Anda di halaman 1dari 14

PRAKATA

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya kami
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya berdasarkan kriteriakriteria yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik
Hassan bin Ahmad yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami
dalam usaha menyiapkan Kerja kursus Pendek bagi subjek Pengurusan Kokurikulam ini.
Segala tunjuk ajar yang mereka beri sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi isi serta
prosedur kerja kursus ini.
Seterusnya, tidak dilupakan
serta

individu-individu

serta

tunjuk

ajar

juga kepada sahabat-sahabat

tertentu

yang telah memberi dorongan

semasa

menyiapkan

tugasan

Tanpa pertolongan tersebut kami

tidak

menyiapkan

ini

dengan baik serta tersusun

dengan kemas. Semoga segala

usaha dan penat lelah kalian

akan mendapat keberkatan Allah

S.W.T. Insyaallah.

kerja

kursus

Akhir sekali, kami berharap

agar

mungkin

ini.
dapat

kerja kursus ini dapat

membantu kami dalam memberi

kefahaman yang mendalam

kepada

Pengelolaan

kami

tentang

ini

pengetahuan dan pengalaman

yang

kami

kehidupan kami kelak. Sekian,

terima kasih.

digunakan

dalam

dapat

Kami

juga berharap agar kerja kursus


untuk

juga

Aktiviti.

berguna

memberi

kepada

diri

PENDAHULUAN

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih
bermakna dan lebih berbentuk kontekstual.
Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain
pengetahuan,

domain

sikap

dan

domain

kemahiran.

Antaranya

ialah

untuk

mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas,


memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan
menyenorokkan, membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui
pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar,
mengembangkan

kemahiran

sosial dan kerja berpasukan,

mengembangkan

kemahiran

mengumpul,

menganalisis

data

dan

maklumat

memproses
serta

dan

menerapkan

nilai-nilai murni.
Pembelajaran Luar Bilik
pembelajaran
perkembangan

yang

dapat

kanak-kanak.

Darjah merupakan satu kaedah


merangsang pertumbuhan dan
Sukan

rekreasi

merupakan

salah satu strategi Pembelajaran

Luar Bilik Darjah yang boleh

diaplikasikan

mencapai

oleh

guru

bagi

tujuan

tersebut.

Pemahaman yang jelas tentang

sukan rekreasi dapat membantu

guru

mengelolakan

merancang

dan

Luar Bilik Darjah yang berkesan

Pembelajaran

kepada pelajar di sekolah.

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK BOK,


MACHANG, KELANTAN
KERTAS KERJA :
PERKHEMAHAN
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

TARIKH :
26-29 APRIL 2009
TEMPAT:
LATA BELANTAN, TERENGGANU

1. PENDAHULUAN
Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (KBPM) di sekolah
bertujuan untuk membangunkan potensi secara menyeluruh di samping
membantu dan menyediakan pelajar yang dinamik, berkualiti, berdaya saing
serta mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek.
Program perkhemahan KBPM secara tidak langsung telah memberi pelbagai
kemahiran tertentu dan dapat menarik minat para pelajar terhadap pasukan
KBPM. Oleh itu, hasrat bagi jabatan tersebut untuk melahirkan kadet yang
cemerlang,

berwibawa,

berkeyakinan

diri,

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan, bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia ke arah generasi belia


yang berwawasan akan tercapai.
2. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pengalaman kepada murid
mengenai tugasan menyelamat yang dilaksanakan oleh pihak bomba.Ia
bertujuan untuk

memberi pengetahuan, meningkatkan keyakinan diri serta

menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti telah
disusun dalam program ini agar bakat kepimpinan dalam diri peserta dapat
dipupuk dan diserlahkan serta bakat tersebut dapat diaplikasi dalam menempuh
cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian

untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.
3. OBJEKTIF
1. Memupuk semangat setia kawan, bekerjasama dan keharmonian antara
ahli di dalam sekolah
2. Menghayati dan mengamalkan ilmu kebombaan
3. Meningkatkan disiplin dan memupuk semangat yakin diri, berdedikasi
serta bertanggungjawab
4. Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli KBPM sekolah
dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
4. PENGANJUR
Program perkhemahan ini dianjurkan bersama pihak sekolah dan Jabatan
Bomba dan Penyelamat Daerah Machang
5. TARIKH PELAKSANAAN
26 hingga 29 April 2009 (Ahad - Rabu)
6. TEMPAT PERKHEMAHAN
Lata Belantan, Terengganu.
7. PENYERTAAN
1. Ahli KBPM yang berdaftar dengan JBPM dan guru-guru penasihat
sekolah (4 guru lelaki dan 4 guru wanita)

2. Seramai 40 orang ahli KBPM sekolah yang terdiri daripada 20 pelajar


lelaki dan 20 pelajar perempuan (pelajar tahap 2).
3. Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (2 orang)
8. SYARAT PENYERTAAN
1. Merupakan ahli KBPM sekolah.
2. Mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga (surat kebenaran dikeluarkan
oleh sekolah berkenaan)
3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mempunyai penyakit ganjil
4. Melengkapkan Borang Pelepasan Tanggungjawab JBPM
5. Melengkapkan borang Maklumat Peribadi JBPM
9. YURAN PENYERTAAN
1. Sekolah yang menyertai perkhemahan dikenakan bayaran pendaftaran
sebanyak RM30.00

2. Setiap orang pelajar/peserta dikenakan bayaran sewa tapak sebanyak


RM5.00 seorang

10. AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat
Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha
Bendahari
AJK

: En. Saifullah Bin Zainuan


: En. Amran Bin Zahari
: En Aminuddin Bin Yahya
: Pn Maimunah Bt. Hashim
: Pn. Hjh. Zaleha Bt. Abd. Munir
: Hj. Mamat Bin Awang
: En Kamarul Bin Hj. Anuar
: Pn. Zarina Bt. Sahman
: Pn. Norhidawati Bt. Azmi

11. JK KERJA PERKHEMAHAN


Kem Komandan
P/Kem Komandan
Pendaftaran
Tapak Perkhemahan
Kecemasan/keselamatan
PA. Sistem
Buku Program
Sijil/Tanda nama
Hadiah/cenderahati
Pengangkutan
Aktiviti/Pertandingan
Pemasangan Khemah
Kawad Kaki
Malam Kebudayaan
Riadah
Makanan
12. KEWANGAN

: En. Razali Bin Awang Teh


: Cik. Mahani Bt. Abdullah
: Pn. Norhidawati Bt. Azmi
: En. Alias Bin Ismail
: Hj. Mamat Bin Awang
: En. Munir Bin Salleh
: Pn. Salasiah Bt. Abdul Rahman
: Pn. Norhidawati Bt. Azmi
: Cik Mastura Bt. Hamid
: En Kamarul Bin Hj. Anuar
: Pn. Salasiah Bt. Abdul Rahman
: Hj. Mamat Bin Awang
: En. Alias Bin Ismail
: Pn. Zarina Bt. Sahman
: En. Razali Bin Awang Teh
: Cik. Mahani Bt. Abdullah
: Cik Mastura Bt. Hamid
: En. Munir Bin Salleh
: En Kamarul Bin Hj. Anuar
: Pihak Kantin

ANGGARAN PENDAPATAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Yuran Peserta
40 x RM 30.00
2. Peruntukan
Ko-kurikulum
3. Sumbangan

JUMLAH

RM 1200.00
RM1200.00
RM 400.00

= RM 2800.00

Disediakan oleh,
______________________
Pn Maimunah Bt. Hashim
Setiausaha,
Unit Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tok Bok,

Disokong oleh,
______________________
En. Mahamad bin Mahmood

1. Makan / Minum
1.1 Sarapan pagi
3 x 50 x RM 2
1.2 Makan tengah hari
3 x 50 x RM 3
1.3 Makan malam
3 x 50 x RM 3
1.4 Minum malam
3 x 50 x RM 2

RM 300.00
RM 450.00
RM 450.00
RM 300.00

2. Tapak Perkhemahan
40 x RM 5.00

RM 200.00

3. Penginapan guru dan ahli


JBPM
10 x RM 20.00 x 3

RM 600.00

4. Hadiah dan cenderamata

RM 500.00

JUMLAH

RM 2800.00

Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Kebangsaan Tok Bok,

Disahkan oleh,

______________________
Tn. Hj. Abd, Aziz bin Abu Bakar
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussien Onn
Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Peraturan-Peraturan Keselamatan Perkhemahan


1. Semasa perkhemahan, pelajar hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali
dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian
juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain
pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas
jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran
semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.

15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan
dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab.

MUHAMMAD NURSYAMIM BIN MAHAMAD


REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Pengurusan
Kokurikulum ini. Kerja kursus ini berkehendakkan saya mendapatkan nota bagi subtopik
Perancangan dan Pengendalian iaitu berkaitan Kertas Kerja. Selain itu, saya juga
dikehendaki menghasilkan kertas kerja pengelolaan aktiviti persatuan atau kelab atau
unit beruniform.
Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, pelbagai rintangan telah saya hadapi.
Antaranya, pada hari mendapat tugasan ini, saya tidak begitu memahami dengan jelas
akan kehendak tugasan. Mujurlah dengan bantuan dari pensyarah pembimbing iaitu
Encik Hassan bin Ahmad yang memberikan penerangan yang jelas.
Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah
bersama-sama saya dalam menghasilkan kertas kerja perkhemahan ini.. Kami telah
bertungkus-lumus mendapatkan seberapa banyak contoh kertas kerja. Oleh hal yang
demikian, kami telah mengetahui dengan lebih lanjut akan format dan kandungan kertas
kerja seperti yag sepatutnya.
Selain itu, saya telah mengambil contoh kertas kerja Program Bakti Guru
(PROBAG) milik Exco Kebajikan JPP bagi membanding beza antara contoh kertas kerja
kumpulan saya dengan kertas kerja PROBAG tersebut. Maka saya dan rakan
sekumpulan telah berjaya membaiki kertas kerja kami.
Akhir kata, saya berharap tugasan ini mendapat kepuasan hati dari pihak
pensyarah pembimbing, Tn. Hj. A. Rahman bin Amat. Tugasan inilah yang akan dapat
membantu saya dalam memperoleh keputusan Purata Nilai Gred yang baik bagi
semester satu bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini.

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU
Aris Fazil Bin Haji Ujang dll. (2004). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
RUJUKAN INTERNET
http://scoutslms.netfirms.com/Carta Organisasi Pengakap Daerah Larut Matang &
Selama/MAJLIS PENGAKAP DAERAH LARUT MATANG & SELAMA.htm
http://www.ppmperak.net/majlisnegeri.html
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=329690&extra=page
%3D1&page=4geocities.com
http://cenderawasihrovers.blogspot.com/2009/01/logo-pengakap-bertukar-setelah100.html

RUJUKAN LAIN

Kertas Kerja Bola Tampar, GERKO Bola Tampar.

Kertas Cadangan Program Sukan Rekreasi Pulau Sibu Pendidikan Jasmani

Akademik PPISMP Ambilan Julai 2008


Kertas Kerja Program Bakti Guru

Anda mungkin juga menyukai