Anda di halaman 1dari 14

JURNAL

JURNAL 1 (JURNAL BIDANG PROFESIOAN PERGURUAN )


TAHAP MINAT, PENGETAHUAN, DAN KEMAHIRAN, LATIHAN GURU DAN BEBAN
TUGAS GURU PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH
PONTIAN, JOHOR

Ringkasan Jurnal
Jurnal yang ditulis oleh Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin
Ramli dan Musa Ismail dari Universiti Teknologi Malaysia ini adalah untuk mengetahui
tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru program
pemulihan khas di daerah Pontian, Johor. Penyelidik menyatakan kajian ini penting kerana
sekian lama pelaksanaan program pemulihan khas, namun masih terdapat segelintir muridmurid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M di sekolah rendah. Oleh itu, pengkaji
membuat kajian ke atas guru-guru pemulihan khas di daerah, Pontian untuk mengetahui
sejauh manakah tahap minat guru, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas
guru Pemulihan mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kelas
pemulihan. Pengkaji juga berpendapat tidak banyak kajian yang dibuat berkaitan
profesionalisme guru Pemulihan di dalam bilik darjah, berbanding artikel keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam kajian ini penyelidik melaksanakan kajian ke atas 42 buah sekolah kebangsaan
di daerah Pontian, Johor dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian rintis ini
dijalankan kepada 10 orang guru di daerah Johor Baharu. Penyelidik menggunakan analisis
data SPSS untuk mengetahui kekerapan dan peratusan min. Dalam kajian ini penyelidik
menyediakan empat soal selidik yang berlainan untuk mengenal pasti tahap minat,
pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru Pemulihan khas.

Berdasarkan hasil tinjauan soal selidik, tahap minat guru pemulihan khas di sekolah
kebangsaan daerah Pontian berada pada tahap yang sederhana. Data ini memberikan
gambaran yang jelas terhadap kriteria minat. Walau bagaimanapun, bagi setengah guru
pemulihan khas yang tidak berminat akan diberikan latihan dan motivasi supaya mereka akan
berminat kemudiannya dan bersedia untuk mengajar dengan lebih berkesan dalam mengajar
murid-murid pemulihan khas.

Analis kajian ini juga menunjukkan peratusan guru pemulihan khas bersetuju mereka
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan program pemulihan khas di
sekolah. Guru-guru pemulihan khas turut berpendapat pengetahuan dan kemahiran
mengendalikan program pemulihan khas ini adalah penting terutama dari aspek pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan, pembinaan bahan bantu mengajar dan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer.

Pengkaji turut menganalisis tahap latihan guru pemulihan khas di daerah tersebut.
Beliau mendapati tahap latihan khas kepada guru pemulihan khas berada dalam peratusan
yang sederhana. Hal ini jelas guru pemulihan tidak ada latihan khas untuk mempertingkatkan
latihan pedagogi mengajar murid pemulihan khas.

Berdasarkan penganalisisan, hasil dapatan kajian menunjukkan tahap beban guru


pemulihan khas berada dalam tahap yang sederhana. Pengkaji juga berpendapat, beban tugas
guru bergantung pada guru itu sendiri bagaimana hendak mengatasi sesuatu masalah yang
ada dan menyelesaikannya dengan pendekatan yang terbaik dan berkesan. Beliau turut
menegaskan kekerapan melakukan tugas-tugas lain haruslah dikaji semula atau selaraskan
supaya ia tidak mengganggu kelancaran dan tanggungjawab guru yang sebenarnya di kelas
pemulihan khas. Ini

memastikan murid-murid pemulihan khas tidak terabai dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas pemulihan.

Di akhir sekali, pengkaji memberikan beberapa cadangan untuk meningkatkan mutu


perkhidmatan pendidikan pemulihan di sekolah kebangsaan Pontian, Johor. Di antara
cadangan yang dikemukakan ialah

a. Pemilihan Calon Guru Pemulihan Khas Yang Berkualiti


b. Program Latihan Guru Pemulihan Khas
c. Penyelarasan Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas
d. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
e. Pengiktirafan dan Elaun Insentif Khas
f. Peruntukan Kewangan (PCG) Program Pemulihan Khas
g. Pemantauan Pencerapan Dan Penilaian Program Pemulihan Khas
h. Keperluan Kemudahan Kelas Yang Kondusif

Kesimpulannya, tahap minat, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan guru dan
beban tugas guru dalam mengajar murid pemulihan khas. Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui tahap latihan guru-guru yang mendidik kanak-kanak pemulihan
khas yang menghadapi kesukaran dalam menguasai 3M. Guru-guru pemulihan khas juga
perlu diberi akses kepada latihan dalam perkhidmatan mengenai kaedah pengajaran berkesan
dalam mengatasi masalah murid pemulihan khas. Guru-guru perlu dilengkapkan dengan
pelbagai kemahiran strategi pengajaran terkini yang telah terbukti berkesan melalui kajiankajian saintifik. Kajian lanjut yang mendalam perlu dijalankan dari masa ke semasa bagi
mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang masih wujud dalam kedua-dua jenis latihan
perguruan ini agar kualitinya dapat dipertingkatkan.

PROSIDING
SEMINAR

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan

Sumber : Buku Prosiding Kajian Tindakan Pendidikan Pemulihan (2014)


Tajuk

: Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan KVKV dengan Menggunakan

Power Point Interaktif


Nama Penulis/pengkaji : Hemanathan A/L Harikrishnan

Pengenalan
Dalam penulisan ini, pengkaji mendedahkan kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk
mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid pemulihan di sebuah sekolah sekitar
rantau. Sebelum menjalani intervensi ini, pengkaji lebih menggunakan kaedah konvensional
sehingga ia menimbulkan masalah kurang berminat dan berkeyakinan dalam kalangan murid
pemulihan semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam kertas
prosiding seminar ini pengkaji menjelaskan kaedah penggunaan TMK dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Semasa menggunakan alatan intervensinya pengkaji mendapati murid
dapat menguasai kemahiran membaca KVKV dan seterusnya hal ini meningkatkan motivasi
dan minat murid pemulihan.

Ulasan Prosiding

Dalam hasil kajian ini penyelidik meletakan dua objektif dan dua persoalan kajian.

Objektif kajian tindakan ini ialah untuk :


i.

Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid-murid


pemulihan dengan menggunakan Power Point Interaktif.

ii.

Meningkatkan minat dan keyakinan murid-murid pemulihan dalam mengusai


kemahiran membaca melalui penggunaan Power Point Interaktif.

Persoalan kajian tindakan ini ialah untuk :


i.

Sejauh manakah penggunaan Power Point Interaktif dapat meningkatkan kemahiran


membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid pemulihan?

ii.

Bagaimanakah penggunaan Power Point Interaktif dapat meningkatkan keyakinan


dan minat membaca dalam kalangan murid pemulihan?

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kemahiran membaca perkataan KVKV


boleh ditingkatkan melalui penggunaan Power Point Interaktif. Hal ini terbukti dengan
peningkatan peratusan keputusan ujian pasca yang diperolehi selepas intervensi dengan
menggunakan Power Point Interaktif. Peratusan min ujian pra adalah 43.33 peratus manakala
peratusan min ujian pasca adalah 93.00 peratus. Perbezaan ketara sebanyak 49.67 peratus
pada akhir intervensi menunjukkan murid-murd pemulihan ini berupaya membaca perkataan
KVKV dengan baik.
Selain itu, hasil dapatan analisis dokumen turut menyokong keberkesanan Power
Point Interaktif dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Menurut
Ramesh (2012), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer boleh digunakan
untuk mengatasi masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.
Setiap murid pemulihan mempunyai potensi dan tahap kebolehan yang berbeza. Oleh sebab
itu, guru harus kreatif dalam memilih bahan yang bersesuaian untuk murid pemulihan dalam
usaha mengatasi masalah membaca.
Di samping itu, pengkaji mendapati murid-murid sangat gembira serta aktif semasa
membaca. Murid-murid pemulihan juga berjaya mengenal pasti bunyi suku kata KV dengan
lebih baik. Hal ini dapat membantu murid-murid pemulihan untuk membaca perkataan
KVKV dengan sebutan yang tepat. Murid-murid pemulihan juga dapat memahami makna
setiap perkataan KVKV serta dapat memberikan jawapan yang betul. Semasa menjalankan
intervensi pengkaji menggunakan unsur-unsur multimedia (audio,animasi dan grafik) dalam
Power Point Interaktif untuk menarik minat murid-murid pemulihan dalam menguasai
kemahiran membaca perkataan KVKV.
Penggunaan gambar dan bunyi dalam Power Point amat membantu murid-murid
pemulihan untuk mengenal objek perkataan KVKV. Seterusnya, audio rakaman sebutan
perkataan KVKV dapat membantu murid untuk mengenal sebutan dan perkataan dengan
tepat. Murid-murid pemulihan ini menyebut perkataan KVKV yang dipaparkan dalam Power
Point Interaktif ini berulang kali supaya murid-murid dapat membaca perkataan KVKV
dengan betul. Kesimpulannya, penggunaan Power Point Interaktif dapat memberikan respons
yang positif kepada murid-murid pemulihan untuk membaca perkataan KVKV dengan betul.
Selain itu, pengkaji turut direkodkan perubahan tingakah laku dengan menggunakan
borang pemerhatian untuk mengukur minat dan keyakinan murid pemulihan semasa

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajara. Perubahan tingkah laku dapat diperhatikan
semasa dan selepas penggunaan Power Point Interaktif. Pengkaji mendapati murid-murid
pemulihan amat gembira, aktif dan berminat semasa menggunakan Power Point Interaktif.
Kekerapan tingkah laku murid seperti, melibatkan diri secara aktif, seronok dan berminat
meningkat semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan Power Point
Interaktif .Murid-murid pemulihan menunjukkan mimik muka yang ceria selepas
menggunakan Power Point Interaktif. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengkaji berjaya
meningkatkan minat murid-murid pemulihan terhadap aktiviti membaca perkataan KVKV.
Selain itu, pengkaji turut mengkaji sebutan bunyi suku kata KVKV dalam kalangan
murid-murid pemulihan sebelum dan selepas intervensi menggunakan Power Point Interaktif.
Pada mulanya, ketiga-tiga murid menghadapi kesukaran dalam membaca perkataan KVKV
dengan betul. Selepas beberapa intervensi pengkaji mendapati perubahan yang ketara dalam
membaca perkataan KVKV. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid
pemulihan lebih berminat pengajaran dan pembelajaran berasaskan Power Point Interaktif.
Setelah tamat lapan sesi pengajaran dan pembelajaran maka ternyata intervensi yang
dijalankan dapat mengubah tingkah laku murid-murid ke arah yang positif. Kajian ini
disokong oleh Ramesh (2012) iaitu pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi meningkatkan minat murid untuk belajar.
Selain itu, hasil temu bual bersama guru pemulihan mendapati Power Point Interaktif
amat berkesan dalam mengatasi masalah membaca perkataan KVKV. Analasis temu bual
menunjukkan bahawa sebelum penggunaan intervensi murid-murid menghadapi masalah
seperti lambat membaca, sukar mengingat apa yang dilihat, membaca sambil merangka, sukar
membezakan bunyi suku kata dan membatang suku kata. Beliau turut menggunakan pelbagai
kaedah bagi mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan seperti
kaedah VAKT, kaedah pandang dan sebut dan kaedah membaca Montessori. Namun begitu,
beliau tidak melihat sebarang perubahan dalam kemahiran membaca.
Guru pemulihan juga menyatakan beliau menghadapi pelbagai cabaran semasa
melaksanakan intervensi iaitu murid sering ponteng sekolah dan mudah berasa bosan semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walau bagaimanapun, guru Pemulihan mendapati
perubahan tingkah laku yang ketara selepas menggunakan Power Point Interaktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut menegaskan bahawa intervensi pengkaji
memberikan hasil yang berkesan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan minat murid-

murid pemulihan dalam kemahiran membaca perkataan KVKV. Kesimpulannya, Power


Point Interaktif ini dapat meningkatkan minat dan keyakinan murid dalam membaca
perkataan KVKV.
Dalam

meningkatkan

fungsi

Power

Point

Interaktif

pengkaji

mencadangkan

menggunakan alat intervensi ini dalam dwibahasa. Maka penyediaan perisian Power Point
Interaktif dwibahasa akan membolehkan lebih ramai murid pemulihan menggunakannya serta
meluaskan skop penggunaannya bukan sahaja untuk murid yang mahir dalam bahasa Melayu
malah bahasa Inggeris juga. Para guru juga mempunyai pilihan untuk menggunakan bahasa
yang bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Secara keseluruhan, Power Point Interaktif manfaat kepada murid malah kepada guruguru. Kredibiliti guru sebagai seorang pendidik boleh ditingkatkan melalui pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan penggunaan bahan ini. Guru
tidak perlu bergantung pada bahan bantu mengajar berasaskan bahan maujud dan tradisional
lagi.

ARTIKEL

Artikel Dari Buku

Sumber Artikel :
Sajwap Maswan ph.d .(2003). Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Laman
Web di Sekolah. Kuala Lumpur : PTS utusan Malaysia.

Tajuk: Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Laman Web di Sekolah.

Nama Penulis : Dr. Sajap Maswan

PENGENALAN:

Artikel ini menghuraikan Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran melalui Laman Web di
sekolah. Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan
banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan
bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan
pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu
untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk
peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan
kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah
rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

Hasil Ulasan Artikel Dalam Buku.


Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran semakin penting pada
masa kini. Sebagaimana menurut Musa (2001), cara yang paling berkesan untuk
memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya alat untuk membantu
kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Dengan itu, produktiviti dapat
dipertingkatkan. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara di luar kemampuan
manusia. Menurut penulis komputer dan internet sangat membantu para pendidik untuk

menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman dan pemerhatian penyelidik


secara rambang, didapati penggunaan komputer dan internet di kalangan guru untuk tujuan
pengajaran masih di tahap minima. Keadaan ini sudah tentu akan mempengaruhi
penggunaannya di kalangan pelajar itu sendiri. Akhirnya wang jutaan ringgit yang
dibelanjakan oleh kerajaan untuk perkembangan IT di sekolah ini tidak mencapai matlamat
seperti yang diharapkan.
Pada pendapat penulis, www iaitu rangkaian Internet mula digunakan secara meluas
pada tahun 1991.Pada sebelumnya internet hanya digunakan dalam beberapa bidang seperti
ketenteraan dan penyelidikan. Namun pada hari ini komputer digunakan secara meluas dalam
semua bidang tak kira tempat dan masa. Penulis
mendapati Internet membantu dari segi mendapatkan maklumat secara maya dan global
merentasi sempadan geografi yang jauh dengan begitu pantas sekali. Maklumat berkenaan
dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana saja seseorang itu berada. Penulis
menyatakan dalam bidang perniagaan internet digunakan oleh para peniaga untuk
mempromosikan bahan perniagaan. Perniagaan online mendapat sambutan baik. Ini adalah
hasil perkembangan dunia internet di Malaysia.

Dari konteks pendidikan, Pengajaran berasaskan Laman web merupakan program


pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia
(World Wide Web atau WWW) untuk mereka cipta dan mendokong suasana pembelajaran
yang bermakna. Pembelajaran berasaskan laman web ini mungkin berbeza dengan
pembelajaran secara maya (vitual learning) atau pembelajaran dalam talian (online learning).
Ini adalah kerana pembelajaran secara maya atau online lebih luas dan lebih banyak lagi kos
serta kepakaran yang diperlukan. Ia mungkin boleh dilakukan oleh institusi yang lebih
bersifat koporat kerana ia mampu menyediakan peralatan, menyediakan dan menguruskan
bahan pembelajaran. Ia mungkin tidak dapat dilakukan oleh guru-guru biasa di sekolah
kerana ia melibatkan kepakaran serta masa yang banyak, sedangkan guru telah sedia
dibebankan dengan berbagai tugas dan masa pengajaran yang banyak.

Dalam pendidikan terdapat pelbagai laman web yang tidak memerlukan pembayaran
antaranya ialah "Cyberdidik", "SchoolNet" ,"Laman Pendidikan Seni", "World Lecture Hall",
"Blackboard" dan banyak lagi. Dengan berbantukan laman-laman ini para pendidik mahupun

pelajar dapat menggunakan dalam pelbagai disiplin ilmu. Hal ini turut meningkatkan
penglibatan aktif dalam kalangan murid sekolah dalam mengakses ilmu.

Kesimpulannya, penulis mendapati sudah tiba masanya para guru menggunakan


kemudahan internet yang ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan
hiburan semata-mata. Pembelajaran melalui Laman web amat sesuai dengan paradigma
konstrtuktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran
berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak syak lagi
penggunaan Laman web adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat
sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim.

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johar Sihes, Jamaluddin Ramli & Musa Ismail. (2010).

Tahap

minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru program pemulihan khas
sekolah kebangsaan daerah Pontian, Johor. Diperoleh Ogos

14,

2014

dari

http:/perintis.utm.edu.my:.pdf.

Hemanathan Harikrishnan . (2014). Prosiding Seminar Kajian Tindakan :

Meningkatkan

Kemahiran Membaca Perkataan KVKV dengan Menggunakan Power Point Interaktif

ms

16-19.

Sajwap Maswan ph.d .(2003). Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui


di Sekolah. Kuala Lumpur : PTS utusan Malaysia.

Laman Web

Anda mungkin juga menyukai