Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2012

(1) ALUAN PENGERUSI


Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha Pn Hjh Hasnah bt Noh, GB SK St George,

Yang dihormat, barisan Penolong Kanan, Pn Nooridah, Pn Rushdiah dan Cik Soon,
Guru-guru, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

(2)
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2014.

(4) DOA
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan ___________________________
bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

................................................................

terima kasih diucapkan kepada ___________________ atas pimpinan ketulusan
pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang
Maha Agung.









(5)UCAPAN GB
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Puan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berusaha, Pn Hjh Hasnah bt Noh, Guru B SK St George,untuk menyampaikan
sepatah dua kata.Dipersilakan.

.......................................................................


Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Puan Guru Besar, penolong kanan
pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk
___________________ di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara
sambutan hari raya pada tahun ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
Berusaha. Puan Guru Besar dan barisan penolong kanan di atas penyempurnaan
acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN
Bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya SK St George, marilah kita besalam-
salaman sebaga tanda ukhwah sesama kita. Semua murid diminta bejabat tangan
dengan semua guru-guru dan rakan-rakan di dalam kelas dan kelas-kelas yang lain
mengikut barisan. Kita mulakan dengan kelas tahun 1 bergerak, seterusnya diikuti
oleh kelas-kelas yang lain.

Ketupat lemang dan laksa
Kek dan biskut tidak dilupa
Sate dan kuih tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang
telah sedia dihidangkan.

(7)PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya sambil menjamu
selera.







(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.


Kata Al-Ghazali - yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu
NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang
itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai