihak sekolah...Dipersilakan......

(10) JAMUAN
Bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya SK St George, marilah kita besalamsalaman sebaga tanda ukhwah sesama kita. Semua murid diminta bejabat tangan
dengan semua guru-guru dan rakan-rakan di dalam kelas dan kelas-kelas yang lain
mengikut barisan. Kita mulakan dengan kelas tahun 1 bergerak, seterusnya diikuti
oleh kelas-kelas yang lain.

Ketupat lemang dan laksa


Kek dan biskut tidak dilupa
Sate dan kuih tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang
telah sedia dihidangkan.

(7)PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya sambil menjamu
selera.

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Kata Al-Ghazali - yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu
NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang
itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai