Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum WBT

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia .


Yang Berusaha Guru Besar Sk St. George,
Yang dihormati barisan Penolong Kanan
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada hari
ini kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini sempena Pelancaran
Bulan Kemerdekaan ke 59 peringkat sekolah untuk tahun 2016.
Sehati Sejiwa.merupakan TEMA sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Saya percaya tema ini akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan
semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai seorang
warganegara Malaysia yang cintakan tanah air.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2016 nanti genaplah negara kita menyambut
kemerdekaan untuk
kali ke 59 . Sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya kamu semua
masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada
zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada
penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada
dan menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif
serta amalan-amalan yang merosakkan negara kita.
Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik anda semua patut
berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta
mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang
berbilang kaum sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan negara
Malaysia yang kita cintai.
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan
tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata .
Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk
belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih utk mencapai
cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang kepada
pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar anda
semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik , berakhlak mulia
,berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa
nanti.

Setelah 59 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik
daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi
yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang
lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi harapan saya agar murid-murid SK
St George menggunakan peluang yang ada sekarang untuk mengejar citacita serta berjaya dalam hidup.
Murid-murid sekalian,
Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di mana-mana,
ramai anak-anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang
kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka sayang.
Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara yang kita
suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh yang
demikian bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama
dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita pada tahun ini Sehati
Sejiwa
Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran
minda kelas pertama sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan
perjuangan pemimpin negara terdahulu.
Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya wewarnai program tetapi sebagai
permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi
warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak
berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami ,
menghayati dan menterjemahkan nya dalam kehidupan harian itu lebih
bermakna.
Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik amatlah
penting.
Sesungguhnya tujuan program pelancaran bulan kemerdekaan ini di adakan
untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktivitiaktiviti yang bakal kita jalankan sepanjang bulan ogos ini sehingga majlis
penutup bulan kemerdekaan kelak. Besarlah harapan saya agar semua
aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
Para hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang
bertungkus lumus menjayakan pelancaran bulan kemerdekaan kali ke 59 ini.
Saya menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini
dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga

dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme
kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam
program ini serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita
meneruskan perjuangan mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia
yang kita cintai.
Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz Bismilahirahmannirrahim saya
dengan ini merasmikan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan ke 59
peringkat sekolah SK St. George 2016.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai